THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday, 3 August 2012

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK TUNKU BESAR TAMPIN, 2012


Assalamualaikum. Salam sejahtera pembaca semua!

Ini adalah entry pertama oleh admin baru jadi agak gementar jugaklah saya untuk menulisnya. diharap pembaca semua dapat menerima cara penulisan saya :)

Baiklah,
Sedar tak sedar, kita dah melangkah ke bulan Ogos. Pantas sungguh masa berlalu. Bila datangya bulan Ogos, terus terlintas di fikiran kita... "MERDEKA!"
Ya. Bulan Merdeka. Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Untuk itu, SMK Tunku Besar Tampin telah mengadakan aktiviti PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH pada hari Rabu bersamaan 1 Ogos 2012.


Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Tunku Besar Tampin, Hajah Radiah bte Joned dengan melepaskan tiga ekor burung merpati.





Ada apa dengan tiga ekor burung merpati? Apa simboliknya nombor tiga tersebut?

Tiga ekor burung merpati tersebut melambangkan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.
Kita sangat bertuah kerana menetap di dalam negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan masih lagi mengekalkan intergriti sesama kaum.


Sebagai penutup,majlis diserikan dengan bacaan sajak patriotik oleh Zainal Asnawi Asyraf bin Zainal Abbidin dari kelas PraU-2 Sarjana.


Saya sertakan disini sajak yang dibacakan beliau.

Merdeka tanah airku,
Bukan belas kasihan
Penjajah yang rakus dan tamak haloba.
Kemerdekaan ini atas nama perjuangan sebenar-benarnya,
Para wira,serikandi dan negarawan nusa bangsa,
Yang berani,tabah dan gagah perkasa
Merealisasikan wawasan Merdeka di petak-petak percaturan kuasa penjaah.
Perih rakyat marhean aneka ras 
yang membangunkan mahligai demokrasi,keharmonian dan kemajuan
Di petak-petak sawah,
Di ladang-ladang getah,
Di lombong-lombong timah.

Merdeka tanah airku,

Bukan percuma sebenar-benarnya,
Kemerdekaan ini perlu dibayar dengan air mata kemiskinan,

Kmerdekaan ini erlu ditebus dengan darah merah perjuangan dan penderitaan,
Kemerdekaan ini perlu diurusniagakan dengan hasil mahsul iltizam dan amanah ketanggungjawaban

Merdeka tanah airku,
Bererti kita bebas  daripada minda budaya penjajah,
Kita bebas daripada politik pecah dan perintah penjajah

Merdeka tanah airku,
Bererti,
Kita bangsa yang utuh Merdeka,
Kita bangsa yang kukuh setia ceria.

Mendaulatkan bahasa nusa,
Menjunjung lunas-lunas Rukun Negara,
Memartabatkan maruah nusa bangsa di persada antarabangsa.

Merdeka tanah airku,
Sebenar-benarnya Merdeka kita daripada belenggu saki baki sisa-sisa penjajah!





Beberapa memori dari majlis perasmian yang singkat namun cukup bermakna...

Puan Suhana selaku pengerusi majlis
















Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi pada entri seterusnya. Bye!





p/s: kepada umat Islam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)


Saturday, 21 July 2012

Pertandingan Bahas, 3 in 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua baik yang tua mahupun yang muda!!!

Saya menulis kepada anda dalam keadaan hujan yang kesejukannya mencengkam jiwa.Petir mahupun guruh tidak akan menghalang jari ini dari menulis entri bagi tatapan semua *poyo sungguh*

Baiklah, sesuai dengan tajuk kita pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama dengan anda mengenai bahas. Sudah pasti kita pernah dengar akan bahas dan ada sesetengah dari kita yang mempunyai stigma ataupun persepsi bahawa bahas ini merupakan satu medan yang kejam dimana kawan jadi lawan dan terserlahlah sifat rakus manusia.

He.he,he.Bagi saya secara peribadi, bahas merupakan medium yang paling sesuai bagi seseorang untuk menajamkan fikiran,melatih diri untuk berfikir secara spontan, memberi ruang kepada kita untuk bercakap dengan intonasi yang berbeza dan juga..............melatih diri untuk menjadi seorang modal insan.

Sepertimana yang cikgu kita telah beritahu berkali-kali bahawa insan yang cemerlang bukan sahaja pandai menjawab kertas soalan dan mendapat keputusan yang gempak.Tetapi pelajar yang BENAR-BENAR CEMERLANG adalah mereka yang pandai berfikir dan bijak mengutarakan pendapat.

Bahas inilah platform yang terbaik kepada para peserta.Jujur saya katakan,saya pernah menyertai pertandingan pidato,pertandingan bercerita,choral speaking dan pernah satu ketika dahulu drama namun saya tidak pernah lagi menyertai pertandingan bahas.

Syukur,saya telah diberi amanat oleh pihak sekolah untuk mewakili pelajar PraU didalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris.Percayalah,hati ini cukup berdebar2 ketika menyertai pertandingan yang menyaksikan pasukan kita menang didalam pusingan pertama tetapi KALAH BERMARUAH  di pusingan kedua.Aha, bukan calang2 sekolah yang mengalahkan kita.

Jadi, kepada adik2 sekalian mahupun rakan2 seperjuangan, peluang sebegini akan datang kembali.Apabila tiba masanya, rentaplah peluang itu dan alamilah sendiri perasaan diatas pentas dimana anda berpeluang mematahkan hujah lawan dengan fakta bukannya auta.Anda ingin cemerlang bukan?Bahas memberi anda peluang yang cukup luas.

Disini saya sertakan 3 keping gambar kumpulan bahas yang mewakili sekolah kita di peringkat negeri. Senang kerja saya masukkan kesemua gambar mereka dalam satu entri.hehe. Kalau terserempak mereka di sekolah apa lagi, suruhlah mereka kongsi pengalaman debat untuk info bersama!! *diva sungguh*

PASUKAN DEBAT BAHASA MELAYU

PASUKAN DEBAT BAHASA TAMIL..NO 2 KOT!!

INILAH PASUKAN SAYA.DEBAT BAHASA INGGERIS.

OWH YA...kesemua pelajar diatas ialah pelajar PraU kita memandangkan pertandingan itu tidak melibatkan penyertaan pelajar arus perdana.Seronok semua pakai kot.Macam YB aha!!!

Semoga berjaya SEMUA.rawr~~