Hah?! Api! Api! Bomba! Air! Cepat!
Hahaha... sabar-sabar. Tak pernah lagi ada blog yang terbakar dek api. Belum pernah lagi. Gambar di atas cuma satu prolog sahaja kepada entri baru kita ni. Ya, api. Api kita tahu sifatnya panas. Membakar. Bersemangat jika disimbolikkan.
Jadi, mungkin 'api' adalah istilah yang tepat bagi menggambarkan emosi kita selepas telinga menghadamkan kata-kata semangat. Ya... kata semangat yang sentiasa kita dengar hampir setiap hari. Kata yang mampu memberi kita inspirasi dalam meniti kehidupan akan datang yang sememangnya mencabar.
Apabila bercakap pasal kata-kata semangat ni, anda yang pernah menjadi warga SMK Tunku Besar Tampin, selalu tak mendengar kata-kata hikmat seperti "be the best, beat the rest." Saya pasti selalu.
Saya tertarik pada kata-kata hikmat yang dipaparkan di papan kenyataan berhampiran dengan pejabat sekolah. Yang mana satu? Aik... takkan tak perasan. Tak apa. Biar saya tunjukkan.
"BE THE BEST, BEAT THE REST"
"JIKA 100 TERBAIK, SMKTB ADALAH ANTARANYA.
JIKA 10 TERBAIK, SMKTB YANG PERTAMA.
JIKA 1 TERBAIK, SMKTB ADALAH SEKOLAHNYA."
Untuk pengetahuan semua, frasa 'be the best, beat the rest' merupakan kata-kata semangat yang sering diungkapkan oleh mantan Pengetua SMKTBT iaitu Pn. Hjh. Jainah bt Jantan. Kata-kata hikmat ini sering dilaungkan di tapak perhimpunan, di dalam ucapan-ucapan dan di mana-mana sahaja. Sehinggakan semua warga TBSS jadi terbiasa dengan kata-kata ini. Be the best, beat the rest. Be the best, beat the rest. Mungkin inilah yang sering berlegar-legar di dalam fikiran ketika semangat yang selama ini dipertahankan hampir rebah menyembah bumi.
Begitu juga dengan kata-kata hikmat yang seterusnya itu. Ya, saya berasa begitu begitu bersemangat ketika mata menyapa sehelai kertas hijau yang diliminate ini. Perasaan terasa membuak-buak. Adrenalin seperti dicas-cas.
Dua kata hikmat ini sering dilihat oleh kita mungkin hampir setiap hari. Apa kata sekarang kita lakukan transformasi? Jadikan kata-kata ini, kata-kata yang sering kita lihat di sekolah sebagai panduan untuk kita sebagai pelajar dalam menempuhi alam akademik yang penuh mencabar ini.
Kita mampu menjadi yang terbaik dan kita mampu kalahkan yang lain. Kita mampu menjadi antara 100 yang terbaik. Kita mampu menjadi yang pertama dalam kelompok 10 terbaik. Kita mampu menjadi sekolah yang terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrbaik.
Semua ini tidak mustahil jika langkah kita diiringi dengan usaha dan keyakinan. Ya, kadang kala dalam hidup ini, kita akan merasai saat-saat putus asa. Kita akan merasai detik-detik kecewa, sedih, marah dan sebagainya. Tetapi, cuba tanam dalam diri kita, bahawa semua yang negatif itu hanya bertindak sebagai rencah sahaja dalam kehidupan kita. Semua yang negatif itu cuma hadir seketika sahaja dalam hidup kita untuk membuat kaki kita berhenti daripada melangkah. Untuk apa kita mengalah pada 'benda' yang datangnya cuma seketika? Adilkah?
Ya! Kita mampu berjaya jika kita fokus, yakin dan berusaha tanpa jemu. Kita sebagai pelajar perlukan motivasi. Motivasi itu diberi melalui apa? Melalui kata-kata hikmat seperti inilah.
Kalau tak ada apa nak dibuat... daripada merayau sekeliling sekolah tanpa hala tuju, apa kata kita kaku sebentar menghadap kata-kata hikmat ini. Rasai kuasanya dan biarkannya meresap ke dalam semangat kita. Dengan cara itulah berkesan bagi membantu kita membina motivasi diri.
Ingatlah. Setiap hari sebagai seorang pelajar merupakan satu perjuangan. Perjuangan yang akan menentukan masa depan kita cerah mahupun duka. Perjuangan yang bakal membayar titik peluh ibu bapa kita. Perjuangan yang bakal membalas jasa guru-guru kita.
Ya, mungkin peperiksaan masih jauh. Tetapi, kita mahu tunggu sehingga esok nak ujian ke baru hari ni kita nak mulakan langkah kita? Ingat wahai rakan-rakan. Inilah tujuan kita...
No comments:
Post a Comment