THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday 5 October 2012

sebelum menghadapi peperiksaan..

asalamualaikum,peperiksaan PMR,SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi.adakah anda sudah bersedia?

Sebelum menghadapi peperiksaan ada tips yang harus anda lakukan untuk menyenangkan anda semua ketika menjawab soalan exam.Insyaallah tpis yang di beri ini akan berkesan untuk anda semua..Sila lah baca jika ingin tahu :)




1. Tidur yang cukup.
Pastikan  dapat tidur yang cukupnya sebelum exam. Kalau  tidur tidak cukup pasti akan merasa tidak bermaya ketika menjawab soalan. Tambahan pula mendapat soalan yang susah,pasti anda akan merasa mengantuk. Bila sudah mengantuk tumpuan hendak menjawab soalan pun akan terganggu kan. Nanti apa yang di fikir lain pula yang di tulis.


2. Makan awal.
Pastikan anda mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum exam. Tujuan ini bagi mengelakkan anda lapar ketika  exam. Kalau lapar masa exam memang akan ganggu fokus untuk menjawa soalan . Baru nak bayangkan jawapan terbayang pulak macam-macam makanan kan. Silap haribulan nama masakan dengan jenis makanan korang boleh tulis dalam kertas jawapan tu.


3. Buang air sebelum exam.
Bunyi macam pengotor je kan tips yang ni tapi ni hakikat ya. Kalau korang buang terlebih dahulu  segala benda yang tak diperlukan dalam badan ni tiada lagi masalah sakit perut masa menjawab  exam nanti kan. Kalau nak pegi ke tandas ni bukannya boleh kejap-kejap kan. Paling kurang pun 5 minit. Sudah membazir masa untuk  menjawab soalan. Jadi, buang la siap-siap sebelum pegi exam ya.


4. Bersiap awal.
 Setelah ketiga-tiga  tips yang diatas ini dah buat, barulah anda  teruskan dengan tips yang ni iaitu siap awal. Siapkan segala kelengkapan asas untuk  exam seperti  pen, pensel, pemadam dan slip exam . Benda-benda penting macam ni kenalah siapkan awal-awal nanti tiada la masalah nak pinjam pen kawan ke ape ke kan. Kan dah susahkan diri sendiri dan kawan-kawan.


                                                                  Selamat mencuba J

No comments: