THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday 4 March 2012

PROGRAM MEMASYARAKATKAN GALERI SMKTBT

Assalamualaikum WBT. 


Untuk entri kali ni, admin berminat nak berkongsi dengan kornea-kornea anda mengenai satu program yang dianjurkan pada tahun lepas. Hahaha.. walaupun dah lama tapi sebenarnya apa yang dilaksanakan masih lagi berentetan sehingga ke hari ini. Dalam erti kata lainnya, misi ini masih lagi berjalan dari masa ke masa.


Program Memasyarakatkan Galeri SMK Tunku Besar Tampin telah berlangsung pada tarikh 2 November 2011. Program yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Hamzah bin Haji Abu, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin ini turut disertai oleh 178 orang murid-murid sekolah rendah dan 18 orang guru di daerah Tampin. Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan bagi memperkasakan peranan galeri SMK Tunku Besar Tampin. Selain itu, program ini juga diharapkan mampu memperlihat, menonjol dan mempamerkan citra budaya sekolah sejajar dengan hampir 9 dekad penubuhan SMK Tunku Besar Tampin.


Hah sudah. Dah macam pembaca berita pulak. Hahahaa... jom jamukan mata anda dengan beberapa momen yang sempat kami rakamkan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. 


MEMAHAT MEMORI



ANTARA DAYA TARIKAN GALERI SMKTBT... REPLIKA-REPLIKA YANG GERGASI!!!

ADIK-ADIK SEDANG MENJAWAB KUIZ YANG TELAH DISEDIAKAN


HADIRIN BERKUMPUL DI DALAM DEWAN



PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA MURID-MURID SEKOLAH RENDAH YANG SUDI HADIR

TERIMA KASIH DAUN KELADI

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan cukup lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir bagi memeriahkan program ini. Tahniah diucapkan kepada pihak Galeri kerana telah menganjurkan satu program yang dilihat sebagai satu identiti kepada sekolah kita. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar PraU yang terlibat dalam menjayakan program ini. 

Penutup untuk entri kali ini...
Saya nak memetik kata-kata hikmat yang dilihat sangat berkait rapat dengan program memasyarakatkan galeri ini. Ayatnya lebih kurang begini... *maaf kalau salah

"Kita tidak mewarisi apa yang kita ada pada hari ini daripada generasi terdahulu. Tetapi kita meminjamnya daripada generasi akan datang."

Semoga generasi TBSS yang akan datang juga berpeluang lagi untuk menikmati memori-memori sekolah ini. :)

No comments: