THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Thursday, 29 December 2011

PERATURAN BLOG INI

Assalamualaikum WBT. Apa khabar semuanya? 


Agak gubra kan bila baca tajuk entri di atas ni? Okey. Rileks sudah. Di sini, admin ingin mengambil kesempatan untuk memberi 'nota' sedikit kepada semua yang mengunjungi laman blog ini. Senang cerita, pantang larang dalam blog ni lah. *uish macam nak masuk rumah bomoh je.




1. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan kata-kata kesat mahupun lucah di dalam mana-mana sahaja ruang di dalam blog ini.

2. Sebaik-baiknya, tinggalkan identiti anda pada setiap komen mahupun 'shout' anda.

3. Tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa gambar-gambar yang menyalahi tatasusila ke dalam blog ini. *mungkin ditujukan kepada admin

4. Anda tidak dibenarkan copy sebarang khazanah blog Pra-U ini dengan tujuan yang salah.

5. Jadikan blog ini sebagai medan untuk mendapatkan informasi dan diskusi bukan kontroversi.

6. Anda dibenarkan untuk melontarkan cadangan untuk kami mempertingkatkan lagi tahap kualiti blog ini.


Okey.. Saya rasa ni saja kot. Sebarang penambahan akan dimaklumkan okey? Jadi... meskipun pendek, tak bermakna anda semua tak perlu ambil mudah kan? Jadi, diharapkan anda semua 'bermurah hati' untuk mematuhi peraturan-peraturan blog ini. Ingat, pelihara adab dan tatasusila di mana-mana sahaja meskipun di dunia siber.


Renung-renungkan. Selamat beramal. :)

Sunday, 11 December 2011

JANGAN MEMBAZIR MASA!

TIK TOK TIK TOK bunyi jam dinding bingit di telinga.Bunyi jam tau bukannya lagu Kesha.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Cuti berbaki beberapa minggu sahaja lagi. Adakah anda semua sihat? Saya sihat walafiat, pipi pun semakin tembam. Hehe. Baiklah, pada hari ini saya tertarik untuk menulis mengenai MASA.

Sebagai seorang pelajar, masa merupakan musuh utama kita. Adakalanya, masa juga menjadi teman rapat kita. Aha! Apakah yang saya bebelkan ini? Mari kita lihat soalan ini.

Apa itu masa? Adakah masa boleh dibeli? Adakah Masa boleh direka cipta?

Saya rasa semua pelajar tahu jawapan kepada soalan di atas. Dipendekkan cerita, masa sangat penting! Sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah yang cemerlang kita kena pandai ‘menggunakan’ masa..

Disini disediakan beberapa TIPS untuk kita lebih BIJAK menguruskan MASA di SEKOLAH ataupun di RUMAH.

  1. TUMPUAN 100% KEPADA GURU.

Sebahagian besar perkara yang keluar semasa peperiksaan STPM nanti datangnya dari kelas. Jadi kita WAJIB memberikan fokus kepada apa yang guru sampaikan. Adakalanya pelajar tidak gemar akan teknik yang disampaikan oleh guru tetapi jangan kita jadikan itu sebagai satu alasan. Ketepikan segala perasaan yang boleh membuatkan kita benci kepada guru itu kerana kita sedang menuntut ilmu daripada mereka. Nanti tak berkat... susah!!

  1. SEDIAKAN JADUAL BELAJAR DI RUMAH.

Harus diakui bahawa belajar di rumah merupakan satu perkara yang memeritkan. Terdapat pelbagai gangguan *bukan gangguan mistik ye* yang ada di rumah. Namun begitu seorang pelajar yang inginkan kejayaan perlu membuat jadual waktu belajar supaya masa kita lebih teratur. Rancanglah jadual tersebut berdasarkan keupayaan diri anda. Janganlah anda aturkan jadual yang merugikan diri sendiri seperti pagi sampai petang 'FB' kemudian malam TIDUR. Belajarnya mana?
           
  1. LUANGKAN MASA UNTUK AKTIVITI YANG LAIN.

Apakah contoh aktiviti yang lain? Biar saya terangkan, untuk mencapai kejayaan yang holistik bukan sahaja  bergantung kepada kekuatan minda tetapi kekuatan dari aspek kerohanian dan jasmani juga diambil kira. Justeru, kita haruslah meluangkan masa melakukan perkara2 yang mendatangkan kebaikan sebagai contoh bersenam, bermain video game ataupun meluangkan masa bersama keluarga! Dengan melakukan perkara yang sedemikian, barulah minda kita akan berasa lega kerana tidak hanya tertumpu kepada pelajaran semata2. Tetapi haruslah diingati, kita tidak boleh meluangkan masa yang terlampau banyak melakukan aktiviti sampingan ini kerana kita ada MATLAMAT dan VISI yang jelas iaitu UNIVERSITI.

Itu sahajalah tips yang saya dapat kongsikan bersama dengan anda untuk hari ini. Ingat! Allah pernah berfirman mengenai masa di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang manusia yang selalu rugi kerana mengabaikan masa. Jadi kepada rakan2 di luar sana, cuti masih ada. Buku pun sudah menyeru nama kalian. Ayuh! Kita gunakan masa dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan masa ‘memperbodohkan’ kita!





mesti gunakan masa dengan baik..
kalau tak kita JEM!!...
Nanti tak dapat masuk U..
:)


ps: Saya nak tulis mengenai halangan belajar di rumah pada entri TIPS yang seterusnya. Stress saya memikirkannya. JEM!!

Wednesday, 7 December 2011

MARI KITA BANGKIT UNTUK BERJAYA

Assalamualaikum WBT dan salam 1 Malaysia semua.Semoga para pembaca blog ini berada dalam keadaan yang sihat.Sudah pasti cuti dapat membantu kita melepaskan stress di kepala.haha.Baiklah,saya akan menulis entri yang berkisarkan pada motivasi pelajar.Walaupun saya bukan Dr Fadzilah Kamsah, tetapi muka saya seiras beliau.hahaha.

HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH.

Pepatah Melayu ini amat sinonim dengan kita semua.Mari kita dalami apa sebenarnya erti pepatah ini.Mengikut tafsiran saya, pepatah ini mengatakan jika seseorang itu menginginkan sesuatu maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan impiannya.Biarkan gunung dia daki,lautan api yang menyala sanggup dia selami,asalkan hasratnya menjadi satu realiti.

Sebaliknya,jika seseorang itu tidak berminat untuk memperoleh sesuatu maka dia akan mencari seribu satu alasan bagi menerangkan kenapa dia tidak mungkin dapat memperolehi perkara yang diidamkan.

Jadi,sebagai seorang pelajar Pra-U kita kena pastikan matlamat kita untuk menjejakkan kaki ke gerbang universiti menjadi satu kepastian dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Kita kena pastikan bahawa  kita adalah HARIMAU dan bukannya ANAK KUCING.Apa kaitannya?

Ngauman seekor harimau mampu menggegarkan hutan belantara manakala bunyi seekor anak kucing tidak langsung ketakutan walaupun kedengaran oleh anak tikus.Ngauman disini melambangkan USAHA kita dalam mencapai cita-cita.

Akhir kata, saya berharap agar semua pelajar khususnya di SMKTBT menguatkan azam dan jangan sesekali berputus asa! Mari kita gegarkan dewan sekolah dengan ilmu yang tersemat di dada apabila menjelang hari pertarungan yakni STPM.Semoga berjaya kalian semua.

p/s :Peribahasa diatas bolehlah ditukarkan kepada 
HENDAK SERIBU DAYA,MAHU SERIBU CARA.

four flat dalam genggaman!


       .

Sunday, 4 December 2011

PROGRAM JALINAN KASIH 2011

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera semuanya. Macam mana cuti? Okey ke tak okey? Hahahaha ...

Untuk entri kali ni, kami menyajikan kepada anda Program Jalinan Kasih Pelajar Pra Universiti SMK Tunku Besar Tampin yang berlangsung pada tarikh 3 November 2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin. 

Okey.. okey. Saya tau anda mesti tertanya-tanya apa intipati program ini? Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun Enam di SKTBT secara holistiknya mengenai apa yang akan mereka temui ketika melangkah ke alam sekolah menengah. Dah namanya program jalinan kasih, sudah tentulah program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar Pra Universiti SMKTBT dengan murid-murid Tahun Enam SKTBT. Selain itu juga, program ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar Pra U bagi mempertingkatkan semangat kepimpinan di dalam diri masing-masing.

Dah-dah. Dari merapu panjang-panjang, jom kita 'layan' beberapa momen yang sempat kami rakamkan sepanjang hari itu. Jom!


TARA!! INI BANNERNYA !
Program dimulakan dengan ceramah daripada pelajar Pra U sendiri.


AKTIVITI CERAMAH PUN BERMULA


SEMUANYA TEKUN MENDENGAR CERAMAH
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti latihan dalam kumpulan. Murid-murid dibekalkan dengan kad manila serta pen untuk mencipta logo kumpulang masing-masing. Kemudian, hasilnya hendaklah dipersembahkan. Jom lihat telatah mereka...

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN

ARAHAN DIBERI KEPADA MURID-MURID



MURID-MURID MEMBUAT COGAN KATA KUMPULAN

PERBINCANGAN SEDANG BERLANGSUNG

PEMBENTANGAN DILAKUKAN

NERVOUS KE DIK?

SAYA MAHU KEJAYAAN TERBILANG BERSAMA TEMAN = SMKTBT !!!!
Selepas rehat sebentar, kini tibalah aktiviti yang seterusnya. Sukaneka! Memang meriah. Walaupun panas terik, setiap pihak baik kami mahupun adik-adik sekolah rendah... semuanya memberikan komitmen yang cukup bagus.

TAKLIMAT DIBERI KEPADA BARISAN HAKIM
*MENGANTUK YA FAHMI

MURID-MURID DIBAHAGIKAN KEPADA KUMPULAN MASING-MASING

ACARA TARIK BOLA MENGGUNAKAN GELUNG

CEPAT DIK !!

BERSEMANGAT ADIK NI!

PASTI RAMAI YANG SUKA PERMAINAN NI. HAI... TERINGAT ZAMAN KECIK-KECIK DULU

BAWA BOLA PING PONG MENGGUNAKAN SUDU
Setelah kepenatan, kami masuk ke dalam dewan bagi mengikuti acara seterusnya sekali gus yang terakhir pada hari itu iaitu Majlis Penutup. 

BARISAN TETAMU VVIP

UCAPAN DARIPADA GPK PRA U

UCAPAN DARIPADA PENGETUA CEMERLANG  SMKTBT

CENDERAHATI KEPADA VVIP

SAGUHATI

"WE ARE THE CHAMPION !!!"

Boleh dikatakan, program ini selain memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Pra U, ini secara tidak langsung 'membebaskan' kami seketika selepas masing-masing menghadapi minggu-minggu peperiksaan yang cukup memenatkan otak kami. Merdekalah sekejap. Walaupun penat, tetapi masing-masing sanggup turun padang memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada setiap pihak yang terlibat. Baik guru mahupun pelajar Pra U, semuanya telah memberikan komitmen yang begitu cemerlang ! 
Syabas dan terima kasih!




WE ARE AWESOME !!!
Bertambah satu lagi memori manis dalam hidup kami sebagai penuntut ilmu di Pra Universiti SMK Tunku Besar Tampin. 

Thursday, 1 December 2011

MAJLIS PERPISAHAN PRA UNIVERSITI 2



Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Maaf ya semua atas kelewatan admin mengemaskini blog.


