THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday 25 March 2012

HIJAU ITU PRAU

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua.


Saya agak pasti mata-mata anda perasan akan perubahan ketara yang berlaku pada blog ini, bukan? Hijau Itu PraU. Mulai daripada detik ini, nama blog ini secara rasminya telah ditukarkan menjadi Hijau Itu PraU. 


Hijau Itu PraU???
Kenapa? Mengapa? 


Tujuan entri ini ditaip bukan sekadar mahu merencanakan transformasi yang berlaku. Entri kali ini lebih daripada itu. Entri ini dihasilkan untuk menjawab soalan "mengapa frasa ini yang menjadi pilihan?" 


1. Hijau itu identiti Prauniversiti di SMK Tunku Besar Tampin


Saya masih ingat lagi pada momen kali pertama saya menjejakkan kaki di SMK Tunku Besar Tampin, satu perkara yang saya perasan adalah sekolah ini disaujanakan dengan warna hijau. Wow. Hari demi hari yang saya lalui di sekolah ini membuatkan saya makin terasa akan betapa kuatnya warna itu menjadi kebanggaan kepada seluruh warga TBS. Itu membuatkan saya terfikir dan akur pada sat realiti iaitu HIJAU ADALAH TBS dan TBS ADALAH HIJAU.


Jadi mengambil inspirasi daripada situasi tadi, kami bersepakat untuk mengabadikan perkataan HIJAU itu pada secebis wahana kami ini bagi menggambarkan pada pengunjung-pengunjung blog bahawa Prauniversiti yang ini adalah berasal daripada SMK Tunku Besar Tampin. 


HIJAU kan?


2. Hijau itu ada maksudnya yang tersendiri.


Kalau dari segi tafsirannya, warna hijau membawa maksud segar dan mendamaikan. Ini seolah-olah menjadi simbolik kepada praU yang berpenampilan lebih segar dan mendamaikan. Hijau seperti warna yang melambangkan permulaan langkah kami daripada pucuk mahu menjadi pohon. Sekali gus itu seolah-olah melambangkan cita-cita kamisebagai seorang penuntut ilmu.




Tahu dan sedar akan hakikat jangan bermimpi di siang hari. Tapi, bukankah bagus sebenarnya jika mimpi itu menjadi motivasi kepada kita? #pedulikan kata orang.


Jadi secara konklusinya kini blog ini telah melalui proses penjenamaa semula daripada Awesome Student Pra-U menjadi Hijau itu PraU. Diharap pilihan kami ini kenalah ya pada jiwa anda.

No comments: