THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday 27 April 2012

Why Should We Have Good Manners?

Hello-Assalamualikum.

Ini adalah teks ucapan mingguan oleh wakil Pelajar PraU 2 pada hari Isnin lalu bersamaan 23 April 2012. Ucapan ini diwakili oleh saudara Adrian dari kelas PraU 2 Falsafah.




Nak tengok rupa penyampai teks ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.


Inilah beliau :)


p/s: Good luck exam nnt wahai kawan semua :)



Friday 20 April 2012

Parlimen Malaysia part 2

PEACE EVERYONE!!
Saya terpaku di hadapan komputer riba @ laptop.Minda tengah tertumpu kepada tugasan yang satu.Aha!Saya menulis part 2 ini bagi melunaskan janji saya kepada kalian semua.Cewaaahh.Mesti ramai yang tak sabar nak tatap gambar masing2 kan.Glamour gtew..

Sebelum kita menghayati dan melemaskan diri kita dalam memori2 indah ke parlimen,saya nak katakan beberapa perkara.Lawatan ke Parlimen ini merupakan antara lawatan sekolah yang paling bermakna buat kami,pelajar PraU SMK TBS.Meskipun masa yang diperuntukkan untuk kami melihat perbahasan secara live adalah terhad namun ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami.

Tak lengkap rasanya hidup jika kami tidak dapat menyaksikan dengan sendiri pemimpin2 negara yang banyak membantu Malaysia berdiri di tahapnya kini.Setiap seorang dari mereka yang menjadi ahli dewan negara memainkan peranan yang cukup utuh dalam memastikan pembangunan negara sentiasa berada di tahap yang cemerlang.

Sesuai dengan sistem amalan negara iaitu demokrasi beperlembagaan, pemimpin yang dipilih oleh rakyat sudah tentu mempunyai aura2 yang tertentu.Justeru, saya yakin dengan lawatan kami ke parlimen,pelajar PraU SMK TBS dapat menghirup dan menangkap aura kepimpinan pemimpin kita.

Secara peribadi, saya merasakan lawatan ke parlimen merupakan lawatan yang paling banyak meninggalkan impaknya.Mungkin pendapat saya ini dipengaruhi dengan cita2 diri saya untuk menjadi sebuah pemimpin kelak.Tetapi saya cukup yakin dan percaya bahawa rakan2 yang lain turut mempunyai perasaan yang sama.

Justeru itu, saya ingin merakamkan beberapa ucapan terima kasih khas untuk mereka2 yang terlibat...

TERIMA KASIH KEPADA PEJABAT PELAJARAN DAERAH TAMPIN KERANA MEMBERI KUOTA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEPADA KAMI.

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENTADBIR SEKOLAH KHUSUSNYA KEPADA TUAN PENGETUA CEMERLANG KITA KERANA MEMBENARKAN KAMI MELAKUKAN LAWATAN INI.

TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG TERLIBAT TERUTAMANYA MEREKA YANG MENJADI GURU PENGIRING.WALAUPUN CUACA PANAS TERIK, TAPI CIKGU TETAP SETIA DISISI.


TERIMA KASIH KEPADA AJK PARLIMEN KHUSUSNYA SAUDARI SAIDATUL AQMA KERANA TELAH PENAT MELAKUKAN PAPER WORK YANG DIBANTU OLEH PUAN SHUAIDAH.

AQMA YG MEMAKAI KOT :)



TERIMA KASIH KEPADA ABANG PEMANDU BAS.TANPAMU KAMI TIADA DISANA.

SEMPAT POSING DALAM BAS..HAHA
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.

Mari kita lihat gambar2 yang sempat dirakam..

BELUM SAMPAI LAGI DAH BERPOSING..

BANYAK BERJASA BUS NIE




KAWAN KARIB EXCITED!!

SAYA TERUJA TGK GAMBAR NIE

CIKGU IKHWAN CUKUP BERGAYA

SAYA DAN ZAINUL..HAPPY TAK TERKATA!!

TAK NAK LEPASKAN PELUANG MERAKAM MEMORI

KAMILAH JEJAKA PILIHAN

RAMAINYA ORANG..

TAK SABAR YE BANG




KAWAN DULU KINI DAN SELAMANYA

Add caption

GURU-GURU PENGIRING YANG CUKUP BERDEDIKASI

WALAUPUN DAH NAK BALIK SEMPAT LAGI...

LEGEND

'CANDID OF THE DAY'

HUBUNGAN YANG SEMAKIN BERTAMBAH ERAT
ps: saya terlupa untuk coretkan disini, topik perbahasan pada hari tersebut ialah mengenai PEMANSUHAN ISA.Jadi kami adalah antara penonton yang menyaksikan sejarah dilakar di dinding demokrasi negara pertiwi.


BANGGA LAK DEH...HAHA


KAMI PENDOKUMENTASI!!

Wednesday 18 April 2012

Parlimen Malaysia part 1.

YANG SEBELAH KIRI TUE GMBR APA YA???

Apa khabar dikau disana?Cewah2.

Bersua kita kembali ya!!Rindu kamu semua.hehe.Baiklah, pada 16/4/2012 pelajar PraU SMK TBS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke................... ---------> PARLIMEN MALAYSIA


Memandangkan entri kali ini ada 2 bahagian,maka saya akan jelaskan terlebih dahulu sedikit sebanyak  mengenai parlimen negara.Perkara ini penting supaya kita semua tahu akan fakta2 yang berkaitan dengan bangunan paling berkuasa di negara kita.


Disinilah bangunannya di mana pemimpin yang terpilih dan dipilih membincangkan isu2 yang berkenaan dengan hal ehwal negara secara amnya.Disini jugalah undang2 negara dibentuk berlandaskan kepada perlembagaan negara.Bangunan ini jugalah menyaksikan rentetan sejarah gemilang kerajaan dalam memimpin negara meredah arus modenisasi supaya negara kita sentiasa berdaya saing dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara yang lain.





Fakta-fakta yang perlu anda tahu mengenai parlimen!!!



  • Terletak di Kuala Lumpur




  • Simbol kepada demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan negara




  • Terletak berdekatan dengan Tugu Negara.




  • Terbahagi kepada dua bahagian bangunan.




  • Bahagian pertama setinggi 3 tingkat yang menempatkan DEWAN NEGARA dan DEWAN RAKYAT




  • Bangunan kedua setinggi 17 tingkat yang menempatkan pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat




  • Tunku Abdul Rahman merupakan orang pertama yang mencadangkan pembinaan parlimen ini




  • Kerja-kerja pembinaan dilakukan pada Disember 1959 dan siap pada September 1962




  • Perasmian bangunan ini dilakukan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.




  • Baginda ialah yang di-Pertuan Agong ke-3




  • Perbelanjaan pembinaan menelan kos sebanyak 18 juta.




  • Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru




  • Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya




  • Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi




  • Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya






  • DEWAN NEGARA

    DEWAN RAKYAT


      Itulah dia serba sedikit mengenai parlimen negara kita.Semoga pemahaman kita akan lebih mantap mengenai  tempat yang banyak mencorak sejarah kegemilangan negara.

      ps:psssttt nantikan part 2 ye??saya akan masukkan gambar lawatan kita semua!!

      Saturday 14 April 2012

      TERUKIR DI BINTANG

      Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semuanya



      Sayangku

      Jangan kau persoalkan siapa di hatiku

      Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



      Walaupun lagu ni best, tapi sesungguhnya, entri ini tak ada kaitan langsung dengan lagu tersebut. Hahahahaha. Okey, tak kelakar. Teruskan...


      Mac dan April mungkin merupakan bulan yang agak memenatkan bagi semua pelajar praU 2. Bukan sahaja penat dengan tuntutan akademik, tetapi juga penat dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Pelbagai pertandingan yang kami sertai. Pertandingan Pidato Prauniversiti Peringkat Daerah dan Negeri. Persembahan Drama Tamil sempena Karnival Bahasa Tamil. Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah. Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah. Fuhh... banyak betul. Penat memang penat. Tapi, kepenatan dan titik peluh kami itu berbayar dengan 'ganjaran-ganjaranya.' Ha... nak tahu apa dia? Jom kita scroll ke bawah jom!


      1. Pertandingan Pidato Prauniversiti Peringkat Daerah dan Negeri.


      Tahniah kepada saudara Zainal Asnawi Asyraf atas kemenangan beliau di Pertandingan Pidato Prauniversiti Peringkat Negeri. Siapa sangka? Berbekalkan gelaran naib johan cuma di peringkat daerah, tapi di peringkat negeri, saudara Asnawi merangkul sekali lagi kedudukan naib johan.


      BUKTI TITIK PELUH



      2. Persembahan Drama Tamil bersempena dengan Karnival Bahasa Tamil


      Tahniah kepada semua krew yang terlibat sepanjang menjayakan aktiviti ini. Walaupun bukan pertandingan, tapi saya percaya... usaha mereka untuk menonjolkan sesuatu yang terbaik berhasil apabila dikhabarkan, drama ini mendapat pujian daripada rata-rata hadirin yang hadir ketika itu. Tahniahlah untuk semua yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar PraU 2 yang turut menyumbang tenaga untuk menjayakan drama ini.





      WARNA-WARNI
      3. Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah


      Dalam drama Bahasa Inggeris ini cuma seorang sahaja pelajar Prauniversiti yang terlibat dalam aktiviti ini iaitu saudara Zainul Fadli. Apa-apa pun, ucapan tahniah diucapkan kepada keseluruhan krew yang bertungkus-lumus dalam memastikan semuanya berjalan lancar. Segala titik peluh mereka sepanjang merangka jalan cerita, membuat latihan, membikin props dan lain-lain akhirnya terbayar apabila mereka berjaya pulang dengan gelaran JOHAN PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH




      BARISAN AKTOR DAN AKTRES
      4. Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah


      Ehem-ehem. Alhamdulillah, gelaran JOHAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH tahun 2012 sekali lagi menjadi milik SMK Tunku Besar Tampin. Tertekan dengan desakan yang mewajibkan kumpulan tahun ini mengekalkan kemenangan membuatkan kami berasa terlalu berdebar. Akhirnya, nah!


      SEBELUM...

      SELEPAS

       








      Gembira dengan kejayaan demi kejayaan pelajar-pelajar SMKTBT khususnya pelajar PraU. Setiap usaha, latihan, jerih dan sokongan diadun sehabis baik sehinggakan kita menjadi yang terbaik. Setiap usaha itu menyebabkan nama kami sebagai pelajar PraUniversiti terukir di bintang. Ya, mungkin kata-kata ini seperti sekadar mimpi. Tapi, mimpi itu kadang-kadang menjadi dejavu untuk manusia di masa hadapan kan? 


      Untuk semua pelajar Prauniversiti SMKTBT, teruskan mengukir di bintang ya?!



      Wednesday 11 April 2012

      DAULAT TUANKU!!

      YDPA KE-14

      Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua.

            Merupakan satu penghormatan untuk saya menulis entri pada kali ini kerana ianya khas untuk  menceritakan serba sedikit mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kali ke 14.Kali ini, jawatan Ketua Negara seperti yang termaktub didalam perlembagaan  akan disandang oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.


           Pemilihan Sultan Kedah sebagai YDPA yang baru telah dipersetujui oleh Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh kesemua Raja-Raja Tanah Melayu kecuali Sultan Pahang.


           Didalam pemilihan itu juga, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga telah dipilih sebagai Timbalan YDPA yang baru.Antara tugas utama baginda ialah memangku jawatan sebagai YDPA sekiranya YDPA gering atau tidak berada di dalam Persekutuan selama lebih daripada 15 hari.


      Timbalan YDPA,Sultan Kelantan.
           Sememangnya Sultan Kedah telah melakar sejarahnya yang tersendiri kerana pemilihan baginda sebagai YDPA yang ke-14 merupakan pemilihannya yang kedua.Ini kerana, baginda pernah menjawat jawatan tertinggi negara itu pada 21 September 1970.Masyarakat Malaysia amat bertuah kerana mempunyai seorang YDPA yang berjiwa rakyat dan ramah mesra sekaligus memecahkan tembok protokol antara baginda dengan rakyat jelata.

           Ketika baginda menjawat jawatan sebagai YDPA yang ke-5, kerajaan diterajui oleh pimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.Kali ini pula, baginda menjadi YDPA pada zaman pimpinan anak Tun Abdul Razak iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak.Ini merupakan kebetulan yang cukup unik.

           Baginda juga turut melakar sejarah yang cukup hebat kerana baginda merupakan YDPA yang pertama bersemayam di Istana Negara yang baru terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur.
         


      GAMBAR ISTANA BARU.
           Sesungguhnya, hari yang bertarikh 11 April 2012 merupakan hari yang sangat bersejarah kepada rakyat negara ini, selepas lima dekad kesinambungan sistem pertabalan YDPA ini tidak boleh dipisahkan lagi daripada identiti Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

           Seluruh rakyat Malaysia menjunjung kasih di atas pertabalan baginda sebagai ketua negara bagi semua lapisan masyarakat tanpa mengira identit bangsa,pemahaman ideologi politik meskipun darjat seseorang itu.


      DETIK BERSEJARAH

      BERSAMA ISTERI TERCINTA,TUANKU HAMINAH HAMIDUN.
      SEGAK DI ZAMAN MUDA

           RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA