THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Saturday 29 December 2012

AKTIVITI SEMASA CUTI?

Apa khabar semua?Kita sudah menghampiri tahun baru.Sebelum jendela 2012 dilabuhkan,kami di pihak admin ingin bekongsi beberapa cadangan yang boleh digunapakai kepada pelajar lepasan STPM/STAM ataupun SPM.

Almaklumlah,cuti kita kan panjang.Paling lewat pun bulan 9 baru kita masuk ke institusi pendidikan semula.Jadi,pasti kita semua sebagai remaja yang BERWAWASAN mempunyai beberapa aktiviti yang ingin dilaksanakan.Mari kita baca beberapa cadangan yang boleh diketengahkan.

          1) MELAKUKAN HOBI.
 Sesetengah daripada ita mungkin ingin menggunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti kegemaran mengikut cita rasa masing2.Yelah,otak sudah penat belajar dalam tempoh beberapa bulan sehinggakan terpaksa mengkorbnkan aktiviti kegemaran kita.Mungkin ada diantara kita yang gemar bersukan seperti bermain bola,melancong dan membaca buku.Apa2 pun pastikan aktiviti yang anda ingin jalankan adalah selamat.

          2) BEKERJA

 Aha!Saya rasa kebanyakan daripada kita ingin bekerja bukan?Sememangnya dengan bekerja sambilan,kita bolehlah menimba pengalaman yang sangat bermanfaat.Ada diantara kita yang mencari peluang pekerjaan di restoran 'fast food',bekerja di stesen minyak ataupun sebagai seorang kerani.Tidak kisahlah apa jua pekerjaan anda JANJI tidak melanggar undang2.Sebaik sahaja kita bekerja saya yakin seseorang itu akan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan wangnya dan mereka akan dapat memperbaiki kemahiran diri.Sebagai contoh,sekiranya anda bekerja sebagai juru jual sudah pasti anda akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi bersama dengan orang lain.Tengok tue,disamping dapat $$ kita juga dapat memantapkan diri. :)

          3) BELAJAR

Jangan terperanjat ya!Ada diantara kita yang ingin menggunakan masa lapang untuk menimba ilmu yang baru.Cadangan ini sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dari segi minda.Penuhkan masa lapang anda dengan menyertai kelas yang menawarkan bidang yang berlainan.Sebagai contoh anda bolehlah menyertai program kelas sementara yang ditawarkan oleh KOLEJ KOMUNITI ataupun GIAT MARA.Anda juga blehlah menyertai kelas yang menetapkan bayaran berpatutan seperti kelas kulinari ataupun kelas Bahasa Inggeris.Sudah pasti usaha lebih anda ini akan memberikan diri sedikit kelebihan apabila menghadiri sebarang temu duga kelak. :)

          4)  PLKN
Bagi sesetengah ini adalah satu aktiviti yang wajib kerana mereka ditawarkan masuk.Tetapi bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan didalam aktiviti cuti ini bolehlah memohon sebagai salah seorang pelatih di Pusat Latihan Khidmat Negara.Sudah pasti anda akan dapat melebarkan jalur komunikasi bersama dengan individu yang datang dari latar belakang yang berlainan.
   
Itu sahajalah cadangan dari kami.Kami di pihak admin ingin mengucapkan semoga berjaya memanfaatkan cuti yang indah kepada mereka yang berkaitan dan INGAT jagalah keselamatan diri anda.Hidup anak remaja!

No comments: