THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Wednesday 3 October 2012

Sambutan MerdekaRaya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Pra-U.Baru-baru ini sekolah kita telah menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri secara besar-besaran.Walaupun Hari Kemerdekaan dan Hari Raya telah lama berlalu namun bahangnya masih terasa.Sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu,pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjur oleh pihak sekolah antaranya ialah Pertandingan Hiasan Kelas dan Pertandingan Nyanyian Patriotik.Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar terutama sekali bagi pelajar PraU-1 yang masih membiasakan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan baru.

Sepanjang aktiviti ini dijalankan,pelajar Pra-U TBS telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.Ayuh,kita ikuti gambar-gambar yang sempat diambil oleh admin Aiman sepanjang sambutan tersebut berlangsung.

 PraU-1 Sarjana merangkul Johan bagi Pertandinga Hiasan Kelas.

 Pra-U1 Ilmiah mendapat tempat Naib Johan bagi Pertandingan Hiasan Kelas


 Pra-U1 Falsafah mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Hiasan Kelas


Walaupun kita berbilang kaum,kita masih boleh hidup secara harmoni dan aman damai


Penari tarian India dari para pelajar PraU1

  
 1 Malaysia


1 Malaysia


Berakhir sudah entri kali ini.Diharap sambutan dan aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia :)

No comments: