THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday 1 April 2012

MAJLIS PERASMIAN BLOG PRAUNIVERSITI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.






Burung berkicau riang, matahari bersinar menerangi sekalian alam dan angin bertiup lalu membuatkan daun-daun menari. Sungguh indah pagi 21 Mac 2012 bersamaan dengan hari Rabu itu membuatkan sesiapa sahaja berasa tenang pada saat itu.






Chet! Bermadah-madah pulak jemari ni. Hahahaha... baiklah. Pada tarikh yang telah dinyatakan sebentar tadi telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Blog PraUniversiti. Blog mana? Blog yang inilah.


Ya, berbulan-bulan kami, pihak jawatnkuasa blog, melakukan pelbagai inisiatif untuk memantapkan blog ini, akhirnya tiba juga pada detik kami melancarkan secara rasminya blog Hijau Itu PraU. Fuhhh.. berminggu kami berdiskusi dalam usaha memastikan semuanya berjalan lancar. Dan hasilnya... taraaaa....


DATARAN PERHIMPUNAN DIPENUHI WARGA SMKTBT

SAUDARI PENGACARA MAJLIS YANG BEGITU BERDEDIKASI

BACAAN DOA...

TIRAI UCAPAN DIMULAKAN DENGAN UCAPAN PUAN HAJJAH HALIMAH BT ABU BAKAR, GPK PRAUNIVERSITI SMKTBT
UCAPAN DARIPADA PUAN HAJJAH RADIAH BTE JONET, PENGETUA CEMERLANG SMKTBT SEKALI GUS MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN BLOG PRAUNIVERSITI

MASA UNTUK UPACARA SIMBOLIK PERASMIAN!!!
LAIN DARIPADA YANG LAIN... UPACARA PERASMIAN BLOG KAMI ADALAH DENGAN MEMBALING TOPI GRADUASI KE UDARA... KREATIF TAK?
MERIAHNYA...
ADA 'POP POP' LAGI .. HAHAHAHA
Berakhir sudah majlis di tapak perhimpunan. Usai majlis itu, para pentadbir, guru serta pelajar PraU dijemput ke dewan SMKTBT untuk taklimat ringkas daripada admin blog. Jom 'check in' di sana pulak!




DARI KIRI : GPK PRAUNIVERSITI, PENGETUA DAN GURU KOKURIKULUM PRAUNIVERSITI

EH?
Saya rasa saya perlu mengambil masa selama seminggu untuk mengucapkan terima kasih tanpa henti bagi melambangkan penghargaan saya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian ini. Dari yang membuat kertas kerja, membeli perkakas-perkakas, mereka bentuk topi graduasi, membuat brosur, mengagihkan brosur, menjadi pengacara majlis, menjadi pembaca doa, menyediakan sistem LCD, menyediakan dewan, dan semuanya! Saya tak tahu bagaimana saya nak ucapkan terima kasih kepada setiap orang yang memberikan kerjasama dalam memastikan setiap aturcara yang dah dirancang berjalan dengan sempurna.


PUAN ZARIDAH YANG BANYAK MEMBIMBING KAMI DALAM HAL-HAL BLOG






JUTAAN TERIMA KASIH saya ucapkan kepada mereka. Nah, akhirnya Majlis Perasmian Blog PraUniversiti berjaya dilaksanakan. Meskipun ada beberapa aral yang cuba menghalang, syukur, kami dapat tempuhinya. Sekurang-kurangnya, kami belajar sesuatu daripada program ini. Belajar cara bagaimana mahu menguruskan sesuatu majlis yang luarannya nampak mudah, tapi dalamannya... hanya Tuhan yang tahu. Dah, yang penting... majlis ni berlangsung dengan jayanya. 


Jadi, untuk anda, pengunjung-pengunjung blog.. kami tak sekadar menjamu anda dengan gambar. Hehehehehe.. nah, ini hadiah daripada kami untuk anda...






Saksikan perasmian ini dengan video yang serba ringkas .*kredit kpd Saghul Amer*



No comments: