THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Wednesday 18 April 2012

Parlimen Malaysia part 1.

YANG SEBELAH KIRI TUE GMBR APA YA???

Apa khabar dikau disana?Cewah2.

Bersua kita kembali ya!!Rindu kamu semua.hehe.Baiklah, pada 16/4/2012 pelajar PraU SMK TBS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke................... ---------> PARLIMEN MALAYSIA


Memandangkan entri kali ini ada 2 bahagian,maka saya akan jelaskan terlebih dahulu sedikit sebanyak  mengenai parlimen negara.Perkara ini penting supaya kita semua tahu akan fakta2 yang berkaitan dengan bangunan paling berkuasa di negara kita.


Disinilah bangunannya di mana pemimpin yang terpilih dan dipilih membincangkan isu2 yang berkenaan dengan hal ehwal negara secara amnya.Disini jugalah undang2 negara dibentuk berlandaskan kepada perlembagaan negara.Bangunan ini jugalah menyaksikan rentetan sejarah gemilang kerajaan dalam memimpin negara meredah arus modenisasi supaya negara kita sentiasa berdaya saing dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara yang lain.





Fakta-fakta yang perlu anda tahu mengenai parlimen!!!



  • Terletak di Kuala Lumpur




  • Simbol kepada demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan negara




  • Terletak berdekatan dengan Tugu Negara.




  • Terbahagi kepada dua bahagian bangunan.




  • Bahagian pertama setinggi 3 tingkat yang menempatkan DEWAN NEGARA dan DEWAN RAKYAT




  • Bangunan kedua setinggi 17 tingkat yang menempatkan pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat




  • Tunku Abdul Rahman merupakan orang pertama yang mencadangkan pembinaan parlimen ini




  • Kerja-kerja pembinaan dilakukan pada Disember 1959 dan siap pada September 1962




  • Perasmian bangunan ini dilakukan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.




  • Baginda ialah yang di-Pertuan Agong ke-3




  • Perbelanjaan pembinaan menelan kos sebanyak 18 juta.




  • Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru




  • Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya




  • Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi




  • Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya






  • DEWAN NEGARA

    DEWAN RAKYAT


      Itulah dia serba sedikit mengenai parlimen negara kita.Semoga pemahaman kita akan lebih mantap mengenai  tempat yang banyak mencorak sejarah kegemilangan negara.

      ps:psssttt nantikan part 2 ye??saya akan masukkan gambar lawatan kita semua!!

      No comments: