THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday, 6 January 2012

GANGGUAN SEMASA BELAJAR DI RUMAH

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam nasional dan kapal selam. Hahaha. Maaflah ye, lawak tak menjadi. Sambil saya cuba mengulangkaji buku eknomi di ruang tamu, terdapat beberapa gangguan yang kerap menghalang saya. Apakah gangguan tersebut? Marilah kita saksikan beberapa musuh utama yang menghalang kita dari terus belajar di rumah.


a) Memperkenalkan musuh pertama.

Gadget2 Ipod..mak,nak satu..

Mp3 ramai orang ada ni.


Mendengar alat muzik semasa belajar boleh mengganggu fokus kita. Kajian menunjukkan jika anda mendengar muzik dengan kuat, penghakisan sel otak akan berlaku dan boleh mengurangkan daya ingatan. Malah anda boleh menjadi lebih cepat nyanyuk apabila anda tua nanti.

b) Musuh kita yang kedua sebagai seorang remaja ialah...

Cinta Muka Buku!


Mengikut kajian yang dijalankan oleh Berita Harian, terdapat sekurang2nya 60,000 pelajar yang berusia antara 12 ke 18 tahun menghabiskan sekurang empat jam sehari melayari laman sesawang seperti FB. Kalau dah empat jam sehari kita habiskan secara online maka bila masanya kita nak belajar? Haruslah diingati bahawa masa yang ada di rumah selepas waktu persekolahan adalah amat penting kerana ianya masa untuk kita recap apa yang telah kita belajar di sekolah. Kalau bermuka buku sahaja sehingga kita penat online sampai tengah malam dan tidur didalam kelas,bila pula masanya untuk kita capai 4 flat?


p/s: Artikel ini akan disambung pada edisi yang seterusnya.... Ingat! Mari kita semua berganding bahu untuk menumpaskan dua mush utama ini.. Hmmmm...siapa musuh kita yang seterusnya?Jeng Jeng Jeng.....








Sunday, 1 January 2012

2012,Bring It on!

Kepada siapa kita tujukan?

Kepada tahun yang penuh dengan memori indah.

Sedih pada mulanya kerana kita terpaksa meninggalkan tahun 2011,namun itulah lumrah kehidupan yang menyaksikan sesuatu itu datang dan berlalu pergi.Masa itu tidak menanti sesiapa.Terasa diri ini semakin tua..Hehehe.Post ini tidak panjang,cuma saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada rakan2 sekalian.

Suka untuk saya ingatkan,tahun ini adalah tahun penentuan dalam kita mengunci rapi tempat di universiti melalui STPM.Semoga berjaya hendaknya....



SELAMAT TAHUN BARU!

PS: tahun ini kelas mana yang paling cemerlang.hehehe