Tarikh 28 September 2011 bersamaan dengan hari Rabu menjadi saksi berlangsungnya Majlis Perpisahan Pra U 2. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli Persatuan Tingkatan Enam 2011/2012 atas usaha mereka dalam menganjurkan majlis ini. Jadi, tanpa melengah-lengahkan masa lagi, di sini disertakan beberapa gambar sepanjang majlis ini berlangsung untuk tatapan pancaindera anda... Enjoy! 


Jom tengok adegan-adegan yang berlaku sebelum majlis ini dimulakan!
MANTAN PENGERUSI SEDANG BERSEDIA UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN TERAKHIR...
SENYUMAN PALING MENAWAN.
GELOMBANG HITAM,PUTIH DAN HIJAU.HIDUP PRA U!!
AMBOI CERIAYANYA
JEJAKA IDAMAN
CIKGU-CIKGU TAK SABAR NAK MAKAN
MEJA VVIP


'GANJARAN' KEPADA JASA PELAJAR


Sedia semua? Majlis pun dimulakan!

SHOWDOWN START NOW!
MAJLIS DIBERKATI DENGAN BACAAN DOA OLEH IMAM MUDA HAMIZI
PENERUS LEGASI KEPIMPINAN PELAJAR PRA U : ZAINAL ASNAWI ASYRAF

UCAPAN MANTAN PRESIDEN, NAVEEN
UCAPAN DARI GPK KAMI
INILAH BAJU T  RASMI PELAJAR PRA U 2... UNTUK TAHUN 2012 MACAM MANA PULAK? TUNGGU OK....
UCAPAN DARIPADA PENGETUA CEMERLANG YANG BEGITU MENGINSPIRASIKAN

Sejurus selepas Tuan Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan beliau, kini tibalah masanya sesi yang dinanti-nantikan oleh kesemuanya iaitu sesi penyampaian hadiah.








PARA PELAJAR BEGITU TERUJA MENERIMA HADIAH DARIPADA PIHAK PENTADBIR.
WAH,PUAN NASIRIAH BEGITU BERSEMANGAT MEMBERI TEPUKAN.
SIAPA AGAKNYA PEMENANG BAGI PELAJAR TERBAIK YE?
ITU DIA PEMENANG KITA,KAK UMI

MACAM ARTIS KAK UMI PEGANG HAMPER.

NAVEEN MENGONDOL ANUGERAH SEKALI LAGI
Okey, setelah sekian lama dinanti, kini tibalah sesi yang paling digemari semua manusia. Makan! Jemput!




SERBU MAKANAN DALAM SAF YANG LURUS.
NYUM2 MAKANAN

MAKAN FIRST ROUND.

SEDAP TAK AIR OREN TUE?

SABAR MENUNGGU GILIRAN


TETAMU VVIP SEDANG MENIKMATI MAKANAN
SIJIL DIBALIK MAKANAN

BERBALOI BAYAR YURAN PERSATUAN

CERIA SEBELUM STPM.
CERIA MUKA PELAJAR JUNIOR
Memori yang tercatat pada hari itu , saya pasti meninggalkan kesan yang cukup indah dalam ingatan setiap pelajar Pra U 2. Dalam kesibukan dunia mereka yang bergelumang dengan nota-nota kecil serta kalkulator, sesekali bila melalui saat-saat seperti ini, saya percaya ini menjadi satu terapi untuk otak agar tidak terus dijangkiti stress. Sekalung penghargaan daripada junior-junior seperti kami ditujukan khas untuk semua pelajar Pra U 2 atas segala jasa yang telah dicurahkan sepanjang berada di sini. Kami mendoakan kejayaan kalian dalam peperiksaan STPM serta dunia yang sedang menanti kalian di hadapan. Pesan kami, janganlah dilupakan segala kenangan yang dah dipahatkan di sini. 

Sebelum berpisah, jom kita 'tenggelam' dalam lagu ni. 
p/s : jangan menangis ya . :)