THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Thursday, 1 March 2012

Bye-bye February.

Semoga pembaca berada dalam keadaan yang sehat dan ceria selalu.

Entri ini mungkin pendek tetapi saya harap  kita dapat peroleh sedikit ilmu darinya.

Baiklah,saya rasa semua orang (pelajar2 PraU SMK TBS) boleh menarik sedikit nafas lega kerana kita baru sahaja selesai mengambil peperiksaan laras 1 yang berlangsung dari 27-29 Februari.


Aha, kenapa saya besarkan tarikh tersebut.Tahukah anda tahun 29 Februari hanya berlaku setiap 4 tahun sekali? Tahun yang mengandungi tarikh ini juga dikira sebagai tahun lompat.Pendek kata mana2 tahun yang dibahagikan dengan 4 tanpa mendapat baki akan dikira sebagai tahun lompat. *nampak sangat cari maklumat di wikipedia*

Tapi, dengan berlalunya tarikh itu,maka kita sebenarnya semakin hampir dengan tahun peperiksaan STPM kita yang dijangkakan akan berlangsung dari 12 November hingga 6 Disember.


Saya cuma ingin mengingatkan para pembaca khususnya pelajar PraU agar sentiasa fokus terhadap matlamat kita.Ingat,kegagalan itu bukannya berpunca dari guru,rakan2 ataupun keluarga.Tetapi kegagalan itu sering terjadi kerana diri kita sendiri.

Its time to reflect ourselves.

ingat ini dan .......
ingat juga MATLAMAT UTAMA KITA!!


Sekian... love you all~~
















Thursday, 23 February 2012

Baucar Buku 1 Malaysia!!

Gambar ini menceritakan segalanya
Aloha kawan2!Salam 1 Malaysia untuk anda semua.Saya akan cuba ringkaskan entri ini kerana diri kini berada dalam kesibukan yang melampau ekoran peperiksaan laras 1 yang sangat mengerunkan.Entah kenapa saya merasakan seolah2 ujian yang 1 jam ini penentu segala2nya.Aha!Biarkan sahaja saya dengan perasaan saya.Kita fokuskan kepada topik di atas.

Seperti yang anda sedia maklum baucar buku ini diberikan oleh kerajaan ekoran dari pembentangan perbelanjaan/bajet 2012.Maka didalamnya diperuntukkan RM 260 juta bagi pelajar2 yang layak termasuklah  pelajar PraU ataupun nama lamanya,tingkatan enam.

Jangan silap faham tau!Bukan RM 260 juta untuk seorang pelajar tetapi sebanyak RM 200 diberikan kepada setiapn pelajar bagi meringankan beban mereka untuk membeli buku2 yang berkaitan dengan pengajian mereka.Terima kasih diucapkan.

Sehubungan dengan itu, pada 14 Februari yang lepas bertempat di dewan besar SMK TBS, pemberian baucar buku ini telah disampaikan oleh Dato' Dr Haji Awaludin bin Hj Said yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota.Beliau juga merupakan salah seorang dari bekas pelajar SMK TBS. * den tumpang banggo*

Diharapkan agar pelajar dapatlah menggunakan baucar buku tersebut dengan sebaik mungkin sebelum tarikh matinya iaitu pada 31 Mac 2012.


Seperti biasa, saksikanlah gambar2 yang sempat ditangkap bagi mengabadikan memori ini buat selama-lamanya...cewaahh~ ~


Turut diadakan juga mesyuarat PIBG.

Pelajar PraU kita terlampau gembira..

Dewan mula dipenuhi dengan tetamu2 yang dijemput.
Pelajar kita duduk dengan penuh tatatertib.

Guru2 yang bertugas sibuk di kaunter pendaftaran.

Pengetua Cemerlang sempat memberikan sepatah dua kata.
Yang Dipertua PIBG kami..

Tetamu Kehormat,wakil rakyat kawasan kota.

Wakil Pelajar PraU.
Itulah dia gambar2 yang sempat dirakam.Semoga dengan pemberian ini kita semua akan setapak ke hadapan untuk mencapai.........................................................................................
'Man Jada Wa Jada'..Siapa Berusaha Pasti Berjaya.
ps:pssstt tolong doakan kami untuk ujian ini...seramm nieeehh..entri yang seterusnya akan dibuat selepas ujian.Sekian.