THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Monday, 23 January 2012

Stress a.k.a JEM!!

Aloha amigos!

Sebelum kita 'mendalami' tajuk entri kali ini,mari kita hayati dulu gambar ini.

Lihat tajuk besar itu.
Saya memang suka beli majalah ini.Jika kamu lihat gambar admin di blog ini nampaklah muke saya tersenyum kambing tengah pegang majalah ini.Baiklah,bukan itu yang ingin saya coretkan.Namun berkisarkan tajuk besar majalah itu yakni STRESS.

YOU ARE A LIAR IF YOU HAVE NOT FELT ANY STRESSED IN YOUR LIFE *perlu ke caps lock?*

Semua orang pernah stress sampaikan haiwan pun mengalami benda yang sama!Aha,cuma manusia diberikan akal yang sempurna untuk menangani stress.Berdasarkan apa yang saya baca, stress itu boleh menjadi kawan dan lawan kita.

Sedikit stress amat diperlukan dalam melakukan kerja yang berkualiti dan produktif.Perasan tak kadang kala kita suka lengah2kan kerja dan pada saat2 akhir kepala kita dah dizzy sebab WAJIB untuk kita siapkan kerja itu.Maka saat2 akhir itulah yang dinamakan STRESS dan kadang2 kita mampu menyiapkan kerja itu dengan hasil mutu yang baik.

Stess ini merupakan perkara yang biasa kerana manusia tiada yang sempurna.Cuma kita kena bijak mengendalikan stress contohnya mendengar muzik,membaca kitab2 agama dan lain2 lagi kerana kadang kala apabila kita stress,diri kita meronta2 meminta 'santapan' rohani.Maka eloklah kita penuhi tuntutan itu.Bagi yang Islam, apabila kita stress maka eloklah jika kita mengadu kepada Yang Esa. Free of charge kot!



Pergh!!Akibat stress!




Antara manfaat STRESS mengikut majalah solusi adalah:-

  1. Stress akibat takut gagal membuatkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  2. Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan.
  3. Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian hidup akan memotivasikan diri untuk berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  4. .....nak tahu yang seterusnya?Belilah solusi...hehe...
Akhir kata,tanganilah stress dengan sebaiknya! Ingatlah bahawa orang barat ada mengatakan 'STRESSED is DESSERTS spelled backwards'...nyum3...

memori2 indah.




3 comments:

ABU said...

hari ni gua tak stress :D

STUDENT PRA-U said...

BAGUSLAH MCM TUE ABU...HEHE

noorhadila said...

suke sgt bace solusi ! :)