THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Saturday 14 April 2012

TERUKIR DI BINTANG

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semuanya



Sayangku

Jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



Walaupun lagu ni best, tapi sesungguhnya, entri ini tak ada kaitan langsung dengan lagu tersebut. Hahahahaha. Okey, tak kelakar. Teruskan...


Mac dan April mungkin merupakan bulan yang agak memenatkan bagi semua pelajar praU 2. Bukan sahaja penat dengan tuntutan akademik, tetapi juga penat dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Pelbagai pertandingan yang kami sertai. Pertandingan Pidato Prauniversiti Peringkat Daerah dan Negeri. Persembahan Drama Tamil sempena Karnival Bahasa Tamil. Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah. Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah. Fuhh... banyak betul. Penat memang penat. Tapi, kepenatan dan titik peluh kami itu berbayar dengan 'ganjaran-ganjaranya.' Ha... nak tahu apa dia? Jom kita scroll ke bawah jom!


1. Pertandingan Pidato Prauniversiti Peringkat Daerah dan Negeri.


Tahniah kepada saudara Zainal Asnawi Asyraf atas kemenangan beliau di Pertandingan Pidato Prauniversiti Peringkat Negeri. Siapa sangka? Berbekalkan gelaran naib johan cuma di peringkat daerah, tapi di peringkat negeri, saudara Asnawi merangkul sekali lagi kedudukan naib johan.


BUKTI TITIK PELUH



2. Persembahan Drama Tamil bersempena dengan Karnival Bahasa Tamil


Tahniah kepada semua krew yang terlibat sepanjang menjayakan aktiviti ini. Walaupun bukan pertandingan, tapi saya percaya... usaha mereka untuk menonjolkan sesuatu yang terbaik berhasil apabila dikhabarkan, drama ini mendapat pujian daripada rata-rata hadirin yang hadir ketika itu. Tahniahlah untuk semua yang terlibat terutamanya pelajar-pelajar PraU 2 yang turut menyumbang tenaga untuk menjayakan drama ini.





WARNA-WARNI
3. Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Daerah


Dalam drama Bahasa Inggeris ini cuma seorang sahaja pelajar Prauniversiti yang terlibat dalam aktiviti ini iaitu saudara Zainul Fadli. Apa-apa pun, ucapan tahniah diucapkan kepada keseluruhan krew yang bertungkus-lumus dalam memastikan semuanya berjalan lancar. Segala titik peluh mereka sepanjang merangka jalan cerita, membuat latihan, membikin props dan lain-lain akhirnya terbayar apabila mereka berjaya pulang dengan gelaran JOHAN PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH




BARISAN AKTOR DAN AKTRES
4. Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah


Ehem-ehem. Alhamdulillah, gelaran JOHAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH tahun 2012 sekali lagi menjadi milik SMK Tunku Besar Tampin. Tertekan dengan desakan yang mewajibkan kumpulan tahun ini mengekalkan kemenangan membuatkan kami berasa terlalu berdebar. Akhirnya, nah!


SEBELUM...

SELEPAS

 








Gembira dengan kejayaan demi kejayaan pelajar-pelajar SMKTBT khususnya pelajar PraU. Setiap usaha, latihan, jerih dan sokongan diadun sehabis baik sehinggakan kita menjadi yang terbaik. Setiap usaha itu menyebabkan nama kami sebagai pelajar PraUniversiti terukir di bintang. Ya, mungkin kata-kata ini seperti sekadar mimpi. Tapi, mimpi itu kadang-kadang menjadi dejavu untuk manusia di masa hadapan kan? 


Untuk semua pelajar Prauniversiti SMKTBT, teruskan mengukir di bintang ya?!



No comments: