THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Monday, 23 January 2012

Stress a.k.a JEM!!

Aloha amigos!

Sebelum kita 'mendalami' tajuk entri kali ini,mari kita hayati dulu gambar ini.

Lihat tajuk besar itu.
Saya memang suka beli majalah ini.Jika kamu lihat gambar admin di blog ini nampaklah muke saya tersenyum kambing tengah pegang majalah ini.Baiklah,bukan itu yang ingin saya coretkan.Namun berkisarkan tajuk besar majalah itu yakni STRESS.

YOU ARE A LIAR IF YOU HAVE NOT FELT ANY STRESSED IN YOUR LIFE *perlu ke caps lock?*

Semua orang pernah stress sampaikan haiwan pun mengalami benda yang sama!Aha,cuma manusia diberikan akal yang sempurna untuk menangani stress.Berdasarkan apa yang saya baca, stress itu boleh menjadi kawan dan lawan kita.

Sedikit stress amat diperlukan dalam melakukan kerja yang berkualiti dan produktif.Perasan tak kadang kala kita suka lengah2kan kerja dan pada saat2 akhir kepala kita dah dizzy sebab WAJIB untuk kita siapkan kerja itu.Maka saat2 akhir itulah yang dinamakan STRESS dan kadang2 kita mampu menyiapkan kerja itu dengan hasil mutu yang baik.

Stess ini merupakan perkara yang biasa kerana manusia tiada yang sempurna.Cuma kita kena bijak mengendalikan stress contohnya mendengar muzik,membaca kitab2 agama dan lain2 lagi kerana kadang kala apabila kita stress,diri kita meronta2 meminta 'santapan' rohani.Maka eloklah kita penuhi tuntutan itu.Bagi yang Islam, apabila kita stress maka eloklah jika kita mengadu kepada Yang Esa. Free of charge kot!



Pergh!!Akibat stress!




Antara manfaat STRESS mengikut majalah solusi adalah:-

  1. Stress akibat takut gagal membuatkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  2. Stress kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan.
  3. Stress kerana merasakan diri tiada pencapaian hidup akan memotivasikan diri untuk berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  4. .....nak tahu yang seterusnya?Belilah solusi...hehe...
Akhir kata,tanganilah stress dengan sebaiknya! Ingatlah bahawa orang barat ada mengatakan 'STRESSED is DESSERTS spelled backwards'...nyum3...

memori2 indah.




Saturday, 21 January 2012

Kejohanan Merentas Desa.

Assalamualaikum dan salam perpaduan nasional semua *macam pembaca berita pula*

Sudah lama saya tak buat entri di blog ini.Cemburu dengan admin yang lain,laju sahaja mereka membuat entri.
Baiklah,pada 21 Januari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu *sehari sebelum tahun baru cina* SMK TBS telah mengadakan aktiviti merentas desa.Wah!Saya berasa sangat teruja menanti hari berkenaan almaklumlah merentas desa di tempat dan sekolah yang baru.Selama ini asyik di tempat yang sama sahaja.Dipendekkan cerita,penglibatan pelajar pra u terbahagi kepada dua tugasan:

  1. Pelajar pra u menjadi pegawai yang membantu para guru dalam menjaga checkpoint.
  2. Pelajar pra u membantu para guru dalam mengendalikan para pelajar selepas aktiviti merentas desa seperti pembahagian makanan dan sebagainya.
Tidak lupa juga.........PERSATUAN PRA U telah mengadakan jualan pada hari tersebut.Syabas!

Mari kita layan gambar2 yang ditangkap untuk santapan mata *lain macam je ayat nie..takut...*

para perserta bersiap sedia.

pelajar beratur mengikut rumah sukan masing2.Kuning macam banyak je..

Saya dan Si Photographer.

Antara pegawai2 yg terlibat.
Fasilitator mengendalikan senam aerobik..budak tue pun excited

wah!semuanya patuh mendengar arahan..

maka berlarilah para pelajar..

Gambar kami berniaga mana?Adalah...saksikan....

Sempat lagi posing ye...
Lemas dalam lautan kuning...
apa yang kami jual ya?

air batu sudah semestinya.
buah-buahan pun menjadi menu wajib

kami ada juga jual cokelat!yum2...

lihat pelajar tue,confuse nak beli yg mana satu..

cokelat yang semanis tuannya.
Saya sempat membeli air 60 sen..SODAP

Buah paling laku sekali...

Guru Muet kami juga sanggup melabur di gerai seringgit..

Terima kasih juga kepada wira2 kami..
Jasamu...

dikenang...
Akhir kata, syabas kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti tahunan ini.

ps: untung gerai banyak kot!!