THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Thursday 23 February 2012

Baucar Buku 1 Malaysia!!

Gambar ini menceritakan segalanya
Aloha kawan2!Salam 1 Malaysia untuk anda semua.Saya akan cuba ringkaskan entri ini kerana diri kini berada dalam kesibukan yang melampau ekoran peperiksaan laras 1 yang sangat mengerunkan.Entah kenapa saya merasakan seolah2 ujian yang 1 jam ini penentu segala2nya.Aha!Biarkan sahaja saya dengan perasaan saya.Kita fokuskan kepada topik di atas.

Seperti yang anda sedia maklum baucar buku ini diberikan oleh kerajaan ekoran dari pembentangan perbelanjaan/bajet 2012.Maka didalamnya diperuntukkan RM 260 juta bagi pelajar2 yang layak termasuklah  pelajar PraU ataupun nama lamanya,tingkatan enam.

Jangan silap faham tau!Bukan RM 260 juta untuk seorang pelajar tetapi sebanyak RM 200 diberikan kepada setiapn pelajar bagi meringankan beban mereka untuk membeli buku2 yang berkaitan dengan pengajian mereka.Terima kasih diucapkan.

Sehubungan dengan itu, pada 14 Februari yang lepas bertempat di dewan besar SMK TBS, pemberian baucar buku ini telah disampaikan oleh Dato' Dr Haji Awaludin bin Hj Said yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota.Beliau juga merupakan salah seorang dari bekas pelajar SMK TBS. * den tumpang banggo*

Diharapkan agar pelajar dapatlah menggunakan baucar buku tersebut dengan sebaik mungkin sebelum tarikh matinya iaitu pada 31 Mac 2012.


Seperti biasa, saksikanlah gambar2 yang sempat ditangkap bagi mengabadikan memori ini buat selama-lamanya...cewaahh~ ~


Turut diadakan juga mesyuarat PIBG.

Pelajar PraU kita terlampau gembira..

Dewan mula dipenuhi dengan tetamu2 yang dijemput.
Pelajar kita duduk dengan penuh tatatertib.

Guru2 yang bertugas sibuk di kaunter pendaftaran.

Pengetua Cemerlang sempat memberikan sepatah dua kata.
Yang Dipertua PIBG kami..

Tetamu Kehormat,wakil rakyat kawasan kota.

Wakil Pelajar PraU.
Itulah dia gambar2 yang sempat dirakam.Semoga dengan pemberian ini kita semua akan setapak ke hadapan untuk mencapai.........................................................................................
'Man Jada Wa Jada'..Siapa Berusaha Pasti Berjaya.
ps:pssstt tolong doakan kami untuk ujian ini...seramm nieeehh..entri yang seterusnya akan dibuat selepas ujian.Sekian.

No comments: