THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday 11 December 2011

JANGAN MEMBAZIR MASA!

TIK TOK TIK TOK bunyi jam dinding bingit di telinga.Bunyi jam tau bukannya lagu Kesha.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Cuti berbaki beberapa minggu sahaja lagi. Adakah anda semua sihat? Saya sihat walafiat, pipi pun semakin tembam. Hehe. Baiklah, pada hari ini saya tertarik untuk menulis mengenai MASA.

Sebagai seorang pelajar, masa merupakan musuh utama kita. Adakalanya, masa juga menjadi teman rapat kita. Aha! Apakah yang saya bebelkan ini? Mari kita lihat soalan ini.

Apa itu masa? Adakah masa boleh dibeli? Adakah Masa boleh direka cipta?

Saya rasa semua pelajar tahu jawapan kepada soalan di atas. Dipendekkan cerita, masa sangat penting! Sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah yang cemerlang kita kena pandai ‘menggunakan’ masa..

Disini disediakan beberapa TIPS untuk kita lebih BIJAK menguruskan MASA di SEKOLAH ataupun di RUMAH.

  1. TUMPUAN 100% KEPADA GURU.

Sebahagian besar perkara yang keluar semasa peperiksaan STPM nanti datangnya dari kelas. Jadi kita WAJIB memberikan fokus kepada apa yang guru sampaikan. Adakalanya pelajar tidak gemar akan teknik yang disampaikan oleh guru tetapi jangan kita jadikan itu sebagai satu alasan. Ketepikan segala perasaan yang boleh membuatkan kita benci kepada guru itu kerana kita sedang menuntut ilmu daripada mereka. Nanti tak berkat... susah!!

  1. SEDIAKAN JADUAL BELAJAR DI RUMAH.

Harus diakui bahawa belajar di rumah merupakan satu perkara yang memeritkan. Terdapat pelbagai gangguan *bukan gangguan mistik ye* yang ada di rumah. Namun begitu seorang pelajar yang inginkan kejayaan perlu membuat jadual waktu belajar supaya masa kita lebih teratur. Rancanglah jadual tersebut berdasarkan keupayaan diri anda. Janganlah anda aturkan jadual yang merugikan diri sendiri seperti pagi sampai petang 'FB' kemudian malam TIDUR. Belajarnya mana?
           
  1. LUANGKAN MASA UNTUK AKTIVITI YANG LAIN.

Apakah contoh aktiviti yang lain? Biar saya terangkan, untuk mencapai kejayaan yang holistik bukan sahaja  bergantung kepada kekuatan minda tetapi kekuatan dari aspek kerohanian dan jasmani juga diambil kira. Justeru, kita haruslah meluangkan masa melakukan perkara2 yang mendatangkan kebaikan sebagai contoh bersenam, bermain video game ataupun meluangkan masa bersama keluarga! Dengan melakukan perkara yang sedemikian, barulah minda kita akan berasa lega kerana tidak hanya tertumpu kepada pelajaran semata2. Tetapi haruslah diingati, kita tidak boleh meluangkan masa yang terlampau banyak melakukan aktiviti sampingan ini kerana kita ada MATLAMAT dan VISI yang jelas iaitu UNIVERSITI.

Itu sahajalah tips yang saya dapat kongsikan bersama dengan anda untuk hari ini. Ingat! Allah pernah berfirman mengenai masa di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang manusia yang selalu rugi kerana mengabaikan masa. Jadi kepada rakan2 di luar sana, cuti masih ada. Buku pun sudah menyeru nama kalian. Ayuh! Kita gunakan masa dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan masa ‘memperbodohkan’ kita!





mesti gunakan masa dengan baik..
kalau tak kita JEM!!...
Nanti tak dapat masuk U..
:)


ps: Saya nak tulis mengenai halangan belajar di rumah pada entri TIPS yang seterusnya. Stress saya memikirkannya. JEM!!

No comments: