Saya rasa sudah lama saya tak buat entri yang berkaitan dengan tips.Almaklumlah kebanyakan entri adalah berkenaan dengan aktiviti pelajar-pelajar PraU SMK TBS.Saya rasa itu merupakan petanda yang cukup baik kerana ia melambangkan aktiviti kita sarat dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berilmiah.
Seperti yang anda semua sedia maklum, keputusan STPM telah lama diumumkan senjak 7 Mac 2012 bersamaan dengan hari Rabu.Baiklah, fokus saya pada entri kali ini bukanlah pada keputusan STPM kerana akan ada entri yang khusus untuk itu.
Sebaliknya saya ingin berkongsi maklumat yang saya peroleh dari surat khabar Sinar.Saya rasa maklumat ini sesuai untuk tatapan pelajar lepasan STPM dan SPM.
Saya tertarik dengan artikel Hala Tuju Selepas STPM dan SPM.Melalui artikel tersebut dapatlah saya simpulkan beberapa perkara yang penting untuk dijadikan panduan kepada kita semua.
1) Terdapat pelajar yang tidak lulus dengan cemerlang dan mengambil keputusan untuk terus bekerja. Keputusan tersebut memerlukan keberanian kerana ia melibatkan masa depan dan pemilihannya adalah lebih sukar dan kritikal dari memilih pusat pengajian.
4) Setiap orang mempunyai personaliti diri yang tersendiri tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh berubah.Justeru, jika anda tidak mendapat tawaran yang anda kehendaki maka pertimbangkanlah untuk menerima tawaran yang lain.Anda akan berpeluang mempelajari ruang baru yang anda tidak sedari selama ini.
5) Jika anda gagal mendapat keputusan yang cemerlang, teruskanlah berusaha kerana usia anda masih lagi muda dan anda boleh mencuba bidang kemahiran seperti automotif, kulinari dan jahitan.
Inilah 5 perkara penting yang saya dapat simpulkan sepanjang saya membaca artikel Hala Tuju Selepas STPM dan SPM.Saya berharap kawan-kawan sekalian tidak mudah berputus asa.
Andainya takdir tidak membuatkan anda cemerlang hari ini, tidak bermakna HAK anda untuk cemerlang akan ditidakkan selama-lamanya.
JANGAN LUPA BERUSAHA!!
lagu ini ditujukan kepada anda semua. I WILL SURVIVE!!
No comments:
Post a Comment