THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Thursday, 21 June 2012

Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2012.


*Dup dap.dup dap.dup dap jantung saya berbunyi* Saya pun tidak pasti kenapa, tapi saya cukup nervous untuk menulis entri kali ini.Mungkin sebab entri ini perlu dicanang dengan teliti kerana entri ini adalah antara yang PALING DITUNGGU2 selama ini.

Tidak mengapa saya akan lakukan yang terbaik.Tak cuba maka tak tahu betul tak?Hik hik hik.Baiklah,apa khabar semua?Saya harap anda berada dalam keadaan yang sehat walafiat,perut pun semakin membulat.

Cepat benar rasanya masa berlalu sehinggakan hari2 yang ditunggu2 sejak dari sebelum cuti lagi telah pun tiba dan lama meninggalkan kita.Apakah hari itu?Jeng....jeng......JENG!!!

Hari itu ialah HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK TBS 2012.

Saya rasa semua sedia maklum akan apa gunanya hari anugerah ini diadakan bukan sahaja di sekolah TBS tetapi di semua sekolah2 seluruh Malaysia.Tujuannya mudah sekali.Anugerah ini diadakan bagi menghargai dan menyanjungi jasa2 dan pengorbanan seorang murid kepada sekolah baik dari segi AKADEMIK,KOKURIKULUM mahupun SAHSIAH.

13 Jun 2012 menjadi tarikh keramat kepada berlangsungnya majlis ini.Bertempat di Dewab Besar SMK TBS, saya dapat merasakan seolah satu perasaan yang cukup menghibakan dan juga menggembirakan.Bukan kerana saya dapat mengondol 2 anugerah *ehem2* tetapi lebih kepada nilai sentimental majlis itu sendiri.

Saya adalah antara pelajar yang terawal memasuki dewan itu.Kira2 setengah jam sebelum event berlangsung,dewan telah mula dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan juga penerima2 anugerah.Apabila saya melabuhkan badan diatas kerusi saya mula sedar bahawa anugerah seperti ini yang diadakan di peringkat SEKOLAH mungkin akan jadi yang terakhir buat diri saya.

Yalah,sudah terbiasa dengan anugerah seperti ini selama lebih kurang 13 tahun (darjah 1-tingkatan enam atas) membuatkan lubuk hati berasa sedikit sedih dan sayu.Jika ada rezeki akan kami naik menerima anugerah diatas pentas yang berbeza berpaksikan tujuan yang sama..mungkin di pentas....UNIVERSITI??Yang pasti,hidup penuh dengan teka teki.

Baiklah,sebelum kita menjamu selera dengan menjamah gambar2 dibawah,saya ingin terlebih dahulu meyenaraikan beberapa nama pelajar PraU yang mendapat anugerah pada hari itu...Nama ini mungkin tidak meliputi semua tapi maaf dipinta kerana ini adalah dari kelemahan diri saya sendiri.Saya pasti anda akan memahami situasi saya...hehe.

Pelajar Gemilang STPM 2011

TILAGA A/P MOGANOSUNDARAM (3.58 PNG)

Pelajar cemerlang  STPM 2011 (CGPA 3.0 ke atas)

  1. CHONG CHIN SIONG
  2. GAN WEI KANG
  3. KONG SHU LING
  4. LAW TECK POH
  5. LEE SWET JEAN
  6. LEOW CHU CHING
  7. LIM HUI KIAN
  8. RICHARD LEE JIA LIONG
  9. SHARMILA A/P VERATHAN
  10. TAN HWA TENG
  11. WONG PHUI JIN
Senarai Nama Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pra Universiti 1 peperiksaan akhir tahun 2011.

  1. MUHAMMAD FAIZ MD NASIR (PENGAJIAN AM DAN BAHASA MALAYSIA)
  2. SHAZMIRA BT SAMSUDIN (PENGAJIAN PERNIAGAAN)
  3. PAVITRA A/P RAVI (SEJARAH DAN BAHASA TAMIL)
  4. YAP YEW YONG (EKONOMI DAN MATEMATIK S)
  5. E SOON SHEN ( MATEMATIK T)
  6. CHAN SUE YING (PSV)
  7. YONG ZHI YEAN (KIMIA DAN FIZIK)
  8. PHOEBIAN CHIN EAN FEI (BIOLOGI)
 Itu sahajalah yang mampu saya senaraikan.Terdapat beberapa kategori lain yang telah berjaya digondol oleh pelajar PraU antaranya ialah sahsiah terbaik,pengawas asrama terbaik dan juga pengawas terbaik etc.SYABAS KEPADA SEMUA!!



NOSTALGIA

BANNER.


PENDAFTARAN.

BUKU PANDUAN

PENGACARA MAJLIS YANG CERIA.

RAMAINYA YG HADIR....

TETAMU KEHORMAT.

USTAZ HALIM MEMBACA DOA

PENGETUA CEMERLANG KAMI

TAK SABAR NAK DAPAT ANUGERAH.

PERSEMBAHAN YG MANTAP.
Penyampaian anugerah juga telah dilaksanakan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan juga kehadiran Yang Dipertua PIBG.






SUMBER INSPIRASI KAMI

EX STUDENT PRAU

ENCIK LEE HENG POH MEWAKILI ANAKNYA.

NERVOUS KE KAK..

BIODATA PELAJAR GEMILANG DIBACAKAN

SATISH, MAKING US PROUD.
INILAH YDP PIBG KAMI..


Sekali lagi,syabas diucapkan kepada semua pemenang dan semoga kejayaan ini dikekalkan dan diteruskan.Aha,kepada yang tidak mendapat anugerah anda bukannya tidak cemerlang,anda telah disimpankan takdirnya untuk sesuatu yang lebih besar kelak. :)

Monday, 4 June 2012

BE THE BEST, BEAT THE REST

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semua! 






Hah?! Api! Api! Bomba! Air! Cepat!


Hahaha... sabar-sabar. Tak pernah lagi ada blog yang terbakar dek api. Belum pernah lagi. Gambar di atas cuma satu prolog sahaja kepada entri baru kita ni. Ya, api. Api kita tahu sifatnya panas. Membakar. Bersemangat jika disimbolikkan.


Jadi, mungkin 'api' adalah istilah yang tepat bagi menggambarkan emosi kita selepas telinga menghadamkan kata-kata semangat. Ya... kata semangat yang sentiasa kita dengar hampir setiap hari. Kata yang mampu memberi kita inspirasi dalam meniti kehidupan akan datang yang sememangnya mencabar.


Apabila bercakap pasal kata-kata semangat ni, anda yang pernah menjadi warga SMK Tunku Besar Tampin, selalu tak mendengar kata-kata hikmat seperti "be the best, beat the rest." Saya pasti selalu. 


Saya tertarik pada kata-kata hikmat yang dipaparkan di papan kenyataan berhampiran dengan pejabat sekolah. Yang mana satu? Aik... takkan tak perasan. Tak apa. Biar saya tunjukkan.







 "BE THE BEST, BEAT THE REST" 

 "JIKA 100 TERBAIK, SMKTB ADALAH ANTARANYA. 
 JIKA 10 TERBAIK, SMKTB YANG PERTAMA. 
 JIKA 1 TERBAIK, SMKTB ADALAH SEKOLAHNYA." 

Untuk pengetahuan semua, frasa 'be the best, beat the rest' merupakan kata-kata semangat yang sering diungkapkan oleh mantan Pengetua SMKTBT iaitu Pn. Hjh. Jainah bt Jantan. Kata-kata hikmat ini sering dilaungkan di tapak perhimpunan, di dalam ucapan-ucapan dan di mana-mana sahaja. Sehinggakan semua warga TBSS jadi terbiasa dengan kata-kata ini. Be the best, beat the rest. Be the best, beat the rest. Mungkin inilah yang sering berlegar-legar di dalam fikiran ketika semangat yang selama ini dipertahankan hampir rebah menyembah bumi. 

Begitu juga dengan kata-kata hikmat yang seterusnya itu. Ya, saya berasa begitu begitu bersemangat ketika mata menyapa sehelai kertas hijau yang diliminate ini. Perasaan terasa membuak-buak. Adrenalin seperti dicas-cas.

Dua kata hikmat ini sering dilihat oleh kita mungkin hampir setiap hari. Apa kata sekarang kita lakukan transformasi? Jadikan kata-kata ini, kata-kata yang sering kita lihat di sekolah sebagai panduan untuk kita sebagai pelajar dalam menempuhi alam akademik yang penuh mencabar ini. 

Kita mampu menjadi yang terbaik dan kita mampu kalahkan yang lain. Kita mampu menjadi antara 100 yang terbaik. Kita mampu menjadi yang pertama dalam kelompok 10 terbaik. Kita mampu menjadi sekolah yang terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrbaik. 

Semua ini tidak mustahil jika langkah kita diiringi dengan usaha dan keyakinan. Ya, kadang kala dalam hidup ini, kita akan merasai saat-saat putus asa. Kita akan merasai detik-detik kecewa, sedih, marah dan sebagainya. Tetapi, cuba tanam dalam diri kita, bahawa semua yang negatif itu hanya bertindak sebagai rencah sahaja dalam kehidupan kita. Semua yang negatif itu cuma hadir seketika sahaja dalam hidup kita untuk membuat kaki kita berhenti daripada melangkah. Untuk apa kita mengalah pada 'benda' yang datangnya cuma seketika? Adilkah?

Ya! Kita mampu berjaya jika kita fokus, yakin dan berusaha tanpa jemu. Kita sebagai pelajar perlukan motivasi. Motivasi itu diberi melalui apa? Melalui kata-kata hikmat seperti inilah. 

Kalau tak ada apa nak dibuat... daripada merayau sekeliling sekolah tanpa hala tuju, apa kata kita kaku sebentar menghadap kata-kata hikmat ini. Rasai kuasanya dan biarkannya meresap ke dalam semangat kita. Dengan cara itulah berkesan bagi membantu kita membina motivasi diri. 

Ingatlah. Setiap hari sebagai seorang pelajar merupakan satu perjuangan. Perjuangan yang akan menentukan masa depan kita cerah mahupun duka. Perjuangan yang bakal membayar titik peluh ibu bapa kita. Perjuangan yang bakal membalas jasa guru-guru kita. 

Ya, mungkin peperiksaan masih jauh. Tetapi, kita mahu tunggu sehingga esok nak ujian ke baru hari ni kita nak mulakan langkah kita? Ingat wahai rakan-rakan. Inilah tujuan kita...



Saturday, 2 June 2012

Baktimu dijulang wahai GURU!

HYE semua!!!!Apa khabar anda disana?Cewahh macam nak berdendang asmara pulak kan.Baiklah saya ingin mengotakan janji dengan membuat entri sempena hari guru...Ya,saya tahu hari itu telah lama berlalu tetapi apalah salahnya jika saya mengarang entri ini sekarang.

Sebenarnya para admin telah lama ingin membuat satu enti khas, namun kudrat kami telah 'ditambat' dengan waktu peperiksaan yang menyesakkan minda dan juga dada masing2.heheh.Baiklah!Pada hari Rabu bersamaan dengan 16 Mei, SMK TBS telah menjalankan aktiviti yang sememangnya dilaksanakan setiap tahun iaitu...SAMBUTAN HARI GURU.Program yang telah dirancang sekian lama akhirnya telah selamat diadakan hasil daripada kerjasama yang jitu dari pihak pentadbir,guru2 seterusnya para pelajar sendiri.

Aha!Tema Hari Guru pada tahun 2012 ini ialah 'GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.Menurut perutusan Menteri Pelajaran,guru yang inovatif membawa maksud guru yang berkebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti pemikiran yang kritis dan daya kreativiti yang tinggi.

Ingatlah rakan2ku bahawa peranan seorang guru bukanlah mudah terutamanya apabila negara semakin menghampiri wawasan 2020.Institusi yang profesional inilah yang menjadi pemangkin utama dalam membina sebuah negara bangsa yang utuh dan ampuh dalam menjamin kecemerlangan negara secara konsisten.

Baiklah!Saya rasa elok juga jika kita menyajikan mata kita dengan beberapa gambar yang telah ditangkap sempena Hari Guru di SMK TBS tempoh hari.Sebelum itu saya ingin memberi ucapan tahniah dan terima kasih kepada....

1) Miss Tan Chew Yeat kerana telah membenarkan admin menggunakan gmbr yg ditangkap dari lensa beliau.

2) Zai Qasrina Ain kerana telah membantu admin untuk mengedit gambar2 supaya semuanya nampak cantik2 belaka..hehehe

Enjoylah gambar2 dibawah ini...

PENGERUSI MAJLIS CEKAP DLM MENGENDALIKAN MAJLIS.
UCAPAN YG MEWAKILI ISI HATI PELAJAR
SENYUMANMU MU TIADA TANDINGNYA..
LAWANYA BUNGA ROS..UNTUK SIAPA?
WAHH!TERLIUR RASANYA..
GURU MEMBERIKAN CUPCAKE KEPADA ANAK DIDIK..
ANAK DIDIK MEMBERIKAN BUNGA ROS KEPADA PENDIDIK..
KASIH YG MENJANGKAUI SEMPADAN BANGSA..
IKRAR KERAMAT 
TERIMA KASIH 'POLIS2' KECIL..
Ha..itu baru perhimpunan formal..Mari kita lihat aktiviti didalam dewan besar pula...

CIKGU MENANG SUKANEKA YA??
GEMBIRANYA SEMUA ORANG..
Jom tengok gmbr2 persembahan pula..

CHORAL SPEAKING PEOPLE!!
PERSEMBAHAN DARI PIHAK GURU YG MANTAP DAN LUCU~
TARIAN TRAIDISONAL TURUT DIPERSEMBAHKAN
PLJR ASRAMA PRAU2 TURUT MENUNJUKKAN TARING MEREKA
DONT DIE...GOOD PERFORMANCE BY THE DRAMA TEAM
ANTARA PERSEMBAHAN YG PALING MELUCUKAN
BICARA BERIRAMA YG SODAP..
SUKANEKA 'AYAM DEN LOPEH..'
AKTIVITI YG MENGERATKKAN UKHWAH
hehehe...habis sudah gambar kita..sebenarnya banyak gmbr2 nie tapi mustahillah untuk saya masukkan semua..TUNGGU SEBENTAR!! Entri ini tidak habis lagi...Baiklah kita ada beberapa ucapan dari wakil pelajar PraU 1 dan PraU  2 serta dari admin sendiri...Bacalah..

WAKIL PELAJAR PRAU 1


Dari Shazwa (PraU 1 Falsafah),

"selamat hari guru dan trima kasih kpd warga pndidik yg telah bnyk mnabur jasa dan pengorbanan yg tdk terhngga...tanpa insan b'gelar guru maka tdk lahirlah golongan cerdik pndai dan berilmu..trima kasih ckgu"



WAKIL PELAJAR PRAU 2




 From Catherine (PraU 2 Biologi),

To all the people lovely and fair,
To all the people, wise and good

We know that you are always there
for us,as you should

But still we would like to take this time to say

Happy teachers Day!!

To all the Bestest teachers in the world..

Lots of love coming your way

From everyone here in Pre-u 2..
♥♥♥







 ''Untuk semua guru di dunia ini,mungkin mustahil untuk kami membalas jasa yang telah kalian taburkan.Tetapi ketahuilah..kami menghargainya setiap detik biarpun alam dewasa datang menyapa''