THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Wednesday 8 August 2012

..Atlet negara yang beraksi cemerlang di temasya Sukan Olimpik 2012..

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 malaysia...

Sukan Olimpik di London sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Atlet negara kita turut tersenarai dalam penerima pingat yang ditawarkan...

Antaranya Datuk Lee Chong Wei..













Beliau telah memenangi pingat perak dalam sukan badminton di temasya sukan Olimpik yang lalu..
Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah mngharumkan nama negara kita meskipun telah mengerahkan seluruh tenaga beliau untuk menentang lawannya dari negara China iaitu Lin Dan. Beliau juga telah menarik balik keinginannya untuk bersara untuk sekali lagi beraksi di temasya sukan Olimpik yang akan datang bagi merebut sekali lagi pingat emas di Rio De Janeiro nanti. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada beliau atas pencapaian yang telah dicapai beliau.

Pandalela Rinong
















Pandalela Rinong telahpun membawa pulang pingat gangsa dalm acara terjun 10 meter platform dimana beliau perlu bersaing dengan juara dunia dalam acara tersebut. Beliau telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi meletakkan diri beliau di kelompok tiga terbaik dan akhirnya berjaya membawa pulang pingat gangsa untu negara kita. Sekali lagi sekalung pengharagaan dan tahniah diucapkan atlet kita iaitu Pandalela Rinong.

Selain itu, pelumba basikal negara kita iaitu Azizulhasni Awang yang hanya mendapat tempat keenam dalam pusingan terakhir dalam acara keirin individu. Ini merupakan salah satu pencapaian yang menggalakkan kerana beliau merupakan satu-satunya wakil dari negara kita juga benua Asia Tenggara.
















Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi sokongan serta dorongan dan menunjukkan semangat patriotik bagi membangkitkan semangat kesukanan kepada semua atlet negara kita agar terus mengharumkan nama negara kita iaitu MALAYSIA.

MALAYSIA BOLEH!!!

Merci beoucoup..

No comments: