Apa khabar semua?Kita sudah menghampiri tahun baru.Sebelum jendela 2012 dilabuhkan,kami di pihak admin ingin bekongsi beberapa cadangan yang boleh digunapakai kepada pelajar lepasan STPM/STAM ataupun SPM.
Almaklumlah,cuti kita kan panjang.Paling lewat pun bulan 9 baru kita masuk ke institusi pendidikan semula.Jadi,pasti kita semua sebagai remaja yang BERWAWASAN mempunyai beberapa aktiviti yang ingin dilaksanakan.Mari kita baca beberapa cadangan yang boleh diketengahkan.
1) MELAKUKAN HOBI.
Sesetengah daripada ita mungkin ingin menggunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti kegemaran mengikut cita rasa masing2.Yelah,otak sudah penat belajar dalam tempoh beberapa bulan sehinggakan terpaksa mengkorbnkan aktiviti kegemaran kita.Mungkin ada diantara kita yang gemar bersukan seperti bermain bola,melancong dan membaca buku.Apa2 pun pastikan aktiviti yang anda ingin jalankan adalah selamat.
2) BEKERJA
Aha!Saya rasa kebanyakan daripada kita ingin bekerja bukan?Sememangnya dengan bekerja sambilan,kita bolehlah menimba pengalaman yang sangat bermanfaat.Ada diantara kita yang mencari peluang pekerjaan di restoran 'fast food',bekerja di stesen minyak ataupun sebagai seorang kerani.Tidak kisahlah apa jua pekerjaan anda JANJI tidak melanggar undang2.Sebaik sahaja kita bekerja saya yakin seseorang itu akan lebih berjimat cermat dalam membelanjakan wangnya dan mereka akan dapat memperbaiki kemahiran diri.Sebagai contoh,sekiranya anda bekerja sebagai juru jual sudah pasti anda akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi bersama dengan orang lain.Tengok tue,disamping dapat $$ kita juga dapat memantapkan diri. :)
3) BELAJAR
Jangan terperanjat ya!Ada diantara kita yang ingin menggunakan masa lapang untuk menimba ilmu yang baru.Cadangan ini sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran dari segi minda.Penuhkan masa lapang anda dengan menyertai kelas yang menawarkan bidang yang berlainan.Sebagai contoh anda bolehlah menyertai program kelas sementara yang ditawarkan oleh KOLEJ KOMUNITI ataupun GIAT MARA.Anda juga blehlah menyertai kelas yang menetapkan bayaran berpatutan seperti kelas kulinari ataupun kelas Bahasa Inggeris.Sudah pasti usaha lebih anda ini akan memberikan diri sedikit kelebihan apabila menghadiri sebarang temu duga kelak. :)
4) PLKN
Bagi sesetengah ini adalah satu aktiviti yang wajib kerana mereka ditawarkan masuk.Tetapi bagi mereka yang inginkan sedikit kelainan didalam aktiviti cuti ini bolehlah memohon sebagai salah seorang pelatih di Pusat Latihan Khidmat Negara.Sudah pasti anda akan dapat melebarkan jalur komunikasi bersama dengan individu yang datang dari latar belakang yang berlainan.
Itu sahajalah cadangan dari kami.Kami di pihak admin ingin mengucapkan semoga berjaya memanfaatkan cuti yang indah kepada mereka yang berkaitan dan INGAT jagalah keselamatan diri anda.Hidup anak remaja!
Saturday, 29 December 2012
Friday, 14 December 2012
JEJAK KE MENARA GADING 2
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Entri kali ini adalah kesinambungan daripada JEJAK KE MENARA GADING edisi 1.
Nama-nama pelajar cemerlang dibawah ini adalah anak kelahiran SMK TUNKU BESAR TAMPIN setelah menuntut ilmu sebagai pelajar PraU.Hasilnya anda dapat baca dan lihat di bawah.
Sungguhpun sistem peperiksaan STPM telah berubah tetapi formula kejayaannya kekal sama iaitu usaha tanpa henti.Sesiapa sahaja yang ingin merealisasikan impiannya haruslah mengharungi setiap cabaran dan dugaan dengan sabar.
Syabas diucapkan kepada mereka dibawah ini kerana mereka merupakan bukti bahawa PraU merupakan antara institusi pembelajaran yang boleh melahirkan modal insan.Semoga kejayaan milik semua. :)
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PRAUNIVERSITI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN,73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
JEJAK PRA-U 2 Sesi 2011 ke MENARA GADING 2012
Bil.
|
Nama
|
Universiti
|
Kursus
|
1
|
Tilaga A/P Mogana Sundaram
|
UPM
|
Sains Bahan
|
2
|
Lim Hui Kian
|
UUM
|
Pengurusan Pembangunan
|
3
|
Kong Shu Ling
|
UUM
|
Sumber Manusia
|
4
|
Kuang Pitt Fang
|
UPSI
|
Rehabilitasi Sukan
|
5
|
Tan Siun Seng
|
UMT
|
Teknologi Maritim
|
6
|
Leow Chu Ching
|
UNIMAS
|
Kejururawatan
|
7
|
Lee Woon Jah
|
UMS
|
Perhutanan
|
8
|
Pang Kok Ann
|
UNIZSA
|
IT (Security)
|
9
|
Naven Prasad
|
MMU
|
Foundation for Engineering
|
10
|
E Lee Thian
|
MMU
|
Undang- undang
|
11
|
Richard Lee
|
USM
|
Mekatronik
|
12
|
Hafizah Razak
|
UNIMAS
|
Psikologi
|
13
|
Mohd Zharrif
|
Unisel
|
Kewangan
|
14
|
Nur Syafidah Johan
|
UPSI
|
Diploma Sains
|
15
|
Law Teck Poh
|
UNIMAP
|
Perniagaan Antarabangsa
|
16
|
Tan Hwa Teng
|
UUM
|
keusahawanan
|
17
|
Lee Swet Jean
|
UMP
|
Pengurusan Projek
|
18
|
Gan Yi Hui
|
UNIMAS
|
Kejuruteraan Elektrik
|
19
|
Wong Pui Jin
|
USM
|
Kejuruteraan Bahan
|
20
|
Gan Wei Kang
|
UMP
|
Manufacturing
|
21
|
Foo Wei Wen
|
UMP
|
Kejuruteraan Software
|
22
|
Chong Chin Siong
|
USM
|
Chemical Analysis
|
23
|
Kong Jia Ying
|
UTAR
|
Foundation in Arts
|
24
|
Vinoshini Saminathan
|
BRICKFIELDS ASIA COLLEGE
|
Degree in Law
|
25
|
Parvathy
|
UNISEL
|
Human Resource
|
26
|
Vimala A/P Goval
|
UNIMAS
|
Sains Sosial & Kajian
Antarabangsa
|
27
|
Nithyan A/P Sennaiappan
|
UNISEL
|
Kewangan Antarabangsa
|
28
|
Wong Wan Bin
|
UTAR
|
Foundation
|
29
|
Wong Pei Shian
|
UTAR
|
Foundation
|
30
|
Koh Hoi Leng
|
UTAR
|
Foundation
|
31
|
Sharmila A/P Veerathan
|
UMK
|
Logistik & Perniagaan Pengedaran
|
32
|
Munirah Mohd Zhaffar
|
UITM
|
Diploma Reka Fesyen
|
Disediakan
oleh :
Pn.
Halimah binti Haji Abu Bakar.
Admin blog.
Sumber
maklumat:
- Pelajar sendiri.
- Rakan- rakan pelajar.
- Guru- guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)