THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Monday 23 January 2012

Stress a.k.a JEM!!

Aloha amigos!

Sebelum kita 'mendalami' tajuk entri kali ini,mari kita hayati dulu gambar ini.

Lihat tajuk besar itu.
Saya memang suka beli majalah ini.Jika kamu lihat gambar admin di blog ini nampaklah muke saya tersenyum kambing tengah pegang majalah ini.Baiklah,bukan itu yang ingin saya coretkan.Namun berkisarkan tajuk besar majalah itu yakni STRESS.

YOU ARE A LIAR IF YOU HAVE NOT FELT ANY STRESSED IN YOUR LIFE *perlu ke caps lock?*

Semua orang pernah stress sampaikan haiwan pun mengalami benda yang sama!Aha,cuma manusia diberikan akal yang sempurna untuk menangani stress.Berdasarkan apa yang saya baca, stress itu boleh menjadi kawan dan lawan kita.

Sedikit stress amat diperlukan dalam melakukan kerja yang berkualiti dan produktif.Perasan tak kadang kala kita suka lengah2kan kerja dan pada saat2 akhir kepala kita dah dizzy sebab WAJIB untuk kita siapkan kerja itu.Maka saat2 akhir itulah yang dinamakan STRESS dan kadang2 kita mampu menyiapkan kerja itu dengan hasil mutu yang baik.

Stess ini merupakan perkara yang biasa kerana manusia tiada yang sempurna.Cuma kita kena bijak mengendalikan stress contohnya mendengar muzik,membaca kitab2 agama dan lain2 lagi kerana kadang kala apabila kita stress,diri kita meronta2 meminta 'santapan' rohani.Maka eloklah kita penuhi tuntutan itu.Bagi yang Islam, apabila kita stress maka eloklah jika kita mengadu kepada Yang Esa. Free of charge kot!



Pergh!!Akibat stress!




Antara manfaat STRESS mengikut majalah solusi adalah:-

  1. Stress akibat takut gagal membuatkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  2. Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan.
  3. Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian hidup akan memotivasikan diri untuk berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  4. .....nak tahu yang seterusnya?Belilah solusi...hehe...
Akhir kata,tanganilah stress dengan sebaiknya! Ingatlah bahawa orang barat ada mengatakan 'STRESSED is DESSERTS spelled backwards'...nyum3...

memori2 indah.




Saturday 21 January 2012

Kejohanan Merentas Desa.

Assalamualaikum dan salam perpaduan nasional semua *macam pembaca berita pula*

Sudah lama saya tak buat entri di blog ini.Cemburu dengan admin yang lain,laju sahaja mereka membuat entri.
Baiklah,pada 21 Januari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu *sehari sebelum tahun baru cina* SMK TBS telah mengadakan aktiviti merentas desa.Wah!Saya berasa sangat teruja menanti hari berkenaan almaklumlah merentas desa di tempat dan sekolah yang baru.Selama ini asyik di tempat yang sama sahaja.Dipendekkan cerita,penglibatan pelajar pra u terbahagi kepada dua tugasan:

  1. Pelajar pra u menjadi pegawai yang membantu para guru dalam menjaga checkpoint.
  2. Pelajar pra u membantu para guru dalam mengendalikan para pelajar selepas aktiviti merentas desa seperti pembahagian makanan dan sebagainya.
Tidak lupa juga.........PERSATUAN PRA U telah mengadakan jualan pada hari tersebut.Syabas!

Mari kita layan gambar2 yang ditangkap untuk santapan mata *lain macam je ayat nie..takut...*

para perserta bersiap sedia.

pelajar beratur mengikut rumah sukan masing2.Kuning macam banyak je..

Saya dan Si Photographer.

Antara pegawai2 yg terlibat.
Fasilitator mengendalikan senam aerobik..budak tue pun excited

wah!semuanya patuh mendengar arahan..

maka berlarilah para pelajar..

Gambar kami berniaga mana?Adalah...saksikan....

Sempat lagi posing ye...
Lemas dalam lautan kuning...
apa yang kami jual ya?

air batu sudah semestinya.
buah-buahan pun menjadi menu wajib

kami ada juga jual cokelat!yum2...

lihat pelajar tue,confuse nak beli yg mana satu..

cokelat yang semanis tuannya.
Saya sempat membeli air 60 sen..SODAP

Buah paling laku sekali...

Guru Muet kami juga sanggup melabur di gerai seringgit..

Terima kasih juga kepada wira2 kami..
Jasamu...

dikenang...
Akhir kata, syabas kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti tahunan ini.

ps: untung gerai banyak kot!!






Maksud OKU Diperbaharui





Kenapa saya buat entry kali ini dengan men'scan' sahaja ? Sebab kalau taip, terlalu panjang. Mungkin anda semua akan bosan bila baca. Dan mungkin tidak ada yang baca. Betulkan ? Untuk pengetahuan anda semua, maksud OKU ini sangat penting. Mana la tahu kalau anda nak gunakan istilah ini dalam membuat karangan. Betul ? 

Lagi satu saya mahu ingatkan. Jangan pandang rendah dekat golongan OKU ini. Masing-masing ada kelebihan tersendiri yang telah dikurniakan . Ingat tu !

Okay. Sampai di sini sahaja. Babai :)

Friday 20 January 2012

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Assalamualaikum WBT.


Ketika menyelak tabloid Kosmo! bertarikh 11 Januari 2012 tempoh hari membuatkan saya terjumpa dengan satu artikel yang menarik untuk dikongsi di ruang ilmiah ini. Artikel tersebut bercerita mengenai satu gejala baru yang mula menular dalam kalangan remaja di dunia, iaitu di Barat khususnya. 


Fenomena yang makin menular itu dinamakan sebagai CYBERBAITING. Istilah ini bermaksud apabila seseorang pelajar berasa jengkel terhadap mana-mana guru lalu pelajar tersebut menjadikan guru itu sebagai 'bahan.' Dalam erti kata lainnya, pelajar itu sengaja membikin guru tersebut berasa marah di tahap maksimum. Lalu, segala tindak-tanduk guru yang sedang diamuk amarah itu dirakam oleh pelajar yang lain lalu disebarkan di dalam Internet.


Kajian yang dijalankan oleh dokumentari Norton Online Family Report merekodkan 21% guru mengalami situasi ini. Kesan daripada perlakuan tidak bermoral tersebut mendatangkan risiko kepada guru itu sendiri. Ada yang dimasukkan ke hospital disebabkan gangguan jiwa. Malah ada juga yang terus dipecat. 


*sumber : dipetik dan diubah suai daripada tabloid Kosmo! (Rabu, 11 Januari 2012)






Wow! Lihat sahaja betapa teruknya fenomena ini meracuni institusi masyarakat di sana. Memang dari apa yang dilaporkan, fenomena ini masih dianggap sebagai baharu. Malah kita belum lagi pernah melihat kes seumpama ini berlaku di negara kita, kan? 


Tetapi, usah pandang ringan pada keadaan ini! Sebab itulah tajuk entri kali ni, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. Tak ada salahnya jika kita mengambil iktibar daripada cerita artikel ini. Lakukan apa sahaja inisiatif-inisiatif pencegahan agar 'racun' ini tidak berupaya langsung untuk mendekati anak bangsa kita. 


Benar kita merangkap Generasi Y dan Z, telah dilambakkan dengan pelbagai teknologi. 





Tetapi, dalam masa yang sama, sebagai seorang remaja yang bijak dan berupaya untuk membezakan antara baik dan jahat, kita tidak sepatutnya menggunakan semua medium itu sebagai alat bagi melakukan apa-apa sahaja kegiatan negatif yang melanggari tatasusila. Fikirlah semasak-masaknya kesan yang akan timbul akibat daripada tindakan kita itu. Merugikan atau menguntungkan? 


Berbalik kepada fenomena CYBERBAITING ini, sebagai seorang pelajar yang juga kerap menuturkan ucapan 'Terima Kasih, Cikgu' di akhir pembelajaran, kita haruslah menghormati insan yang telah banyak memberikan tunjur ajar ini sejajar dengan ucapan yang kerap meniti di bibir kita itu. Jangan membalas jasa tersebut dengan melakukan perkara-perkara negatif seumpama ini. Cuba letakkan diri kita di tempat guru tersebut lalu tanya soalan kepada diri; "Wajarkah tindakan memalukan itu dilakukan?" Teknologi yang berlegar-legar dalam kehidupan seharian anda haruslah digunakan dengan tujuan yang baik. Mendiang Steve Jobs dan lain-lain pelopor gadjet-gadjet berteknologi tinggi tidak menciptakan semua itu atas tujuan negatif.  


Jadi, sebelum berundur... ingatlah. Sediakan payung sebelum hujan. Hargai guru anda. 




*p/s : Selamat bercuti semua dan Gong Xi Fa Cai!!!



Friday 13 January 2012

Bangga Menjadi Pelajar Pra-U

Sambung belajar di mana-mana lepas peperiksaan SPM pun sama je tujuannya . Begitu juga dengan tujuan kami untuk terus sambung belajar di SMK Tunku Besar Tampin yang serba hijau ini .

Kenapa saya kata sekolah kami ini serba hijau . Jom kita tinjau sama-sama .

Bangunan bahagian depan yang tersergam indah . Kalau dari luar kawasan sekolah pun boleh nampak tau . Hehe :)

Yang ni pula , pemandangan dari belakang sekolah . Di kawasan padang sekolah . Cantik , kan ?

Bangunan untuk penempatan pelajar Pra-U pun serba hijau . Meriah !

Pelbagai tone warna hijau di bangunan ni , kan ?

alamak ! mcm senget je . Hehee . Yang penting PRA UNIVERSITI 2 tu :)



Ini pulak bilik guru Pra-U 
Ground floor bangunan Pra-U 


Bangunan kawasan atas yang menempatkan 4 buah kelas Pra-U

Terbukti sekolah kami dan bangunan-bangunan kami sangat meriah dengan warna hijau . Sangat mendamaikan mata yang memandang . Ececehh .

Walau apa pun , kami bangga menuntut ilmu di sini . Doakan kami semua cemerlang dengan bangganya . Amin :)



Wajah photographer yang tak pro menangkap gambar . Sekadar yang mampu sahaja 

p/s : Sayang sekolah SMK Tunku Besar Tampin 

Friday 6 January 2012

GANGGUAN SEMASA BELAJAR DI RUMAH

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam nasional dan kapal selam. Hahaha. Maaflah ye, lawak tak menjadi. Sambil saya cuba mengulangkaji buku eknomi di ruang tamu, terdapat beberapa gangguan yang kerap menghalang saya. Apakah gangguan tersebut? Marilah kita saksikan beberapa musuh utama yang menghalang kita dari terus belajar di rumah.


a) Memperkenalkan musuh pertama.

Gadget2 Ipod..mak,nak satu..

Mp3 ramai orang ada ni.


Mendengar alat muzik semasa belajar boleh mengganggu fokus kita. Kajian menunjukkan jika anda mendengar muzik dengan kuat, penghakisan sel otak akan berlaku dan boleh mengurangkan daya ingatan. Malah anda boleh menjadi lebih cepat nyanyuk apabila anda tua nanti.

b) Musuh kita yang kedua sebagai seorang remaja ialah...

Cinta Muka Buku!


Mengikut kajian yang dijalankan oleh Berita Harian, terdapat sekurang2nya 60,000 pelajar yang berusia antara 12 ke 18 tahun menghabiskan sekurang empat jam sehari melayari laman sesawang seperti FB. Kalau dah empat jam sehari kita habiskan secara online maka bila masanya kita nak belajar? Haruslah diingati bahawa masa yang ada di rumah selepas waktu persekolahan adalah amat penting kerana ianya masa untuk kita recap apa yang telah kita belajar di sekolah. Kalau bermuka buku sahaja sehingga kita penat online sampai tengah malam dan tidur didalam kelas,bila pula masanya untuk kita capai 4 flat?


p/s: Artikel ini akan disambung pada edisi yang seterusnya.... Ingat! Mari kita semua berganding bahu untuk menumpaskan dua mush utama ini.. Hmmmm...siapa musuh kita yang seterusnya?Jeng Jeng Jeng.....








Sunday 1 January 2012

2012,Bring It on!

Kepada siapa kita tujukan?

Kepada tahun yang penuh dengan memori indah.

Sedih pada mulanya kerana kita terpaksa meninggalkan tahun 2011,namun itulah lumrah kehidupan yang menyaksikan sesuatu itu datang dan berlalu pergi.Masa itu tidak menanti sesiapa.Terasa diri ini semakin tua..Hehehe.Post ini tidak panjang,cuma saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan2 sekalian.

Suka untuk saya ingatkan,tahun ini adalah tahun penentuan dalam kita mengunci rapi tempat di universiti melalui STPM.Semoga berjaya hendaknya....



SELAMAT TAHUN BARU!

PS: tahun ini kelas mana yang paling cemerlang.hehehe