Entri kali ini kami berkongsikan tentang tips-tips semasa temuduga..
Seperti yang kita semua ketahui terdapat ramai pelajar PRA UNIVERSITI telah pun meninggalkan zaman persekolahan mereka dan mungkin akan menjejakkan kaki ke alam universiti mahupun alam pekerjaan..
Jadi, kami berharap agar tips berkenaan temuduga ini sedikit sebanyak mampu membantu para calon temuduga untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal..
- Ketuk pintu,bagi salam,duduk apabila dipelawa.
- Perhiasan diri dan penampilan mengikut jenis temuduga.Jika bekerja,pakai pakaian yang sopan dan sesuai dengan kerjaya.Untuk temuduga berkaitan pelajaran,digalakkan berhias seminima mungkin tetapi kemas.
- Guna fail yang boleh diselak untuk mudahkan penemuduga menyelak dan melihat sijil anda
- Jika boleh beri keutamaan kepada sijil yang berharga untuk diletakkan didepan.
- Letakkan semua sijil kegiatan luar di dalam satu fail kerana besar kemungkinan anda akan disoal berdasarkan sijil kemahiran anda.
- Sentiasa senyum dan menunjukkan sikap peramah dan mesra
- Jangan menjawab apabila dikritik.Dengar dan sekadar angguk tanda patuh.Ini mungkin salah satu cara untuk menguji anda cara anda mengawal emosi.
- Paling digeruni ialah,apabila ada panel menyuruh anda membuat demo.Contoh:Demo mengajar di hadapan.Cuba buat sehabis baik
- Resume yang padat amat digalakkan meskipun anda memohon untuk masuk ke universiti,masih ada individu yang buat resume ringkas untuk tambat hati penemuduga.*pengalaman
- Pakai nametag jika ada untuk meraih perhatian penemuduga selain memudahkan nama anda dipanggil apabila disoal.
- Ucap maaf jika tidak dapat jawab dan bercakap jujur*elak cakap sorry-sorry tapi maaf bila tersasul.
- Sebelum keluar ucap terima kasih.
- Antara soalan top dan popular :
- Mengapa anda inginkan course ini/mengapa anda memohon jawatan ini?
- Nama menteri-menteri dan Sultan di malaysia.
- Latar belakang syarikat/kos yang dipohon
- Soalan pengetahuan am dan isu semasa.
- Soalan menguji keyakinan diri.Contoh : awak yakin awak nak mohon ini?Awak rasa awak dapat tak kerja ni?Betul awak tak nak kerja di tempat lain/menyambung kerja ditempat lain yang lebih bagus?
- Pengetahuan am mengenai bidang kerja/course Contoh :Apa perbezaan bakteria dan virus?
- Kelebihan anda berbanding orang lain.Mengapa kami harus ambil anda?Contoh:Awak boleh buat apa lagi selain di sijil ni
- Sesi memperkenalkan diri.Biar padat ,ringkas dan berkaitan.Utamakan latar belakang pendidikan yang tertinggi
No comments:
Post a Comment