THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Thursday, 23 February 2012

Baucar Buku 1 Malaysia!!

Gambar ini menceritakan segalanya
Aloha kawan2!Salam 1 Malaysia untuk anda semua.Saya akan cuba ringkaskan entri ini kerana diri kini berada dalam kesibukan yang melampau ekoran peperiksaan laras 1 yang sangat mengerunkan.Entah kenapa saya merasakan seolah2 ujian yang 1 jam ini penentu segala2nya.Aha!Biarkan sahaja saya dengan perasaan saya.Kita fokuskan kepada topik di atas.

Seperti yang anda sedia maklum baucar buku ini diberikan oleh kerajaan ekoran dari pembentangan perbelanjaan/bajet 2012.Maka didalamnya diperuntukkan RM 260 juta bagi pelajar2 yang layak termasuklah  pelajar PraU ataupun nama lamanya,tingkatan enam.

Jangan silap faham tau!Bukan RM 260 juta untuk seorang pelajar tetapi sebanyak RM 200 diberikan kepada setiapn pelajar bagi meringankan beban mereka untuk membeli buku2 yang berkaitan dengan pengajian mereka.Terima kasih diucapkan.

Sehubungan dengan itu, pada 14 Februari yang lepas bertempat di dewan besar SMK TBS, pemberian baucar buku ini telah disampaikan oleh Dato' Dr Haji Awaludin bin Hj Said yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota.Beliau juga merupakan salah seorang dari bekas pelajar SMK TBS. * den tumpang banggo*

Diharapkan agar pelajar dapatlah menggunakan baucar buku tersebut dengan sebaik mungkin sebelum tarikh matinya iaitu pada 31 Mac 2012.


Seperti biasa, saksikanlah gambar2 yang sempat ditangkap bagi mengabadikan memori ini buat selama-lamanya...cewaahh~ ~


Turut diadakan juga mesyuarat PIBG.

Pelajar PraU kita terlampau gembira..

Dewan mula dipenuhi dengan tetamu2 yang dijemput.
Pelajar kita duduk dengan penuh tatatertib.

Guru2 yang bertugas sibuk di kaunter pendaftaran.

Pengetua Cemerlang sempat memberikan sepatah dua kata.
Yang Dipertua PIBG kami..

Tetamu Kehormat,wakil rakyat kawasan kota.

Wakil Pelajar PraU.
Itulah dia gambar2 yang sempat dirakam.Semoga dengan pemberian ini kita semua akan setapak ke hadapan untuk mencapai.........................................................................................
'Man Jada Wa Jada'..Siapa Berusaha Pasti Berjaya.
ps:pssstt tolong doakan kami untuk ujian ini...seramm nieeehh..entri yang seterusnya akan dibuat selepas ujian.Sekian.

Thursday, 16 February 2012

Andalah sahabat dan pengubat jiwa.

Salam 1 Malaysia to all. Apa khabar orang kampung?hehe.Lama sudah tidak berceloteh di blog ini.Kami kini sedang menyiapkan beberapa bahan untuk dimasukkan didalam entri blog.Saya yakin Faiz dan Adila akan menjalankan tanggungjawab mereka..percayalah....

Baik,apa yang ingin saya tuliskan hari ini adalah sangat jelas dan nyata.Mengenai sahabat.Mungkin inilah entri sahabat part 1.Tengoklah dahulu apa respons para pembaca.hehehe.

Apakah itu sahabat? Terdapat pelbagai definisi oleh cerdik pandai akan apa sebenarnya sahabat.Namun terdapat satu pengertian yang amat popular.Pandangan itu mengatakan bahawa sahabat merupakan insan yang bersama dengan anda di waktu kesusahan dan juga di waktu kesenangan.Aha!!Lebih kurang sama dengan mencari jodohlah. Tapi sahabat ini sukar dicari berbanding dengan rakan.

Semenjak saya masuk ke PraU SMK TBS ini,dapatlah disimpulkan bahawa kami semua ibarat sahabat meskipun berlainan bangsa,agama dan juga latar hidup.Namun itu semua tidak menjadi masalah ataupun benteng yang menghalang kami dari menjalinkan hubungan serta merapatkan sillaturrahim melalui pelbagai cara.

