THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday 23 September 2012

PERKHEMAHAN INTEGRASI PRA-UNIVERSITI NEGERI SEMBILAN 2012

Pada 7-9 September yang lalu, telah berlansungnya Perkemahan Integrasi Pra-Universiti peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah. Pelajar Tingkatan 6 Bawah dari seluruh Negeri Sembilan telah berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. SMK Tunku Besar Tampin telah menghantar 36 orang pelajar Pra-U1 untuk mewakili sekolah.

Hari Pertama,7 September 2012
Kami bertolak dari sekolah dalam pukul 3 petang dan setelah sampai di tapak kem, kami terus memasang khemah di kawasan yang telah disediakan.
Selepas pendaftaran, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal dijalankan.
Aktiviti dimulakan dengan sesi suai kenal.

Sesi suai kenal
Pada waktu malam, kami telah diajar beberapa pergerakan tarian untuk malam kebudayaan yang dijalankan keesokkan harinya. Semua peserta berasa sangat seronok dan enjoy diri masing-masing. Mana taknya, lebih  4 jenis tarian telah diajar oleh guru tarian yang dijemput khas. Tarian inang, tarian india, zapin dan joget.


Ewahh ewahh..

Setelah segala ilmu tarian telah diturunkan kepada peserta, kami diberi tugasan untuk berlatih tarian tersebut untuk dipersembahkan pada malam kebudayaan. Kumpulan yang dapat tarian india tu seronoklah, kerana lagu sangat rancak dan bebas membuat apa-apa pergerakan asalkan ada elemen hindustan.


Hari Kedua, 8 September 2012
Hari kedua padat dengan aktiviti. Biasalah, kalau perkemahan sudah tentulah kena bangun awal pagi. Sebelum subuh lagi kami diarahkan bangun. Bagi pelajar islam kami berkumpul di surau untuk sentuhan rohani manakala pelajar bukan islam berkumpul di astaka untuk aktiviti moral.


Aktiviti kerohanian dipimpin oleh pelajar dari SMAP Labu


Senaman pagi memang sangat sesuai untuk memulakan aktiviti pada hari tersebut supaya segar badan-badan dan mata yang masih mengatuk tu. hehe

Gosok, jangan tak gosok :D

Selepas sarapan, aktiviti diteruskan dengan kajian lapangan.
Tugasan lapangan adalah aktiviti diamana kami dibawa melawat dua tempat dan perlu mencatat segala maklumat diperoleh sepanjang perjalanan. Perhatian penuh perlu diberi semasa aktiviti ini kerana kami dikehendaki membentang dapatan kajian ini nanti. Selepas dibahagikan kepada 4 kumpulan besar, kami dilepaskan secara berkumpulan ke tempat kajian.


Peserta berjalan kaki dari tapak kem ke kawasan kajian lapangan


Setelah berjalan kaki selama 20 minit, kami sampai di lapangan yang pertama.

Kubu Dato Siamang Gagap

En.Hamdi (bertopi) , guru geografi dari SMK Batu Kikir memberi maklumat tentang kubu Dato' Siamang Gagap dan sejarah Melayu.


Selepas itu, kami kembali semula ke tapak kem. Perjalanan disambung dengan menuju ke lokasi kedua.

Jarak lokasi kedua dari kem tak jauh. 

Cuba teka apa aktiviti kami seterusnya?? jeng jeng jeng


Mengacau Penganan!

Haaa... Selalu kita panggil dodol. Kalau orang Negeri Sembilan panggil penganan. Penganan ni memang asal usul makanan orang Negeri Sembilan.Tiga buah kawah penganan dimasak pada hari tersebut. Semua peserta diberi peluang untuk mencuba mengacau penganan.






Pak Ck Idris menunjukkan cara-cara mengacau penganan kepada peserta . Kacau jangan sampai hangus!

Senang je buat penganan ni sebenarnya, cuma penat mengacau sampai ia likat. Slepas dua jam mengacau, penganan dibungkus dalam bekas kecil untuk diedarkan kepada peserta di kem. Malangnya, ini bukan seperti penganan liat yang biasa dijual di kedai, versi kami haritu cair sikit. Tak cukup masa nak kacau sampai likat, yang penting SODAP ;)

Tenaga kerja yang membantu membungkus penganan untuk diedarkan kepada peserta



Kembali ke tapak kem, peserta diberi kelonggaran untuk berlatih pergerakkan tarian untuk pertandingan malam budaya sehingga waktu minum petang.
Selepas minum petang, peserta dikehendaki membentangkan dapatan kajian, namun terpaksa dibatalkan akibat banjir kilat.
Hujan lebat telah menyebabkan tapak perkhemahan banjir. Ada sesetengah khemah peserta yang selamat, namun ada juda yang dipenuhi air hujan. Beg dan baju habis basah. Kasihan mereka yang tinggal sehelai sepinggang sahaja. Teringat saya kepada nasihat En.Ikhwan sebelum perkhemahan. Dia nasihatkan supaya baju diasingkan mengikut hari dan diikat kemas dalam beg plastik. Ada pakaian peserta yang terselamat dari dibasahi hujan, namun bagi yang bernasib malang pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jempol telah bermurah hati menyediakan pakaian terpakai untuk mereka pakai.



Tapak perkhemahan banjir

Kami semua sangka aktiviti "Explore Race" akan dibatalkan kerana hujan lebat.
Sangkaan kami salah. Aktiviti tersebut diteruskan selepas hujan berhenti. Dalam kumpulan masing-masing, kami telah dibekalkan dengan peta dan jangka ukur. Terdapat 4 check point. Peserta mesti berhenti di setiap check point. Bagi memenangi explore race ini, peserta perlu mengira jarak perjalanan dari satu check point ke check point yang lain dan mencatat latar budaya yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.



Merentas bendang

Peta tersebut akan membawa peserta dari satu check point ke satu check point yang lain sehingga ke tapak kem semula. Walaupun ada yang tercedera semasa aktiviti ini, semua peserta selamat sampai ke tapak kem semula. 
Selepas urus diri dan makan malam, berlansunglah acara yang paling dinanti-nantikan, Malam Kebudayaan. Kumpulan yang memenangi Malam budaya akan membuat persembahan di majlis penutup dihapan tetamu kehormat. Nak tahu kumpulan mana menang?


Hari Ketiga , 9 September 2012
Seperti biasa, hari dimulakan dengan senam pagi dan minum pagi. 
Selepas itu, kami diarahkan bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan supaya ia bersih seperti asalnya dan bersedia untuk majlis penutup. 

Ketibaan tetamu kehormat diambut dengan persembahan tarian india dari kumpulan yang memenangi Malam Budaya



Persembahan tarian India dari Kumpulan 24


Tetamu kehormat


En.Reduan dari SMK Tnku Besar Tampin sebagai pengacara majlis


Usai sudah majlis penutup, tamatlah  Perkemahan Integrasi Pra-Universiti peringkat Negeri Sembilan tahun 2012. Peserta pun berangkat pulang ke sekolah masing-masing. Pengalaman yang didapati dari kem ini sangat bermakna. Diharap akan ada lagi perkemahan seperti ini pada tahun berikutnya.



*Memori perkhemahan




Gaya kem komander mengacau penganan



peserta berlatih tarian kebudayaan




Kumpulan yang memenangi pertandingan Explore Race







Peserta dari SMK Tunku Besar Tampin


 Sekian.

p/s : terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbangkan gambar-gambar perkemahan! :)





No comments: