THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.
Showing posts with label Buletin. Show all posts
Showing posts with label Buletin. Show all posts

Monday, 15 July 2013

PELAJAR CEMERLANG STPM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Di sini saya ingin paparkan pelajar-pelajar yang telah berjaya dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun 2012.








  1. PAVITRA A/P RAVI  ( 3.92 )
  2. YONG ZHI YEAN ( 3.92 )
  3. E SOON SHEN ( 3.84 )
  4. NG YIK RU ( 3.67 )
  5. LEE HUANG HUI ( 3.42 )
  6. YAP YEW YONG ( 3.33 )
  7. ZAINAL ASNAWI ASYRAF B. ZAINAL ABIDIN ( 3.33 )
  8. GOH CHIN YUE ( 3.25 )
  9. PHOEBIAN CHIN EAN FEI ( 3.25 )
  10. MOHAMMAD FAHMI BIN ABDUL RAHMAN ( 3.09 )
  11. KOHILA VAANI A/P SELVA KUMAR ( 3.08)
  12. BONG WEH HAN ( 3.00 )
  13. CHAN SUE YING ( 3.00 )
  14. TAN HUI HOON ( 3.00 )
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar. Diharap para pelajar Pra-U akan mendapat inspirasi untuk berusaha dan mendapatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan akan datang.

Monday, 10 June 2013

Berjuang Mempertahankan Kedaulatan Bangsa Dan Negara

Negara kita telah digegarkan dengan satu kejadian sangat mendukacitakan.. Kes pencorobohan sempadan oleh pengganas Sulu telah mengakibatkan ramai pejuang tanah air kita gugur di medan perjuangan. Mereka mendakwa bahawa mereka berhak memerintah negeri Sabah yang telah secara rasminya dibawah pemerintahan negara Malaysia yang tercinta.

Walaubagaimanapun, dengan keberanian dan semangat juang yang tinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya mematahkan serangan pengganas-pengganas Sulu yang akhirnya memberikan kejayaan kepada kita demi mempertahankan bumi berdaulat ini. Namun, pejuang-pejuang kita yang gugur di medan peperangan menjadi satu tamparan bagi semua rakyat di negara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana mereka bernaung dibawah satu negara.

Pemergian mereka harus kita jadikan sebagai satu semangat untuk kita pertahankan negara kita.

Antara mangsa yang terkorban dalam OPS DAULAT ialah..

Lahad Datu
1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak


Semporna:

1. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
2. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, 

Tawau

1. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
2. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah 
3. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah      
4. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah

Friday, 10 May 2013

Khidmat Masyarakat Prauniversiti 2013 di Gemenceh



Pada hari Sabtu bersamaan 20 April 2013, pelajar Pra-U2 SMK Tunku Besar bersama beberapa orang guru Pra-U sebagai guru pengiring telah menjalankan khidmat masyarakat di Masjid Kariah Kg. Batang Rokan, Gemencheh.




Para pelajar, guru-guru dengan kerjasama penduduk sekeliling telah bekerjasama membersihkan kawasan sekeliling dan mengecat semula masjid tersebut.





Semua pelajar tidak sabar untuk berkhidmat! 

Sarapan dulu...lepas ni nak bekerja keras.


Sedikit taklimat rinkas daripada En.Reduan

Sempat lagi Pn.Suaidah 'posing'. hehehe

En.Zainal membantu pelajar

Tekun muka Pn.Hanizah menyapu






Mr.Gan bersama pelajar Pra-U



Pn.Halimah bersama penduduk kampung menyediakan hidangan makan tengahari.


Pn.Mazani dan Pn.Zaridah





 Diharap aktiviti seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Aktiviti seperti ini sangat seronok dan berfaedah kerana pelajar dapat berkhidmat untuk masyarakat dan berinteraksi sesama sendiri serta penduduk sekeliling. Selain memupuk sifat kerjasama dalam diri pelajar, secara tidak lansung telah melakukan senaman ringan. Dapatlah hilangkan lemak-lemak degil  dalam badan tu kan ;)


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam khidmat masyarakat ini secara lansung mahupun tidak lansung. Semoga berjumpa lagi dalam aktiviti lain di masa hadapan ! 









Saturday, 9 March 2013

Ikrar Sekolah



KAMI,

PELAJAR SMK TUNKU BESAR TAMPIN,

BERIKRAR AKAN,


*TAAT KEPADA AGAMA DAN NEGARA

*MENGHORMATI IBU BAPA DAN GURU-GURU

*MENGGUNAKAN MASA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA

*MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH

*MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH DAN UNDANG-UNDANG NEGARA


PADA SETIAP MASA.





Saturday, 19 January 2013

Pra-U Teks STPM Penggal 2


Pra-U Teks STPM Penggal 2 terbitan Pernebitan Pelangi Sdn Bhd kini boleh didapati di pasaran.
Siri ini ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Terbaharu STPM yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Siri ini amat sesuai digunakan o…leh pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan STPM sebagai rujukan.
Ciri-ciri Istimewa Pra-U Teks STPM Penggal 2 terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd:
• Ekstrak Soalan STPM 2011 dengan jawapan
• Nota yang padat dan lengkap
• Kolum Sisi yang mengandungi Galeri Info, Akses Ilmu, Tips Peperiksaan dan Petunjuk STPM.
• Latihan Pengukuhan yang Menepati Piawai STPM Terbaharu
• Kertas Model Penggal 2
• Jawapan Lengkap
Jadul-jadul Pra-U & STPM Pra-U Teks STPM Penggal 2 terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd:
• Mastering MUET
• Pengajian Am Penggal 1 & 2
• Bahasa Melayu Penggal 1 & 2
• Biology Term 1 & 2
• Physics Term 1 & 2
• Chemistry Term 1 & 2
• Mathematics (M) Term 1 & 2
• Mathematics (T) Term 1 & 2
• Sejarah Penggal 1 & 2
• Geografi Penggal 1 & 2
• Ekonomi Penggal 1 & 2
• Pengajian Perniagaan Penggal 1 & 2

Saturday, 29 December 2012

AKTIVITI SEMASA CUTI?

Apa khabar semua?Kita sudah menghampiri tahun baru.Sebelum jendela 2012 dilabuhkan,kami di pihak admin ingin bekongsi beberapa cadangan yang boleh digunapakai kepada pelajar lepasan STPM/STAM ataupun SPM.

Almaklumlah,cuti kita kan panjang.Paling lewat pun bulan 9 baru kita masuk ke institusi pendidikan semula.Jadi,pasti kita semua sebagai remaja yang BERWAWASAN mempunyai beberapa aktiviti yang ingin dilaksanakan.Mari kita baca beberapa cadangan yang boleh diketengahkan.

          1) MELAKUKAN HOBI.
 Sesetengah daripada ita mungkin ingin menggunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti kegemaran mengikut cita rasa masing2.Yelah,otak sudah penat belajar dalam tempoh beberapa bulan sehinggakan terpaksa mengkorbnkan aktiviti kegemaran kita.Mungkin ada diantara kita yang gemar bersukan seperti bermain bola,melancong dan membaca buku.Apa2 pun pastikan aktiviti yang anda ingin jalankan adalah selamat.

          2) BEKERJA

 Aha!Saya rasa kebanyakan daripada kita ingin bekerja bukan?Sememangnya dengan bekerja sambilan,kita bolehlah menimba pengalaman yang sangat bermanfaat.Ada diantara kita yang mencari peluang pekerjaan di restoran 'fast food',bekerja di stesen minyak ataupun sebagai seorang kerani.Tidak kisahlah apa jua pekerjaan anda JANJI tidak melanggar undang2.Sebaik sahaja kita bekerja saya yakin seseorang itu akan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan wangnya dan mereka akan dapat memperbaiki kemahiran diri.Sebagai contoh,sekiranya anda bekerja sebagai juru jual sudah pasti anda akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi bersama dengan orang lain.Tengok tue,disamping dapat $$ kita juga dapat memantapkan diri. :)

          3) BELAJAR

Jangan terperanjat ya!Ada diantara kita yang ingin menggunakan masa lapang untuk menimba ilmu yang baru.Cadangan ini sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dari segi minda.Penuhkan masa lapang anda dengan menyertai kelas yang menawarkan bidang yang berlainan.Sebagai contoh anda bolehlah menyertai program kelas sementara yang ditawarkan oleh KOLEJ KOMUNITI ataupun GIAT MARA.Anda juga blehlah menyertai kelas yang menetapkan bayaran berpatutan seperti kelas kulinari ataupun kelas Bahasa Inggeris.Sudah pasti usaha lebih anda ini akan memberikan diri sedikit kelebihan apabila menghadiri sebarang temu duga kelak. :)

          4)  PLKN
Bagi sesetengah ini adalah satu aktiviti yang wajib kerana mereka ditawarkan masuk.Tetapi bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan didalam aktiviti cuti ini bolehlah memohon sebagai salah seorang pelatih di Pusat Latihan Khidmat Negara.Sudah pasti anda akan dapat melebarkan jalur komunikasi bersama dengan individu yang datang dari latar belakang yang berlainan.
   
Itu sahajalah cadangan dari kami.Kami di pihak admin ingin mengucapkan semoga berjaya memanfaatkan cuti yang indah kepada mereka yang berkaitan dan INGAT jagalah keselamatan diri anda.Hidup anak remaja!

Friday, 14 December 2012

JEJAK KE MENARA GADING 2


        

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Entri kali ini adalah kesinambungan daripada JEJAK KE MENARA GADING edisi 1.
Nama-nama pelajar cemerlang dibawah ini adalah anak kelahiran SMK TUNKU BESAR TAMPIN setelah menuntut ilmu sebagai pelajar PraU.Hasilnya anda dapat baca dan lihat di bawah.

Sungguhpun sistem peperiksaan STPM telah berubah tetapi formula kejayaannya kekal sama iaitu usaha tanpa henti.Sesiapa sahaja yang ingin merealisasikan impiannya haruslah mengharungi setiap cabaran dan dugaan dengan sabar.

Syabas diucapkan kepada mereka dibawah ini kerana mereka merupakan bukti bahawa PraU merupakan antara institusi pembelajaran yang boleh melahirkan modal insan.Semoga kejayaan milik semua. :)




PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PRAUNIVERSITI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN,73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
JEJAK PRA-U 2 Sesi 2011 ke MENARA GADING 2012

Bil.
Nama
Universiti
Kursus
1
Tilaga A/P Mogana Sundaram
UPM
Sains Bahan
2
Lim Hui Kian
UUM
Pengurusan Pembangunan
3
Kong Shu Ling
UUM
Sumber Manusia
4
Kuang Pitt Fang
UPSI
Rehabilitasi Sukan
5
Tan Siun Seng
UMT
Teknologi Maritim
6
Leow Chu Ching
UNIMAS
Kejururawatan
7
Lee Woon Jah
UMS
Perhutanan
8
Pang Kok Ann
UNIZSA
IT (Security)
9
Naven Prasad
MMU
Foundation for Engineering
10
E Lee Thian
MMU
Undang- undang
11
Richard Lee
USM
Mekatronik
12
Hafizah Razak
UNIMAS
Psikologi
13
Mohd Zharrif
Unisel
Kewangan
14
Nur Syafidah Johan
UPSI
Diploma Sains
15
Law Teck Poh
UNIMAP
Perniagaan Antarabangsa
16
Tan Hwa Teng
UUM
keusahawanan
17
Lee Swet Jean
UMP
Pengurusan Projek
18
Gan Yi Hui
UNIMAS
Kejuruteraan Elektrik
19
Wong Pui Jin
USM
Kejuruteraan Bahan
20
Gan Wei Kang
UMP
Manufacturing
21
Foo Wei Wen
UMP
Kejuruteraan Software
22
Chong Chin Siong
USM
Chemical Analysis
23
Kong Jia Ying
UTAR
Foundation in Arts
24
Vinoshini Saminathan
BRICKFIELDS ASIA COLLEGE
Degree in Law
25
Parvathy
UNISEL
Human Resource
26
Vimala A/P Goval
UNIMAS
Sains Sosial & Kajian Antarabangsa
27
Nithyan A/P Sennaiappan
UNISEL
Kewangan Antarabangsa
28
Wong Wan Bin
UTAR
Foundation
29
Wong Pei Shian
UTAR
Foundation
30
Koh Hoi Leng
UTAR
Foundation
31
Sharmila A/P Veerathan
UMK
Logistik & Perniagaan Pengedaran
32
Munirah Mohd Zhaffar
UITM
Diploma Reka Fesyen



Disediakan oleh :
Pn. Halimah binti Haji Abu Bakar.
Admin blog.

Sumber maklumat:
  1. Pelajar sendiri.
  2. Rakan- rakan pelajar.
  3. Guru- guru.