Jika anda rajin pergilah ke bangunan PraU pasti anda akan terdengar suara mereka ketawa terbahak2,senyuman yang sentiasa mekar di bibir dan juga suasana yang aman dan harmoni.Mungkin wujudnya keadaan ini kerana adanya sifat KETERBUKAAN kami dalam menjalani hidup

Perkara ini bukan sahaja saya sedari dari tahun ini namun ianya telah jelas dipaparkan dan diparaktikkan oleh senior-senior  kami.Jadi, entri kali ini saya tujukan khas kepada semua pelajar PraU TBS agar dapat kita hayati dan selami makna sebenar persahabatan kerana saat ini kita sedang menikmati bibit-bibit yang indah dalam kehidupan yang cukup singkat.

Saya masukkan juga beberapa gambar agar anda dapat lihat sendiri apa yang saya katakan bukanlah satu propaganda namun hal ini adalah REALITI yang perlu dihargai..



Kami mampu bersahabat meskipun berlainan bangsa..

abang2 senior kami cukup gembira nampaknya..

kak yan dan kak umi sentiasa bersedekah melalui senyuman mereka..
Kogi and the gang..

Titik persefahaman membuatkan kami berkumpul bersama..

Satish memang  ramai sahabat kerana sikapnya yang sempoi..
Pesaing dan rakan saya di kelas..

Trio yang cukup glamarous

Penyapu pun jadilah ye tak..
Persahabatanlah yang telah menemukan kami bertiga.Syukur Tuhanku.

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat...
.

Saturday, 4 February 2012

Botanical Garden

*menyapu sebentar* Aha! Assalamualaikum dan salam perpaduan integriti nasional kepada semua.Saya menyapu apa?Sapu 'habuk' kat blog nie.Almaklumlah dah lama tak berupdate.Maafkan kami ya..Ujian laras 1 semakin hampir maka kelam kabut kami dibuatnya.Semuanya berlumba2 untuk cemerlang dalam ujian kali pertama dalam tahun naga nie.RAWR!

Persatuan Pra U telah berjaya menjalankan salah satu projek 'meganya' pada 1 Februari bersamaan dengan hari Rabu yang lepas.Apa projek itu?Lihatlah pada tajuk entri diatas!

Sukacita untuk saya tuliskan disini bahawa program botanical garden fasa 1 telah dijayakan dengan bantuan semua ahli persatuan yang langsung ataupun tidak langsung.Hari Rabu itu menjadi saksi akan kekuatan ukhuwah pelajar Pra U yang sentiasa ingin mengharumkan nama sekolah.

Diharapkan dengan wujudnya Botanical Garden ini, sekolah SMK TBS akan menjadi lebih hijau dan MESRA ALAM.Mari kita lihat gelagat para pelajar pada hari tersebut!!


Kami bersama dengan guru penasihat,Puan Shuaida.

patuh menerima arahan pengerusi....ntah faham ke tak..

mengangkat tanah ini meletihkan!!

Kaum adam sibuk bekerja...tapi...

kaum hawa sibuk bergambar..haha.
kenapa pakai batu..cangkul mana..semangatnye!!

dua rakan karib merancang bagaimana ingin bekerja tanpa mengotorkan tangan..

walaupun panas terik namun masih sempat bergaya..

takkan cekak pinggang je..tak tolong ke?hehe
maka bermulalah sesi penanaman!

gigih menjalankan tugasan

Macam cerita si penggali kubur rasanya...

lemas pokok aloe vera dalam 'dakapan' tangan.haha
gembira melihat pokok herba selamat ditanam.

betul ke semua orang berkerja..ataupun...

nak tangkap gambar je!!

antara hasil kerja kami..

Memori2 indah yg akan dikenang selama2nya.
Setelah lebih kurang 1 jam 30 min bekerja,akhirnya..botanical garden kami telah siap...macam mana rupanya ye??saksikan~ ~

Fuhhhh...siap juga akhirnya!!!
Itulah dia botanical garden kami yang dimana 11 jenis tanaman herba yang berbeza berjaya ditanam.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bermula dari para pelajar sehinggalah ke pihak pengurusan sekolah kerana telah sama2 menjayakan projek ini.Itu sahaja untuk hari ini!!Adios Amigos~ ~

ps: ini baru fasa 1..fasa 2 bakal diadakan tak lama lagi...nantikan.. *gulp..berdebar rasanya..