THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Saturday 21 July 2012

Pertandingan Bahas, 3 in 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua baik yang tua mahupun yang muda!!!

Saya menulis kepada anda dalam keadaan hujan yang kesejukannya mencengkam jiwa.Petir mahupun guruh tidak akan menghalang jari ini dari menulis entri bagi tatapan semua *poyo sungguh*

Baiklah, sesuai dengan tajuk kita pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama dengan anda mengenai bahas. Sudah pasti kita pernah dengar akan bahas dan ada sesetengah dari kita yang mempunyai stigma ataupun persepsi bahawa bahas ini merupakan satu medan yang kejam dimana kawan jadi lawan dan terserlahlah sifat rakus manusia.

He.he,he.Bagi saya secara peribadi, bahas merupakan medium yang paling sesuai bagi seseorang untuk menajamkan fikiran,melatih diri untuk berfikir secara spontan, memberi ruang kepada kita untuk bercakap dengan intonasi yang berbeza dan juga..............melatih diri untuk menjadi seorang modal insan.

Sepertimana yang cikgu kita telah beritahu berkali-kali bahawa insan yang cemerlang bukan sahaja pandai menjawab kertas soalan dan mendapat keputusan yang gempak.Tetapi pelajar yang BENAR-BENAR CEMERLANG adalah mereka yang pandai berfikir dan bijak mengutarakan pendapat.

Bahas inilah platform yang terbaik kepada para peserta.Jujur saya katakan,saya pernah menyertai pertandingan pidato,pertandingan bercerita,choral speaking dan pernah satu ketika dahulu drama namun saya tidak pernah lagi menyertai pertandingan bahas.

Syukur,saya telah diberi amanat oleh pihak sekolah untuk mewakili pelajar PraU didalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris.Percayalah,hati ini cukup berdebar2 ketika menyertai pertandingan yang menyaksikan pasukan kita menang didalam pusingan pertama tetapi KALAH BERMARUAH  di pusingan kedua.Aha, bukan calang2 sekolah yang mengalahkan kita.

Jadi, kepada adik2 sekalian mahupun rakan2 seperjuangan, peluang sebegini akan datang kembali.Apabila tiba masanya, rentaplah peluang itu dan alamilah sendiri perasaan diatas pentas dimana anda berpeluang mematahkan hujah lawan dengan fakta bukannya auta.Anda ingin cemerlang bukan?Bahas memberi anda peluang yang cukup luas.

Disini saya sertakan 3 keping gambar kumpulan bahas yang mewakili sekolah kita di peringkat negeri. Senang kerja saya masukkan kesemua gambar mereka dalam satu entri.hehe. Kalau terserempak mereka di sekolah apa lagi, suruhlah mereka kongsi pengalaman debat untuk info bersama!! *diva sungguh*

PASUKAN DEBAT BAHASA MELAYU

PASUKAN DEBAT BAHASA TAMIL..NO 2 KOT!!

INILAH PASUKAN SAYA.DEBAT BAHASA INGGERIS.

OWH YA...kesemua pelajar diatas ialah pelajar PraU kita memandangkan pertandingan itu tidak melibatkan penyertaan pelajar arus perdana.Seronok semua pakai kot.Macam YB aha!!!

Semoga berjaya SEMUA.rawr~~

Friday 20 July 2012

PERUBAHAN DAN TRANSFORMASI.

Salam 1 Malaysia to all.

Apa khabar anda semua.Saya tertarik untuk menulis entri berkenaan dengan hal ehwal semasa yang berkait rapat dengan PraUniversiti.Ada 2 berita yang bakal diingatkan kembali kepada semua.Mungkin ada diantara kita yang sudah pun mengetahui akan berita tersebut melalui media massa.Aha,bagi yang tak tau lagi,inilah masa anda untuk mengikuti perkembangan terkini di Malaysia...hehehehe.

Baiklah perkataan transformasi dan perubahan ini sememangnya berkait rapat.Cuma jika dibandingkan, transformasi membawa kepada perubahan yang lebih besar skopnya.Pendek kata lebih HOLLISTIK. *bukan mistik tau*


Berita 1





Berita yang pertama adalah berkenaan dengan penjenamaan semula tingkatan enam a.k.a form six.Pengumuman ini telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar diatas)  merangkap Menteri Pendidikan negara.Kenyataan beliau telah dibuat di Yogjakarta Indonesia baru-baru ini.Menurut beliau, antara langkah yang terkandung didalam penjenamaan semula tingkatan enam ialah dengan memisahkan pelajar berkenaan dengan pelajar biasa dan menempatkan mereka di pusat pengajian khas tingkatan enam. Beliau juga turut menyentuh aspek pakaian yang mungkin akan diubah.

Syukur, kerana tingakatan enam mendapat perhatian yang cukup teliti dari Menteri Pendidikan.Diharapkan agar perubahan itu dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur demi menjamin keselesaan semua pihak khususnya pelajar tingkatan enam yang sentiasa berdaya saing bagi memastikan negara dipenuhi dengan golongan belia yang kompetitif dan inovatif sesuai dengan aspirasi 2020. Untuk pengetahuan semua, tingkatan enam juga kini mempunyai seramai 86 ribu orang pelajar berbanding dengan 26 ribu pelajar di matrikulasi. Satu angka yang cukup hebat maka transformasinya juga perlulah hebat. :)

Berita 2






Berita yang kedua ini merupakan satu perubahan yang perlu diambil serius oleh pelajar tingkatan enam.Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar diatas)  pelajar STPM yang mendapat pointer sebanyak 2.8 keatas akan diberi tempat di universiti dengan satu syarat iaitu mereka mestilah menerima bidang yang ditawarkan.Beliau juga turut berkata bahawa kini telah ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang terutamanya 4.0.Justeru itu, piawaian masuk ke peringkat universiti kini telah pun dipertingkatkan dari 2.0 ke 2.8. Walaubagaimanapun, masih terdapat institusi pendidikan yang boleh dimasuki oleh pelajar yang kurang bernasib baik.

Jadi rakan-rakan sekalian, kita kenalah berusaha keras dari sekarang bagi memastikan tempat kita di Universiti terkunci rapi dan reserved hanya untuk kita. Pastikan pointer kita tinggi agar senang perjalanan kita ke Universiti kelak.

Kesimpulannya


Berusaha keras.Itulah sahaja yang mampu saya katakan.Tingkatan enam telah berjaya melahirkan ramai graduan yang berjaya dan kita selaku pelajar tingkatan enam mestilah sentiasa bersaing sesama sediri agar diri berjaya mendapat gelaran mahasiswa dan mahasiswi.Nah, gambar yang terakhir sesuai dengan kesimpulan kita pada hari ini.


Adios amigos.


Tuesday 10 July 2012

MASTERCHEF PRAUNIVERSITI 2012

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua!


Pertama sekali, minta maaflah dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki sebab 'kebiadapan' kami tidak mengemas kini entri-entri baharu semenjak dua menjak ini. Bukannya apa, tuntutan sebagai pelajar membataskan masa kami untuk meluangkan masa seketika di ruang ilmiah ini. Minta maaf sekali lagi.


Saya pasti, ramai warga prauniversiti SMKTBT yang ternanti-nanti entri yang ini bukan? Apa lagi? Entri mengenai Pertandingan Memasak Masterchef Prauniversiti SMK Tunku Besar Tampinlah kan? 






Pada tarikh 27 Jun yang lepas, pihak Persatuan Prauniversiti telah menjalankan satu aktiviti tradisi di prauniversiti SMKTBT. Ya, pertandingan memasak. Bezanya tahun ini, konsepnya lebih segar dan ceria di mana pertandingan ini dilaksanakan di tapak perhimpunan prauniversiti dan semua pelajar berpeluang melihat secara langsung rakan-rakan mereka yang bertungkus-lumus menyediakan juadah bagi menarik hati juri.


Tahniah diucapkan kepada Persatuan Prauniversiti SMKTBT atas kejayaan mereka melaksanakan program yang sangat bermanfaat ini. Detik itulah, detik selepas 'berperang di medan buku,' detik yang menjadi wadah untuk semua warga prauniversiti bagi melapangkan fikiran. Selain itu juga, aktiviti ini turut menjadi satu item bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang dah sememangnya terjalin kuat selama ini. 


Okey, jom jengah beberapa keping 'memori' yang sempat dirakamkan sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut.

GURU PENASIHAT PERSATUAN PRAUNIVERSITI, PUAN SHUAIDAH

PARA PESERTA BEGITU CERIA


RAMUAN-RAMUAN RAHSIA

WARGA PRAU MEMBANJIRI DATARAN



TEAM BIOLOGI

TEAM FIZIK


PENGACARA KITA YANG AWRRR


TEAM ILMIAH


JANGAN SAMPAI HANGUS YA, KAK?

RAJINNYA....


MAI MAI, AIR AIR! DUA SERINGGIT!

PEACE!!!


TEAM FALSAFAH


"HA? MEE GORENG SATU? OKEY, SIAP!"


"LAPARNYA...."




Dalam masa yang sama, aktiviti menarik turut disediakan untuk para penonton. Haa... nak tau apa dia? Jom kita ke STESEN CUBA RASA...



RASA DAN TEKA. AGAK-AGAK, BOLEH TEKA TAK? HEHEHEHE...



MENCARI MANGSA UNTUK MERASAI BAHAN MISTERI

PEDAS KE PAHIT TU KAK?

AAAAUUUMMM


"ERR.. SAYA TAHU NI RASA APA, TAPI SAYA LUPALAH NAMANYA.."


Masa yang diperuntukkan telah tamat! Time's up, utensils down! Jom tengok hasilnya!

OOO LAAA LAA

YUMMY



BERFALSAFAH SUNGGUH MENU INI

Masakan dibawa ke muka pengadilan meja hakim untuk dinilai. 


Add caption


SIAPA AGAKNYA YANG MENANG?

Selesai sahaja semuanya, semua pelajar saling menghulurkan bantuan bagi membersihkan kawasan tersebut.








PENGURUS PROJEK : SHAZMIRA SAMSUDIN
Tamat sudah aktiviti ini. Okey, jumpa lagi.

Eh, kejap! Semua pasti tertanya-tanya siapakah gerangan juaranya bukan? Pengumuman pemenang tidak dilakukan pada hari yang sama. Jangan risau, entri kedua akan menyusul. Jangan lupa ikuti perkembangan entri berikutnya kerana kami akan menyajikan anda, pengunjung blog yang budiman, dengan video liputan aktiviti tersebut serta keputusan penuhnya!