THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Thursday 21 June 2012

Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2012.


*Dup dap.dup dap.dup dap jantung saya berbunyi* Saya pun tidak pasti kenapa, tapi saya cukup nervous untuk menulis entri kali ini.Mungkin sebab entri ini perlu dicanang dengan teliti kerana entri ini adalah antara yang PALING DITUNGGU2 selama ini.

Tidak mengapa saya akan lakukan yang terbaik.Tak cuba maka tak tahu betul tak?Hik hik hik.Baiklah,apa khabar semua?Saya harap anda berada dalam keadaan yang sehat walafiat,perut pun semakin membulat.

Cepat benar rasanya masa berlalu sehinggakan hari2 yang ditunggu2 sejak dari sebelum cuti lagi telah pun tiba dan lama meninggalkan kita.Apakah hari itu?Jeng....jeng......JENG!!!

Hari itu ialah HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK TBS 2012.

Saya rasa semua sedia maklum akan apa gunanya hari anugerah ini diadakan bukan sahaja di sekolah TBS tetapi di semua sekolah2 seluruh Malaysia.Tujuannya mudah sekali.Anugerah ini diadakan bagi menghargai dan menyanjungi jasa2 dan pengorbanan seorang murid kepada sekolah baik dari segi AKADEMIK,KOKURIKULUM mahupun SAHSIAH.

13 Jun 2012 menjadi tarikh keramat kepada berlangsungnya majlis ini.Bertempat di Dewab Besar SMK TBS, saya dapat merasakan seolah satu perasaan yang cukup menghibakan dan juga menggembirakan.Bukan kerana saya dapat mengondol 2 anugerah *ehem2* tetapi lebih kepada nilai sentimental majlis itu sendiri.

Saya adalah antara pelajar yang terawal memasuki dewan itu.Kira2 setengah jam sebelum event berlangsung,dewan telah mula dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan juga penerima2 anugerah.Apabila saya melabuhkan badan diatas kerusi saya mula sedar bahawa anugerah seperti ini yang diadakan di peringkat SEKOLAH mungkin akan jadi yang terakhir buat diri saya.

Yalah,sudah terbiasa dengan anugerah seperti ini selama lebih kurang 13 tahun (darjah 1-tingkatan enam atas) membuatkan lubuk hati berasa sedikit sedih dan sayu.Jika ada rezeki akan kami naik menerima anugerah diatas pentas yang berbeza berpaksikan tujuan yang sama..mungkin di pentas....UNIVERSITI??Yang pasti,hidup penuh dengan teka teki.

Baiklah,sebelum kita menjamu selera dengan menjamah gambar2 dibawah,saya ingin terlebih dahulu meyenaraikan beberapa nama pelajar PraU yang mendapat anugerah pada hari itu...Nama ini mungkin tidak meliputi semua tapi maaf dipinta kerana ini adalah dari kelemahan diri saya sendiri.Saya pasti anda akan memahami situasi saya...hehe.

Pelajar Gemilang STPM 2011

TILAGA A/P MOGANOSUNDARAM (3.58 PNG)

Pelajar cemerlang  STPM 2011 (CGPA 3.0 ke atas)

  1. CHONG CHIN SIONG
  2. GAN WEI KANG
  3. KONG SHU LING
  4. LAW TECK POH
  5. LEE SWET JEAN
  6. LEOW CHU CHING
  7. LIM HUI KIAN
  8. RICHARD LEE JIA LIONG
  9. SHARMILA A/P VERATHAN
  10. TAN HWA TENG
  11. WONG PHUI JIN
Senarai Nama Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pra Universiti 1 peperiksaan akhir tahun 2011.

  1. MUHAMMAD FAIZ MD NASIR (PENGAJIAN AM DAN BAHASA MALAYSIA)
  2. SHAZMIRA BT SAMSUDIN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
  3. PAVITRA A/P RAVI (SEJARAH DAN BAHASA TAMIL)
  4. YAP YEW YONG (EKONOMI DAN MATEMATIK S)
  5. E SOON SHEN ( MATEMATIK T)
  6. CHAN SUE YING (PSV)
  7. YONG ZHI YEAN (KIMIA DAN FIZIK)
  8. PHOEBIAN CHIN EAN FEI (BIOLOGI)
 Itu sahajalah yang mampu saya senaraikan.Terdapat beberapa kategori lain yang telah berjaya digondol oleh pelajar PraU antaranya ialah sahsiah terbaik,pengawas asrama terbaik dan juga pengawas terbaik etc.SYABAS KEPADA SEMUA!!



NOSTALGIA

BANNER.


PENDAFTARAN.

BUKU PANDUAN

PENGACARA MAJLIS YANG CERIA.

RAMAINYA YG HADIR....

TETAMU KEHORMAT.

USTAZ HALIM MEMBACA DOA

PENGETUA CEMERLANG KAMI

TAK SABAR NAK DAPAT ANUGERAH.

PERSEMBAHAN YG MANTAP.
Penyampaian anugerah juga telah dilaksanakan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan juga kehadiran Yang Dipertua PIBG.






SUMBER INSPIRASI KAMI

EX STUDENT PRAU

ENCIK LEE HENG POH MEWAKILI ANAKNYA.

NERVOUS KE KAK..

BIODATA PELAJAR GEMILANG DIBACAKAN

SATISH, MAKING US PROUD.
INILAH YDP PIBG KAMI..


Sekali lagi,syabas diucapkan kepada semua pemenang dan semoga kejayaan ini dikekalkan dan diteruskan.Aha,kepada yang tidak mendapat anugerah anda bukannya tidak cemerlang,anda telah disimpankan takdirnya untuk sesuatu yang lebih besar kelak. :)

No comments: