PENGENALAN
SISTEM
PEPERIKSAAN STPM SEDIA ADA
PUNCA KUASA
SISTEM
PENTAKSIRAN BAHARU STPM
Kandungan
pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok
tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi
tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian
selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap
penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal,
manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan
keputusan terbaik bagi ketiga - tiga penggal.
Dalam aspek
pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu PBS dengan
wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60%
hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).
PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kerja kursus
akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu
sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru
mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala
pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di
peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta, sekolah in tegriti,
dan calon persendirian individu, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM
juga menyediakan Manual Guru dan Manual Pelajar bagi setiap mata pelajaran
untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian
PBS demi jaminan kualitinya.
PEPERIKSAAN
PENGGREDAN
Sistem
penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem STPM
sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran)
yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk
menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred
minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada
penggal yang berikutnya.
SISTEM PENGGREDAN SISTEM PENTAKSIRAN
BARU STPM
GRED
|
NGMP
|
PENARAFAN
|
JULAT MARKAH
(STANDARD SEKOLAH) |
A
|
4.00
|
LULUS
PENUH
|
80
- 100
|
A-
|
3.67
|
70
– 79
|
|
B+
|
3.33
|
65
– 69
|
|
B
|
3.00
|
60
– 64
|
|
B-
|
2.67
|
55
– 59
|
|
C+
|
2.33
|
50
– 54
|
|
C
|
2.00
|
40
– 49
|
|
C-
|
1.67
|
LULUS
SEBAHAGIAN
|
35
– 39
|
D+
|
1.33
|
30
– 34
|
|
D
|
1.00
|
25
– 29
|
|
F
|
0.00
|
GAGAL
|
00
- 24
|
MEMPERBAIKI
KEPUTUSAN
Satu
keistimewaan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki
keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki
semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung Penggal 3 (hujung
tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh
juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3, iaitu selepas keputusan
Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM ini adalah
berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.
KELEBIHAN
Melalui
sistem ini, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah
kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh
pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang
dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil.
Pengenalan
kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan
modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta
memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga
berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian
agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil
(outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan.
STANDARD DAN
PENGIKTIRAFAN
Dari segi
standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM
sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge
Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan
Darjah STPM ini bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan
pandangannya mengenai analisis keputusan peperiksaan STPM bagi setiap kertas,
dan membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan.
Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian
Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang
pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini.
WAWASAN
Pelaksanaan
sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian
peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia lebih berkualiti dan dapat
menarik lebih banyak pelajar untuk mengikutinya, di samping dapat
mentransformasikan pentaksiran dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih
holistik.
Dengan
pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem
pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari segi membina
kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti diperingkat
sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara persendirian dan
berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus kepada penyediaan
pelajar ke arah sistem pendidikan yangterdapat di IPT.
Sistem
pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka bagi
melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga
Malaysia yang berpotensi.
Maklumat
lanjut mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh
dilayari
melalui portal MPM: http://www.mpm.edu.my
KADAR YURAN
(a)
Yuran asas RM120.00
(b)
Yuran setiap mata pelajaran RM90.00
(c)
Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas RM50.00
Calon
sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada
membayar yuran ini. Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula
peperiksaan akhir sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per
kertas.
No comments:
Post a Comment