THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Wednesday, 30 May 2012

EXERCISE??NO~~

''Apabila terlampau rindu hati ini,maka laju sahaja taipku''

Heheheh.Assalamualaikum dan Salam sejahtera.Salam 1 Malaysia,Salam Belia Sedunia.Amboiiihh banyaknya salam.Kalau tak jawab jugak tak tahulah saya.

Pertama sekali,saya nak buat entri kali ini sempoi2 bahasa sikit.Almaklumlah ikut mood.Apa khabar anda semua?Sudah lama kami (admin) tak 'conteng' blog ini dengan entri2 yang terbaru..Semuanya sibuk,harap fahamlah ya...

Tapi jangan risau!!Saya disini untuk memecahkan tembok yang sunyi..Memandangkan kita sekarang ini tengah cuti sekolah pertengahan tahun maka otak saya ligat memikirkan akan apa yang patut dikarang di blog yang hijau ini...Fikir punya fikir maka SNAP!!!

NAK JUGAK LETAK GAMBAR!!

Saya teringin nak tulis mengenai SENAMAN a.k.a EXERCISE.Baiklah,lazimnya apabila kita bercakap mengenai senaman maka akan timbul pelbagai tafsiran dari dalam minda kita ini.

Mari kita lihat beberapa terjemahan senaman yang biasa kita dengar:-

1) Ewww,senaman itu apabila kita berpeluh.

2) Senaman itu memenatkan.

3) Kita bersenam apabila kita berjoget.... <------- (betul jugak kan)

Baiklah,jika ditanya pada saya maka senaman itu membawa makna sebarang aktiviti fizikal yang mampu menyehatkan badan kita.NAHHHH!!Tafsiran saya yang simple dan umum.

Kawan2 sekalian,hakikat yang sadisnya ialah ramai dalam kalangan kita yang tak ingin bersenam.Barangkali mungkin kita sibuk dengan perkara2 yang lain.Sebagai seorang pelajar mungkin kita sibuk dengan kerja2 sekolah,buku2 rujukan atau mungkin kita.......sibuk dengan FB,bermain text ataupun mungkin juga kita MALAS.

Kebanyakan dari kita tidak sedar hakikatnya bahawa senaman merupakan antara salah satu resepi kejayaan.Kenapa saya berkata begitu?Cuba fikir secara rasionalnya,apabila kita bersenam maka kita akan dapat menjaga kesihatan diri dengan peningkatan stamina.Bila kita sehat dan tak mudah terdedah dengan penyakit tak ke senang kita semua nak belajar nanti???

Sebenarnya ada banyak faktor yang membuatkan seseorang itu perlu bersenam.Saya cuma nyatakan secara umum supaya kita dapat fikir sejenak. Bila last sekali kita exercise?Tepuk dada tanyalah minda!!

Kita juga jangan menyempitkan diri dengan berfikiran bahawa senaman ini hanyalah apabila kita......

WE LOVE YOU DATUK!!

BOLA RUGBY TUE TAK PECAH KE?
Sesetengah kita suka fikir bahawa senaman itu hanya dilakukan  untuk mereka yang minat sukan sahaja.Justeru,ini dijadikan sebagai satu alasan yang lapuk.Wahai rakan2,senaman ini boleh bermula dengan perkara2 yang sangat mudah.Antaranya ialah:-

1)Berkebun... abdomen badan  pasti akan bergerak dan sudah tentu keluar peluh!!

2)Mengemas rumah..Menguatkan pinggang anda apabila anda vacuum rumah.heheh

3)Menaiki tangga...saya rasa pelajar TBS tahu akan fakta ini..banyak kot tangga kat sekolah tue...

Kesimpulannya apa?Senaman itu boleh dilakukan dengan apa jua cara.Perkara yang paling penting sekali ialah anda memperuntukkan masa untuk bersenam.Tambahan pula pada  waktu cuti yang panjang dan lapang ini.Aha!!Jangan carik excuse lagi.Marilah kita bersama2 meluangkan masa sekurang2nya 20 minit untuk satu sesi yang perlu dilakukan 3 kali dalam seminggu.

Cubalah!!Mana tahu anda mampu menjadi seperti ini.....

*Gulp*
Sehingga kita bertemu di lain lembaran!!

Psstt,tak lama lagi kami akan update pasal hari guru.Meskipun dah lama berlalu,tapi apa salahnya untuk kita menghargai guru sendiri bukan...Nantikan ye..Dalam minggu ini jugak!!hehehe.

~SELAMAT BERCUTI SEMUA~

Friday, 11 May 2012

PERTANDINGAN VLOGPELAJAR PRAUNIVERSITI (BAHAGIAN II)

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semuanya !

Janji tetap janji. Jadi ini dia! Kami persembahkan hasil-hasil air tangan kreatif pelajar-pelajar prauniversiti SMK Tunku Besar Tampin dalam menjayakan Pertandingan Vlog 'Mempromosikan Prauniversiti.' Saya pasti, ramai yang ternanti-nanti bertemankan soalan "bilalah pendahuluan ni nak habis?" Kan.. kan.. kan? Hahahaha.. baiklah. Kami telah sediakan lima video kesemuanya yang disusun mengikut pemenang. Bermula daripada Johan sehinggalah tempat kelima. Tunggu apa lagi? Ayuh .. terjah!

#maaf atas kelewatan mengemas kini entri ini. Masalah teknikal laa.. :)

video
video


video



video



video

Anda yang masih lagiu tercari-cari hala tuju selepas SPM? Mahu memilih Prauniversiti (Tingkatan Enam) tetapi ragu-ragu? Semua ini jawapan kepada setiap persoalan anda. Ya, mungkin ada yang sudah tahu kebaikan memasuki alam prauniversiti. Tetapi mengapa masih ada lagi keraguan? Mungkin pengetahuan itu tak cukup meyakinkan. 

Semoga dengan kelima-lima video ini mampu mempromisikan alam prauniversiti sedikit sebanyak. semoga video-video ini mampu membantu adik-adik kami dalam memahami alam prauniversiti.

Sekali lagi, terima kasih kepada setiap pihak yang memberikan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH!!!