THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday, 4 March 2012

KARNIVAL JOM MASUK U


Salam 1 Malaysia kepada semua.

Diri saya masih lagi terasa penat kesan daripada rombongan sekolah ke Port Dickson baru-baru ini.
Kami bukan bermandi laut ya! Tapi kami pergi kesana atas jemputan Kementerian Pelajaran Tinggi.Waahhh! Bunyinya macam grand sungguh.

Karnival ini diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 3/3/2012.Mengikut kalendar sekolah, hari ini merupakan hari ganti persekolahan bagi musim perayaan tahun baru cina yang lepas.Namun begitu, beberapa orang pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 diberi keutamaan untuk menyertai karnival ini.

Program ini diadakan hampir setiap tahun dan tujuan utamanya adalah untuk memberi pendedahan dan menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar tentang peluang yang disediakan untuk mereka dalam bidang pelajaran sebaik sahaja tamat zaman persekolahan.

Saya secara peribadi merasakan program ini merupakan satu wadah yang sangat penting dalam menyuntik semangat  para pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memegang segulung ijazah  dan memacu diri ke arah menara gading.

Sebaik sahaja tiba,kami terus masuk ke khemah yang disediakan.Didalamnya terdapat lebih daripada 40 booth.Baik IPTA ataupun IPTS, kesemuanya berebut2 dalam memberi pamplet kepada para pelajar.Mereka semua seakan2 penjual produk dan kamilah pelanggan potensi mereka.

Saya cukup kagum dengan sambutan masyarakat terhadap karnival ini.Tua,muda,ibu bapa dan kanak-kanak turut berada bersama bagi menyaksikan karnival ilmiah yang disediakan. Selain itu, terdapat juga beberapa persembahan nyanyian dan juga dikir barat yang dipersembahkan oleh mahasiswa/mahasiswi USIM.

Bagi kanak-kanak pula,mereka diberi peluang untuk menyertai pertandingan mewarna secara percuma.Tidak dilupakan juga tempat yang strategik menjadi daya penarik utama ke karnival ini.Lokasinya betul2 berdekatan dengan laut...Terasa seperti dalam filem ombak rindu apabila angin meniup rambut saya...hahahha.

Sebelum saya akhiri entri ini dengan gambar2 yang sempat dirakam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mengetahui dengan lebih jelas jalan yang akan ditempuhi selepasa SPM/STPM kelak.Semoga karnival ini akan terus diadakan dari masa ke semasa. :)

Nak tengok gambar tak?........Saya letakkan juga!!



MENGABDIKAN MEMORI.

KAMI GEMBIRA DAPAT BEG FREE!!
USIM ANTARA TEMPAT PERTAMA KAMI LAWAT

BERMINAT UNTUK MENJADI ATLET NEGARA..?

CIKGU ZARIDAH SEMPAT BERGAMBAR DGN KAMI.
RAMAI SUNGGUH PELAJAR.

TAK SEMPAT MINTAK AUTOGRAF..

CIKGU KAMI SEMPAT BERPOSING

SAYA TEKUN MENGUMPUL MAKLUMAT..HAHA

SEMUANYA INGIN KE U!
Itu sahajalah entri untuk kali ini....Insyallah, saya akan karang satu entri khas bagi mendedahkan maklumat yang saya perolehi hasil dari karnival ini khususnya yang berkaitan dengan syarat2 kemasukan ke Universiti dan bidang2 yang ditawarkan...nantikan~ ~ ~

ADIOS AMIGOS... :)







No comments: