THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Monday 10 June 2013

Berjuang Mempertahankan Kedaulatan Bangsa Dan Negara

Negara kita telah digegarkan dengan satu kejadian sangat mendukacitakan.. Kes pencorobohan sempadan oleh pengganas Sulu telah mengakibatkan ramai pejuang tanah air kita gugur di medan perjuangan. Mereka mendakwa bahawa mereka berhak memerintah negeri Sabah yang telah secara rasminya dibawah pemerintahan negara Malaysia yang tercinta.

Walaubagaimanapun, dengan keberanian dan semangat juang yang tinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berjaya mematahkan serangan pengganas-pengganas Sulu yang akhirnya memberikan kejayaan kepada kita demi mempertahankan bumi berdaulat ini. Namun, pejuang-pejuang kita yang gugur di medan peperangan menjadi satu tamparan bagi semua rakyat di negara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama kerana mereka bernaung dibawah satu negara.

Pemergian mereka harus kita jadikan sebagai satu semangat untuk kita pertahankan negara kita.

Antara mangsa yang terkorban dalam OPS DAULAT ialah..

Lahad Datu
1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak


Semporna:

1. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman
2. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, 

Tawau

1. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau
2. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah 
3. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah      
4. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah

No comments: