THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday 20 January 2012

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Assalamualaikum WBT.


Ketika menyelak tabloid Kosmo! bertarikh 11 Januari 2012 tempoh hari membuatkan saya terjumpa dengan satu artikel yang menarik untuk dikongsi di ruang ilmiah ini. Artikel tersebut bercerita mengenai satu gejala baru yang mula menular dalam kalangan remaja di dunia, iaitu di Barat khususnya. 


Fenomena yang makin menular itu dinamakan sebagai CYBERBAITING. Istilah ini bermaksud apabila seseorang pelajar berasa jengkel terhadap mana-mana guru lalu pelajar tersebut menjadikan guru itu sebagai 'bahan.' Dalam erti kata lainnya, pelajar itu sengaja membikin guru tersebut berasa marah di tahap maksimum. Lalu, segala tindak-tanduk guru yang sedang diamuk amarah itu dirakam oleh pelajar yang lain lalu disebarkan di dalam Internet.


Kajian yang dijalankan oleh dokumentari Norton Online Family Report merekodkan 21% guru mengalami situasi ini. Kesan daripada perlakuan tidak bermoral tersebut mendatangkan risiko kepada guru itu sendiri. Ada yang dimasukkan ke hospital disebabkan gangguan jiwa. Malah ada juga yang terus dipecat. 


*sumber : dipetik dan diubah suai daripada tabloid Kosmo! (Rabu, 11 Januari 2012)






Wow! Lihat sahaja betapa teruknya fenomena ini meracuni institusi masyarakat di sana. Memang dari apa yang dilaporkan, fenomena ini masih dianggap sebagai baharu. Malah kita belum lagi pernah melihat kes seumpama ini berlaku di negara kita, kan? 


Tetapi, usah pandang ringan pada keadaan ini! Sebab itulah tajuk entri kali ni, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. Tak ada salahnya jika kita mengambil iktibar daripada cerita artikel ini. Lakukan apa sahaja inisiatif-inisiatif pencegahan agar 'racun' ini tidak berupaya langsung untuk mendekati anak bangsa kita. 


Benar kita merangkap Generasi Y dan Z, telah dilambakkan dengan pelbagai teknologi. 





Tetapi, dalam masa yang sama, sebagai seorang remaja yang bijak dan berupaya untuk membezakan antara baik dan jahat, kita tidak sepatutnya menggunakan semua medium itu sebagai alat bagi melakukan apa-apa sahaja kegiatan negatif yang melanggari tatasusila. Fikirlah semasak-masaknya kesan yang akan timbul akibat daripada tindakan kita itu. Merugikan atau menguntungkan? 


Berbalik kepada fenomena CYBERBAITING ini, sebagai seorang pelajar yang juga kerap menuturkan ucapan 'Terima Kasih, Cikgu' di akhir pembelajaran, kita haruslah menghormati insan yang telah banyak memberikan tunjur ajar ini sejajar dengan ucapan yang kerap meniti di bibir kita itu. Jangan membalas jasa tersebut dengan melakukan perkara-perkara negatif seumpama ini. Cuba letakkan diri kita di tempat guru tersebut lalu tanya soalan kepada diri; "Wajarkah tindakan memalukan itu dilakukan?" Teknologi yang berlegar-legar dalam kehidupan seharian anda haruslah digunakan dengan tujuan yang baik. Mendiang Steve Jobs dan lain-lain pelopor gadjet-gadjet berteknologi tinggi tidak menciptakan semua itu atas tujuan negatif.  


Jadi, sebelum berundur... ingatlah. Sediakan payung sebelum hujan. Hargai guru anda. 




*p/s : Selamat bercuti semua dan Gong Xi Fa Cai!!!



No comments: