THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Wednesday 11 April 2012

DAULAT TUANKU!!

YDPA KE-14

Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua.

      Merupakan satu penghormatan untuk saya menulis entri pada kali ini kerana ianya khas untuk  menceritakan serba sedikit mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kali ke 14.Kali ini, jawatan Ketua Negara seperti yang termaktub didalam perlembagaan  akan disandang oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


     Pemilihan Sultan Kedah sebagai YDPA yang baru telah dipersetujui oleh Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh kesemua Raja-Raja Tanah Melayu kecuali Sultan Pahang.


     Didalam pemilihan itu juga, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga telah dipilih sebagai Timbalan YDPA yang baru.Antara tugas utama baginda ialah memangku jawatan sebagai YDPA sekiranya YDPA gering atau tidak berada di dalam Persekutuan selama lebih daripada 15 hari.


Timbalan YDPA,Sultan Kelantan.
     Sememangnya Sultan Kedah telah melakar sejarahnya yang tersendiri kerana pemilihan baginda sebagai YDPA yang ke-14 merupakan pemilihannya yang kedua.Ini kerana, baginda pernah menjawat jawatan tertinggi negara itu pada 21 September 1970.Masyarakat Malaysia amat bertuah kerana mempunyai seorang YDPA yang berjiwa rakyat dan ramah mesra sekaligus memecahkan tembok protokol antara baginda dengan rakyat jelata.

     Ketika baginda menjawat jawatan sebagai YDPA yang ke-5, kerajaan diterajui oleh pimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.Kali ini pula, baginda menjadi YDPA pada zaman pimpinan anak Tun Abdul Razak iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.Ini merupakan kebetulan yang cukup unik.

     Baginda juga turut melakar sejarah yang cukup hebat kerana baginda merupakan YDPA yang pertama bersemayam di Istana Negara yang baru terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur.
   


GAMBAR ISTANA BARU.
     Sesungguhnya, hari yang bertarikh 11 April 2012 merupakan hari yang sangat bersejarah kepada rakyat negara ini, selepas lima dekad kesinambungan sistem pertabalan YDPA ini tidak boleh dipisahkan lagi daripada identiti Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

     Seluruh rakyat Malaysia menjunjung kasih di atas pertabalan baginda sebagai ketua negara bagi semua lapisan masyarakat tanpa mengira identit bangsa,pemahaman ideologi politik meskipun darjat seseorang itu.


DETIK BERSEJARAH

BERSAMA ISTERI TERCINTA,TUANKU HAMINAH HAMIDUN.
SEGAK DI ZAMAN MUDA

     RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA









No comments: