THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Saturday 29 December 2012

AKTIVITI SEMASA CUTI?

Apa khabar semua?Kita sudah menghampiri tahun baru.Sebelum jendela 2012 dilabuhkan,kami di pihak admin ingin bekongsi beberapa cadangan yang boleh digunapakai kepada pelajar lepasan STPM/STAM ataupun SPM.

Almaklumlah,cuti kita kan panjang.Paling lewat pun bulan 9 baru kita masuk ke institusi pendidikan semula.Jadi,pasti kita semua sebagai remaja yang BERWAWASAN mempunyai beberapa aktiviti yang ingin dilaksanakan.Mari kita baca beberapa cadangan yang boleh diketengahkan.

          1) MELAKUKAN HOBI.
 Sesetengah daripada ita mungkin ingin menggunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti kegemaran mengikut cita rasa masing2.Yelah,otak sudah penat belajar dalam tempoh beberapa bulan sehinggakan terpaksa mengkorbnkan aktiviti kegemaran kita.Mungkin ada diantara kita yang gemar bersukan seperti bermain bola,melancong dan membaca buku.Apa2 pun pastikan aktiviti yang anda ingin jalankan adalah selamat.

          2) BEKERJA

 Aha!Saya rasa kebanyakan daripada kita ingin bekerja bukan?Sememangnya dengan bekerja sambilan,kita bolehlah menimba pengalaman yang sangat bermanfaat.Ada diantara kita yang mencari peluang pekerjaan di restoran 'fast food',bekerja di stesen minyak ataupun sebagai seorang kerani.Tidak kisahlah apa jua pekerjaan anda JANJI tidak melanggar undang2.Sebaik sahaja kita bekerja saya yakin seseorang itu akan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan wangnya dan mereka akan dapat memperbaiki kemahiran diri.Sebagai contoh,sekiranya anda bekerja sebagai juru jual sudah pasti anda akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi bersama dengan orang lain.Tengok tue,disamping dapat $$ kita juga dapat memantapkan diri. :)

          3) BELAJAR

Jangan terperanjat ya!Ada diantara kita yang ingin menggunakan masa lapang untuk menimba ilmu yang baru.Cadangan ini sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dari segi minda.Penuhkan masa lapang anda dengan menyertai kelas yang menawarkan bidang yang berlainan.Sebagai contoh anda bolehlah menyertai program kelas sementara yang ditawarkan oleh KOLEJ KOMUNITI ataupun GIAT MARA.Anda juga blehlah menyertai kelas yang menetapkan bayaran berpatutan seperti kelas kulinari ataupun kelas Bahasa Inggeris.Sudah pasti usaha lebih anda ini akan memberikan diri sedikit kelebihan apabila menghadiri sebarang temu duga kelak. :)

          4)  PLKN
Bagi sesetengah ini adalah satu aktiviti yang wajib kerana mereka ditawarkan masuk.Tetapi bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan didalam aktiviti cuti ini bolehlah memohon sebagai salah seorang pelatih di Pusat Latihan Khidmat Negara.Sudah pasti anda akan dapat melebarkan jalur komunikasi bersama dengan individu yang datang dari latar belakang yang berlainan.
   
Itu sahajalah cadangan dari kami.Kami di pihak admin ingin mengucapkan semoga berjaya memanfaatkan cuti yang indah kepada mereka yang berkaitan dan INGAT jagalah keselamatan diri anda.Hidup anak remaja!

Friday 14 December 2012

JEJAK KE MENARA GADING 2


        

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada JEJAK KE MENARA GADING edisi 1.
Nama-nama pelajar cemerlang dibawah ini adalah anak kelahiran SMK TUNKU BESAR TAMPIN setelah menuntut ilmu sebagai pelajar PraU.Hasilnya anda dapat baca dan lihat di bawah.

Sungguhpun sistem peperiksaan STPM telah berubah tetapi formula kejayaannya kekal sama iaitu usaha tanpa henti.Sesiapa sahaja yang ingin merealisasikan impiannya haruslah mengharungi setiap cabaran dan dugaan dengan sabar.

Syabas diucapkan kepada mereka dibawah ini kerana mereka merupakan bukti bahawa PraU merupakan antara institusi pembelajaran yang boleh melahirkan modal insan.Semoga kejayaan milik semua. :)




PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PRAUNIVERSITI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN,73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
JEJAK PRA-U 2 Sesi 2011 ke MENARA GADING 2012

Bil.
Nama
Universiti
Kursus
1
Tilaga A/P Mogana Sundaram
UPM
Sains Bahan
2
Lim Hui Kian
UUM
Pengurusan Pembangunan
3
Kong Shu Ling
UUM
Sumber Manusia
4
Kuang Pitt Fang
UPSI
Rehabilitasi Sukan
5
Tan Siun Seng
UMT
Teknologi Maritim
6
Leow Chu Ching
UNIMAS
Kejururawatan
7
Lee Woon Jah
UMS
Perhutanan
8
Pang Kok Ann
UNIZSA
IT (Security)
9
Naven Prasad
MMU
Foundation for Engineering
10
E Lee Thian
MMU
Undang- undang
11
Richard Lee
USM
Mekatronik
12
Hafizah Razak
UNIMAS
Psikologi
13
Mohd Zharrif
Unisel
Kewangan
14
Nur Syafidah Johan
UPSI
Diploma Sains
15
Law Teck Poh
UNIMAP
Perniagaan Antarabangsa
16
Tan Hwa Teng
UUM
keusahawanan
17
Lee Swet Jean
UMP
Pengurusan Projek
18
Gan Yi Hui
UNIMAS
Kejuruteraan Elektrik
19
Wong Pui Jin
USM
Kejuruteraan Bahan
20
Gan Wei Kang
UMP
Manufacturing
21
Foo Wei Wen
UMP
Kejuruteraan Software
22
Chong Chin Siong
USM
Chemical Analysis
23
Kong Jia Ying
UTAR
Foundation in Arts
24
Vinoshini Saminathan
BRICKFIELDS ASIA COLLEGE
Degree in Law
25
Parvathy
UNISEL
Human Resource
26
Vimala A/P Goval
UNIMAS
Sains Sosial & Kajian Antarabangsa
27
Nithyan A/P Sennaiappan
UNISEL
Kewangan Antarabangsa
28
Wong Wan Bin
UTAR
Foundation
29
Wong Pei Shian
UTAR
Foundation
30
Koh Hoi Leng
UTAR
Foundation
31
Sharmila A/P Veerathan
UMK
Logistik & Perniagaan Pengedaran
32
Munirah Mohd Zhaffar
UITM
Diploma Reka Fesyen



Disediakan oleh :
Pn. Halimah binti Haji Abu Bakar.
Admin blog.

Sumber maklumat:
  1. Pelajar sendiri.
  2. Rakan- rakan pelajar.
  3. Guru- guru.

Saturday 8 December 2012

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapankan.Sedar tak sedar kita sudah berada di hujung tahun 2012.Topik kita pada kali ini ialah kaedah pembelajaran yang lebih berkesan.Di harapkan tip-tip ini berguna kepada anda semua.
      Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
  1. Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
  2. Memilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  3. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  4. Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  5. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
  6. Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
  7. Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  8. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  9. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
    • Mengandungi semua maklumat penting
    • Bersih dan mudah dibaca
    • Terkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)
    • Ringkas dan padat
Kesungguhan Belajar
  1. Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  2. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  3. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  4. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  5. Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
  • Kerana Gangguan – Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
  • Tumpuan Perhatian – Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
  • Faktor Masa – Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
  • Minat – Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
  • Pilihan – Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
  • Ulangan – Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
  • Assasiasi – Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
  • Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangka masa yang lama.Sekian saja dari kami.


Sunday 11 November 2012

CARA TIDUR RASULULLAH BAIK UNTUK KESIHATAN

asalamualaikum..
tips kali ini ingin berkongsi tentang cara tidur rasulullah.
Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana untuk mendapat cara tidur yang lena kan?sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit tentang masa yang perlu kita ambil ketika tidur.Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari.Bagi kanak-kanak pula mereka memerlukan masa tidur yang lebih panjang.Lain pula bagi golongan veteren yang mencapai usia emas,pola tidur mereka ialah antara empat hingga lima jam sehari.Bagi pelajar yang ingin menghadapi peperiksaan  tidur amat peting sekali untuk mereka berasa segar ketika menjawab peperiksaan.


Antara salah satu cara untuk mrndapat tidur yang lena ialah Berwuduk sebelum tidur.
Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.


Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.


Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.


SELAMAT MENCUBA :)