THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Saturday 7 April 2012

TERMA dan SYARAT!!

     Lalalala....apa khabar semuanya?Di hari minggu yang sungguh tenang ini saya ingin dedahkan kepada anda secara ekslusif beberapa perkara penting semasa kami menyertai aktiviti Jom Masuk U.

     Ha??Anda tak baca lagi mengenai Karnival Jom Masuk U?Tisk2...sedihnya saya..nah!!saya bagi anda link.Sila klik dan baca untuk memantapkan lagi pemahaman anda semua.hehehe


     Baiklah.Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai syarat2 umum ke universiti dengan berbekalkan keputusan STPM kita kelak.Semoga dengan maklumat yang diberi,kita semua akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju kita dan subjek mana yang kita mesti score.


Kelayakan Minimum

Lulus SPM dengan mendapat 5 kepujian dan antaranya mestilah BM.

Kelayakan

Lulus STPM dengan mendapat gred C dalam Pengajian Am dan juga gred C dalam 2 matapelajaran yang lain. (Gred C membawa pointer sebanyak 2.00)

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap Satu (band one) dalam MUET.

Baiklah ini sahaja yang saya dapat kongsikan dengan anda.Meskipun saya sertakan syarat2 yang umum dan mungkin telah diketahui oleh anda,saya cuma ingin mengingatkan sesama kita supaya kita sentiasa fokus.

Bagi mereka yang menuntut di SMK TBS, anda bolehlah berjumpa dengan saya (Asnawi Asyraf) di kelas 6 Atas Sarjana jika anda ingin mengetahui syarat2 yang lebih detail untuk kemasukan ke universiti seperti USIM,UPSI,UIA,UTM dan lain2.

Semasa ke karnival itu,saya telah berjaya mengumpul sebanyak yang boleh, buku2 mengenai syarat kemasukan ke beberapa universiti setelah habis STPM.Jadi jangan segan silu ya!!

DIBAWAH INI SAYA SERTAKAN BUKTI2 KONKRIT BAHAWA SAYA MEMPUNYAI BAHAN2 SEPERTI YANG DINYATAKAN...




KALAU NAK PINJAM CAKAP SAHAJA..UNTUK KEBAIKAN SEMUA..
Akhir kata, marilah kita meningkatkan usaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang berlandaskan panduan syarat2 minimum yang telah ditetapkan.Ingatlah strategi amat penting sebelum kita berperang~ ~

ps: Pelajar lepasan SPM 2011 bolehlah menyemak nama mereka di laman web www.moe.gov.my bermula 25 April 2012  bagi kemasukan ke PraU 1/Tingkatan Enam Bawah...








No comments: