THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday, 14 October 2012

MAJLIS PERPISAHAN PRA-U II






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua?
Diharap sihat-sihat belaka  :)

Pada 10.10.2012 bersamaan hari Rabu yang lalu, telah berlansungnya Majlis Perpisahan Pra-U2. Bertempat di dewan Pra-U2, beberapa acara telah diaturkan bagi meraikan senior kami yang tersayang.


Nurziati Ismail dari Pra-U1 Ilmiah sebagai pengacara majlis

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Amirul dari Pra-U1 Fizik



Ucapan daripada pengetua
Ucapan daripada Asnawi Asyraf, Ketua Pelajar Pra-U 2011/2012


Nurman, Ketua Pelajar Pra-U 2012/2013

Majlis diceriakan dengan acara cabutan bertuah.





wajah-wajah ceria pemenang

smile for the camera!  :)

Penyampaian sijil orientasi kepada fasilitator dan AJK Pra-U2

Mantan pengerusi Pra-U dengan senyuman menawan

Kemudiam, acara yang paling dinanti-nantikan.. anugerah Pelajar Popular jatuh kepada....


Abang Faiz Md Nasir. Tuah badan 'birthday boy' :)




Kak Pavitra

Pemenang anugerah ini bukan dinilai dari populariti sahaja, malah dinilai secara keseluruhan. Pemenang dipilih melalui undian majoriti.



MAKAN TIME!!













Tahniah kepada badan ahli jawatan kuasa kerana berjaya menjalankan majlis yang penuh makna ini.
Saya mewakili pelajar Pra-U1 ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada senior kami. Semoga sukses dalam peperiksaan dan berjaya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Doa kami sentiasa mengiringi perjalan anda dalam menuju kejayaan :)



VIDEO SEPANJANG MAJLIS PERPISAHAN DIJALANKAN :





Friday, 5 October 2012

sebelum menghadapi peperiksaan..

asalamualaikum,peperiksaan PMR,SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi.adakah anda sudah bersedia?

Sebelum menghadapi peperiksaan ada tips yang harus anda lakukan untuk menyenangkan anda semua ketika menjawab soalan exam.Insyaallah tpis yang di beri ini akan berkesan untuk anda semua..Sila lah baca jika ingin tahu :)




1. Tidur yang cukup.
Pastikan  dapat tidur yang cukupnya sebelum exam. Kalau  tidur tidak cukup pasti akan merasa tidak bermaya ketika menjawab soalan. Tambahan pula mendapat soalan yang susah,pasti anda akan merasa mengantuk. Bila sudah mengantuk tumpuan hendak menjawab soalan pun akan terganggu kan. Nanti apa yang di fikir lain pula yang di tulis.


2. Makan awal.
Pastikan anda mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum exam. Tujuan ini bagi mengelakkan anda lapar ketika  exam. Kalau lapar masa exam memang akan ganggu fokus untuk menjawa soalan . Baru nak bayangkan jawapan terbayang pulak macam-macam makanan kan. Silap haribulan nama masakan dengan jenis makanan korang boleh tulis dalam kertas jawapan tu.


3. Buang air sebelum exam.
Bunyi macam pengotor je kan tips yang ni tapi ni hakikat ya. Kalau korang buang terlebih dahulu  segala benda yang tak diperlukan dalam badan ni tiada lagi masalah sakit perut masa menjawab  exam nanti kan. Kalau nak pegi ke tandas ni bukannya boleh kejap-kejap kan. Paling kurang pun 5 minit. Sudah membazir masa untuk  menjawab soalan. Jadi, buang la siap-siap sebelum pegi exam ya.


4. Bersiap awal.
 Setelah ketiga-tiga  tips yang diatas ini dah buat, barulah anda  teruskan dengan tips yang ni iaitu siap awal. Siapkan segala kelengkapan asas untuk  exam seperti  pen, pensel, pemadam dan slip exam . Benda-benda penting macam ni kenalah siapkan awal-awal nanti tiada la masalah nak pinjam pen kawan ke ape ke kan. Kan dah susahkan diri sendiri dan kawan-kawan.


                                                                  Selamat mencuba J

Wednesday, 3 October 2012

Sambutan MerdekaRaya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Pra-U.Baru-baru ini sekolah kita telah menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri secara besar-besaran.Walaupun Hari Kemerdekaan dan Hari Raya telah lama berlalu namun bahangnya masih terasa.Sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu,pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dianjur oleh pihak sekolah antaranya ialah Pertandingan Hiasan Kelas dan Pertandingan Nyanyian Patriotik.Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar terutama sekali bagi pelajar PraU-1 yang masih membiasakan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan baru.

Sepanjang aktiviti ini dijalankan,pelajar Pra-U TBS telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.Ayuh,kita ikuti gambar-gambar yang sempat diambil oleh admin Aiman sepanjang sambutan tersebut berlangsung.

 PraU-1 Sarjana merangkul Johan bagi Pertandinga Hiasan Kelas.

 Pra-U1 Ilmiah mendapat tempat Naib Johan bagi Pertandingan Hiasan Kelas


 Pra-U1 Falsafah mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Hiasan Kelas


Walaupun kita berbilang kaum,kita masih boleh hidup secara harmoni dan aman damai


Penari tarian India dari para pelajar PraU1

  
 1 Malaysia


1 Malaysia


Berakhir sudah entri kali ini.Diharap sambutan dan aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia :)