Salam 1 Malaysia
to all. Apa khabar orang kampung?hehe.Lama sudah tidak berceloteh di blog ini.Kami kini sedang menyiapkan beberapa bahan untuk dimasukkan didalam
entri blog.Saya yakin Faiz dan Adila akan menjalankan tanggungjawab mereka..percayalah....
Baik,apa yang ingin saya tuliskan hari ini adalah sangat jelas dan nyata.Mengenai sahabat.Mungkin inilah
entri sahabat
part 1.Tengoklah dahulu apa respons para pembaca.hehehe.
Apakah itu sahabat? Terdapat pelbagai definisi oleh cerdik pandai akan apa sebenarnya sahabat.Namun terdapat satu pengertian yang amat
popular.Pandangan itu mengatakan bahawa sahabat merupakan insan yang bersama dengan anda di waktu kesusahan dan juga di waktu kesenangan.Aha!!Lebih kurang sama dengan mencari jodohlah. Tapi sahabat ini sukar dicari berbanding dengan rakan.
Semenjak saya masuk ke PraU SMK TBS ini,dapatlah disimpulkan bahawa kami semua ibarat sahabat meskipun berlainan bangsa,agama dan juga latar hidup.Namun itu semua tidak menjadi masalah ataupun benteng yang menghalang kami dari menjalinkan hubungan serta merapatkan sillaturrahim melalui pelbagai cara.
Jika anda rajin pergilah ke bangunan PraU pasti anda akan terdengar suara mereka ketawa terbahak2,senyuman yang sentiasa mekar di bibir dan juga suasana yang aman dan harmoni.Mungkin wujudnya keadaan ini kerana adanya sifat
KETERBUKAAN kami dalam menjalani hidup
Perkara ini bukan sahaja saya sedari dari tahun ini namun ianya telah jelas dipaparkan dan diparaktikkan oleh
senior-senior kami.Jadi,
entri kali ini saya tujukan khas kepada semua pelajar PraU TBS agar dapat kita hayati dan selami makna sebenar persahabatan kerana saat ini kita sedang menikmati bibit-bibit yang indah dalam kehidupan yang cukup singkat.
Saya masukkan juga beberapa gambar agar anda dapat lihat sendiri apa yang saya katakan bukanlah satu propaganda namun hal ini adalah
REALITI yang perlu dihargai..
|
Kami mampu bersahabat meskipun berlainan bangsa.. |
|
abang2 senior kami cukup gembira nampaknya.. |
|
kak yan dan kak umi sentiasa bersedekah melalui senyuman mereka.. |
|
Kogi and the gang.. |
|
Titik persefahaman membuatkan kami berkumpul bersama.. |
|
Satish memang ramai sahabat kerana sikapnya yang sempoi.. |
|
Pesaing dan rakan saya di kelas.. |
|
Trio yang cukup glamarous |
|
Penyapu pun jadilah ye tak.. |
|
Persahabatanlah yang telah menemukan kami bertiga.Syukur Tuhanku.
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat… dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat... |
.
No comments:
Post a Comment