Hello-Assalamualaikum
Program Mentor-Mentee antara guru-guru dan pelajar PraU SMK Tunku Besar Tampin telah selamat dijalankan dengan jayanya. Setiap guru iaitu sebagai mentor memiliki 3 hingga 4 orang mentee untuk berada di bawah bimbingan mereka selama tempoh sebelum STPM menjelma.
Di sini saya sertakan gambar-gambar berkaitan sekaligus menceritakan apa yang dijalankan dalam program ini.
 |
Menunggu para guru dan pelajar memenuhi dewan |
 |
Pelajar PraU menunggu ketibaan kawan-kawan |
 |
Bacaan doa sebelum memulakan majlis |
 |
Ucapan dari Tuan Pengetua sekaligus merasmikan Program ini |
 |
Para mentee menerima sebuah fail daripada mentor masing-masing sebagai satu simbolik |
 |
Gambar atas: Para petugas (pelajar PraU) bahagian makanan bersama guru bimbingan
Gambar bawah: Muka gembira bila dapat makanan |
 |
Roti dan air diberi percuma sesudah usai program |
Berakhir sudah Program Mentor-Mentee tersebut. Diharapakan para pelajar(mentee) menggunakan peluang yang diberikan iaitu mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru(mentor) masing-masing dengan baik.
Semoga kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang dengan usaha yang gigih.
No comments:
Post a Comment