THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Saturday 4 February 2012

Botanical Garden

*menyapu sebentar* Aha! Assalamualaikum dan salam perpaduan integriti nasional kepada semua.Saya menyapu apa?Sapu 'habuk' kat blog nie.Almaklumlah dah lama tak berupdate.Maafkan kami ya..Ujian laras 1 semakin hampir maka kelam kabut kami dibuatnya.Semuanya berlumba2 untuk cemerlang dalam ujian kali pertama dalam tahun naga nie.RAWR!

Persatuan Pra U telah berjaya menjalankan salah satu projek 'meganya' pada 1 Februari bersamaan dengan hari Rabu yang lepas.Apa projek itu?Lihatlah pada tajuk entri diatas!

Sukacita untuk saya tuliskan disini bahawa program botanical garden fasa 1 telah dijayakan dengan bantuan semua ahli persatuan yang langsung ataupun tidak langsung.Hari Rabu itu menjadi saksi akan kekuatan ukhuwah pelajar Pra U yang sentiasa ingin mengharumkan nama sekolah.

Diharapkan dengan wujudnya Botanical Garden ini, sekolah SMK TBS akan menjadi lebih hijau dan MESRA ALAM.Mari kita lihat gelagat para pelajar pada hari tersebut!!


Kami bersama dengan guru penasihat,Puan Shuaida.

patuh menerima arahan pengerusi....ntah faham ke tak..

mengangkat tanah ini meletihkan!!

Kaum adam sibuk bekerja...tapi...

kaum hawa sibuk bergambar..haha.
kenapa pakai batu..cangkul mana..semangatnye!!

dua rakan karib merancang bagaimana ingin bekerja tanpa mengotorkan tangan..

walaupun panas terik namun masih sempat bergaya..

takkan cekak pinggang je..tak tolong ke?hehe
maka bermulalah sesi penanaman!

gigih menjalankan tugasan

Macam cerita si penggali kubur rasanya...

lemas pokok aloe vera dalam 'dakapan' tangan.haha
gembira melihat pokok herba selamat ditanam.

betul ke semua orang berkerja..ataupun...

nak tangkap gambar je!!

antara hasil kerja kami..

Memori2 indah yg akan dikenang selama2nya.
Setelah lebih kurang 1 jam 30 min bekerja,akhirnya..botanical garden kami telah siap...macam mana rupanya ye??saksikan~ ~

Fuhhhh...siap juga akhirnya!!!
Itulah dia botanical garden kami yang dimana 11 jenis tanaman herba yang berbeza berjaya ditanam.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bermula dari para pelajar sehinggalah ke pihak pengurusan sekolah kerana telah sama2 menjayakan projek ini.Itu sahaja untuk hari ini!!Adios Amigos~ ~

ps: ini baru fasa 1..fasa 2 bakal diadakan tak lama lagi...nantikan.. *gulp..berdebar rasanya..


1 comment:

Saddila said...

yeayy! awesome gila :)
cantik <3