THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Monday, 15 July 2013

PELAJAR CEMERLANG STPM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Di sini saya ingin paparkan pelajar-pelajar yang telah berjaya dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun 2012.








  1. PAVITRA A/P RAVI  ( 3.92 )
  2. YONG ZHI YEAN ( 3.92 )
  3. E SOON SHEN ( 3.84 )
  4. NG YIK RU ( 3.67 )
  5. LEE HUANG HUI ( 3.42 )
  6. YAP YEW YONG ( 3.33 )
  7. ZAINAL ASNAWI ASYRAF B. ZAINAL ABIDIN ( 3.33 )
  8. GOH CHIN YUE ( 3.25 )
  9. PHOEBIAN CHIN EAN FEI ( 3.25 )
  10. MOHAMMAD FAHMI BIN ABDUL RAHMAN ( 3.09 )
  11. KOHILA VAANI A/P SELVA KUMAR ( 3.08)
  12. BONG WEH HAN ( 3.00 )
  13. CHAN SUE YING ( 3.00 )
  14. TAN HUI HOON ( 3.00 )
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar. Diharap para pelajar Pra-U akan mendapat inspirasi untuk berusaha dan mendapatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan akan datang.

Tuesday, 2 July 2013

Tips Mengelakkan Mengantuk Dalam Kelas

hai semua!!!

beberapa tips yang boleh dikongsikan bersama anda semua...

TIPS ELAKKAN MENGANTUK DI DALAM KELAS

1.Banyakkan minum air mineral

 
   Kajian telah membuktikan bahawa seseorang yang mengantuk akibat daripada kekurangan oksigen dalam
   otak. Dengan meminum air mineral yang banyak, ia mampu membekalkan oksigen yang secukupnya untuk
   otak kita semasa di dalam kelas. Jadi, cara ini terbukti mampu menghilangkan rasa mengantuk.

2.Ceriakan suasana.


   Dengan menceriakan suasana di dalam kelas, kita dapat merangsang otak kita untuk menerima input yang        
   diberikan. Ini kerana kebanyakan remaja mudah cepat rasa bosan dengan perkara yang perlu perhatian
   dan tumpuan yang sepenuhnya. Hal ini akan menjadikan golongan ini mudah rasa mengantuk di dalam  
   kelas. Jadi, cara ini mungkin boleh mengelakkan rasa bosan di dalam kelas. (p/s: jangan sampai melampau)

3.Melakukan aktiviti atau senaman ringan apabila mengantuk.


   Selepas telah mendapat isyarat bahawa kita telah masuk fasa mengantuk (iaitu menguap), adalah baik kita
   melakukan sedikit senaman supaya otot dan sendi kita bergerak kerana pergerakan dan senaman juga
   dipercayai mampu menyegarkan tubuh badan. Jadi, secara tidak langsung kita dapat mengamalkan cara
   hidup yang sihat dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas.


Sekian sahaja untuk tips kali ini... Harap sudi membacanya dan berkongsi dengan teman-teman yang lain.