THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday 30 March 2012

Botanical Garden part 2..


Hello kepada semua!Aloha~ ~.haha.

Sudah lama saya tak updatekan blog ini.Bukannya apa, sibuk menguruskan beberapa perkara yang MUSTAHAK!!Apakah perkara itu?aha!!!Adalah...hehe.Apa2 pun saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana memberi kelapangan masa untuk saya menulis..dan juga demi anda...hehe.

Baiklah, entri kali ini bersikap lebih sempoi dan tidak terlampau formal.Pada hari Rabu yang lepas iaitu 28/3/2012, PERSATUAN PRAU SMK TBS telah berjaya sekali lagi melunaskan janji mereka dengan melakukan projek Taman Herba Fasa 2.Sebelum anda terus membaca,apa kata anda KLIK dulu link dibawah ini..Barulah anda akan faham...

Botanical Garden fasa 1

Untuk makluman andalah kan,kami dah banyak kali rancang tetapi selalu cancel.Bukannya apa,terdapat banyak projek sekolah yang harus diberi keutamaan.Bila kami dapat peluang sahaja maka kami pun ZAS!!!hehehe..

Dalam projek fasa 2 ini kami telah berjaya menambahkan 8 lagi tanaman herba dan jumlah keseluruhannya ialah 20..Wah!!Semakin hijaulah TBS nampaknya sesuai dengan penjenamaan semula kita iaitu HIJAU ITU PRAU..

Sebelum saya melampirkan beberapa gambar sebagai BUKTI KONKRIT, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat..Jasamu dikenang..

MEMBERSIHKAN RUMPUT2 DEGIL

INILAH GURU PENASIHAT KAMI..

BERMULALAH SESI MENANAM DENGAN GIGIH..
TEKUN YE KAK..

SEMUA MEMAINKAN PERANAN
SUKA BERGAMBAR NAMPAKNYA..

'ORANG KUAT' PROJEK INI.
TERIMA KASIH SEMUA.

PS:saya tak ada waktu nie..saya dimana ya?hehehe.

Monday 26 March 2012

Kata-Kata Hikmat Motivasi Membakar Semangat

Hello-Assalamualaikum :)

Baru habis study? Penat? Alami tekanan? Jangan risau. Semua yang kita korbankan sekarang akan membuahkan hasil yang setimpal dengan usaha kita sekarang ni. InsyaAllah.

Kalau kita alami rasa malas dan stress bila fikir pasal study, apa kata kita ingat satu persatu kata-kata hikmat motivasi yang boleh merangsangkan semangat kita untuk study.

Di sini, saya sertakan beberapa kata-kata hikmat motivasi untuk anda dan saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Mungkin juga kata-kata ini akan memulihkan semangat study anda yang telah hilang itu.



1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.


10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.


Sumber Asal: Klik sini :)



p/s:  Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya


p/ss: Jatuh bangun kita adalah bergantung besar kepada diri sendiri. Selepas usaha yang bersungguh barulah kita digalakkan bertawakkal.

Sunday 25 March 2012

HIJAU ITU PRAU

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua.


Saya agak pasti mata-mata anda perasan akan perubahan ketara yang berlaku pada blog ini, bukan? Hijau Itu PraU. Mulai daripada detik ini, nama blog ini secara rasminya telah ditukarkan menjadi Hijau Itu PraU. 


Hijau Itu PraU???
Kenapa? Mengapa? 


Tujuan entri ini ditaip bukan sekadar mahu merencanakan transformasi yang berlaku. Entri kali ini lebih daripada itu. Entri ini dihasilkan untuk menjawab soalan "mengapa frasa ini yang menjadi pilihan?" 


1. Hijau itu identiti Prauniversiti di SMK Tunku Besar Tampin


Saya masih ingat lagi pada momen kali pertama saya menjejakkan kaki di SMK Tunku Besar Tampin, satu perkara yang saya perasan adalah sekolah ini disaujanakan dengan warna hijau. Wow. Hari demi hari yang saya lalui di sekolah ini membuatkan saya makin terasa akan betapa kuatnya warna itu menjadi kebanggaan kepada seluruh warga TBS. Itu membuatkan saya terfikir dan akur pada sat realiti iaitu HIJAU ADALAH TBS dan TBS ADALAH HIJAU.


Jadi mengambil inspirasi daripada situasi tadi, kami bersepakat untuk mengabadikan perkataan HIJAU itu pada secebis wahana kami ini bagi menggambarkan pada pengunjung-pengunjung blog bahawa Prauniversiti yang ini adalah berasal daripada SMK Tunku Besar Tampin. 


HIJAU kan?


2. Hijau itu ada maksudnya yang tersendiri.


Kalau dari segi tafsirannya, warna hijau membawa maksud segar dan mendamaikan. Ini seolah-olah menjadi simbolik kepada praU yang berpenampilan lebih segar dan mendamaikan. Hijau seperti warna yang melambangkan permulaan langkah kami daripada pucuk mahu menjadi pohon. Sekali gus itu seolah-olah melambangkan cita-cita kamisebagai seorang penuntut ilmu.




Tahu dan sedar akan hakikat jangan bermimpi di siang hari. Tapi, bukankah bagus sebenarnya jika mimpi itu menjadi motivasi kepada kita? #pedulikan kata orang.


Jadi secara konklusinya kini blog ini telah melalui proses penjenamaa semula daripada Awesome Student Pra-U menjadi Hijau itu PraU. Diharap pilihan kami ini kenalah ya pada jiwa anda.

Saturday 24 March 2012

Program Mentor-Mentee 2012

Hello-Assalamualaikum

Program Mentor-Mentee antara guru-guru dan pelajar PraU SMK Tunku Besar Tampin telah selamat dijalankan dengan jayanya. Setiap guru iaitu sebagai mentor memiliki 3 hingga 4 orang mentee untuk berada di bawah bimbingan mereka selama tempoh sebelum STPM menjelma.

Di sini saya sertakan gambar-gambar berkaitan sekaligus menceritakan apa yang dijalankan dalam program ini.

Menunggu para guru dan pelajar memenuhi dewan


Pelajar PraU menunggu ketibaan kawan-kawan

Bacaan doa sebelum memulakan majlis

Ucapan dari Tuan Pengetua sekaligus merasmikan Program ini

Para mentee menerima sebuah fail daripada mentor masing-masing sebagai satu simbolik

Gambar atas: Para petugas (pelajar PraU) bahagian makanan bersama guru bimbingan
Gambar bawah: Muka gembira bila dapat makanan

Roti dan air diberi percuma sesudah usai program

Berakhir sudah Program Mentor-Mentee tersebut. Diharapakan para pelajar(mentee) menggunakan peluang yang diberikan iaitu mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru(mentor) masing-masing dengan baik.

Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang dengan usaha yang gigih.

Tuesday 20 March 2012

KEPUTUSAN SPM..SUDAHKAH ANDA BERSEDIA??


Pada hari Rabu 21 March 2012 iaitu tidak kurang lagi daripada 24 jam,keputusan SPM bakal diumumkan.

Entri ini cukup ringkas tapi bermakna.

KAMI (PELAJAR PRAU SMK TUNKU BESAR TAMPIN) 


INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA 


ANDA YANG AKAN MENGAMBIL KEPUTUSAN ESOK.


SEMOGA KEMENANGAN MILIK ANDA.


Kami juga berharap supaya adik2 sekalian bersikap optimis dalam menghadap hari-hari yang mendatang.Ingatlah bahawa manusia yang cemerlang adalah mereka yang  bangkit dari KEGAGALAN dan sentiasa bermuhasabah diri.

Saya juga ingin memetik kata-kata mantan pengetua SMK TBS kami iaitu Puan Jannah


''Always be the best and beat the rest''



Wednesday 14 March 2012

I WILL SURVIVE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya rasa sudah lama saya tak buat entri yang berkaitan dengan tips.Almaklumlah kebanyakan entri adalah berkenaan dengan aktiviti pelajar-pelajar PraU SMK TBS.Saya rasa itu merupakan petanda yang cukup baik kerana ia melambangkan aktiviti kita sarat dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berilmiah.

Seperti yang anda semua sedia maklum, keputusan STPM telah lama diumumkan senjak 7 Mac 2012 bersamaan dengan hari Rabu.Baiklah, fokus saya pada entri kali ini bukanlah pada keputusan STPM kerana akan ada entri yang khusus untuk itu.

Sebaliknya saya ingin berkongsi maklumat yang saya peroleh dari surat khabar Sinar.Saya rasa maklumat ini sesuai untuk tatapan pelajar lepasan STPM dan SPM.


Saya tertarik dengan artikel Hala Tuju Selepas STPM dan SPM.Melalui artikel tersebut dapatlah saya simpulkan beberapa perkara yang penting untuk dijadikan panduan kepada kita semua.

1) Terdapat pelajar yang tidak lulus dengan cemerlang dan mengambil keputusan untuk terus bekerja. Keputusan tersebut memerlukan keberanian kerana ia melibatkan masa depan dan pemilihannya adalah lebih sukar dan kritikal dari memilih pusat pengajian.



2) Pelajar mestilah mengenali potensi diri, bakat, kebolehan, kekuatan,kemampuan, kecenderungan dalam memilih sesuatu bidang di peringkat Pengajian Tinggi.Hal ini kerana, adalah lebih baik dan teratur untuk pelajar memilih bidang yang sesuai dengan diri mereka dan bukannya sesuatu bidang yang dirasakan asing atau tidak sesuai.Perkara ini mungkin akan menjejaskan mutu pelajaran dalam jangka masa panjang

3) Sentiasa menanyakan pada diri sendiri, dalam masa 30 tahun akan datang anda ingin berdiri di mana?Sebagai apa?Dengan siapa? Ini adalah kunci motivasi yang paling baik untuk diamalkan.





4) Setiap orang mempunyai personaliti diri yang tersendiri tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh berubah.Justeru, jika anda tidak mendapat tawaran yang anda kehendaki maka pertimbangkanlah untuk menerima tawaran yang lain.Anda akan berpeluang mempelajari ruang baru yang anda tidak sedari selama ini.




5) Jika anda gagal mendapat keputusan yang cemerlang, teruskanlah berusaha kerana usia anda masih lagi muda dan anda boleh mencuba bidang kemahiran seperti automotif, kulinari dan jahitan.


Inilah 5 perkara penting yang saya dapat simpulkan sepanjang saya membaca artikel Hala Tuju Selepas STPM dan SPM.Saya berharap kawan-kawan sekalian tidak mudah berputus asa.

Andainya takdir tidak membuatkan anda cemerlang hari ini, tidak bermakna HAK anda untuk cemerlang akan ditidakkan selama-lamanya.

JANGAN LUPA BERUSAHA!!


lagu ini ditujukan kepada anda semua. I WILL SURVIVE!!