Hari Pertama,7 September 2012
Kami bertolak dari sekolah dalam pukul 3 petang dan setelah sampai di tapak kem, kami terus memasang khemah di kawasan yang telah disediakan.
Selepas pendaftaran, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal dijalankan.
Aktiviti dimulakan dengan sesi suai kenal.
Sesi suai kenal |
Ewahh ewahh.. |
Hari Kedua, 8 September 2012
Hari kedua padat dengan aktiviti. Biasalah, kalau perkemahan sudah tentulah kena bangun awal pagi. Sebelum subuh lagi kami diarahkan bangun. Bagi pelajar islam kami berkumpul di surau untuk sentuhan rohani manakala pelajar bukan islam berkumpul di astaka untuk aktiviti moral.
Aktiviti kerohanian dipimpin oleh pelajar dari SMAP Labu |
Senaman pagi memang sangat sesuai untuk memulakan aktiviti pada hari tersebut supaya segar badan-badan dan mata yang masih mengatuk tu. hehe
Gosok, jangan tak gosok :D |
Selepas sarapan, aktiviti diteruskan dengan kajian lapangan.
Tugasan lapangan adalah aktiviti diamana kami dibawa melawat dua tempat dan perlu mencatat segala maklumat diperoleh sepanjang perjalanan. Perhatian penuh perlu diberi semasa aktiviti ini kerana kami dikehendaki membentang dapatan kajian ini nanti. Selepas dibahagikan kepada 4 kumpulan besar, kami dilepaskan secara berkumpulan ke tempat kajian.
Peserta berjalan kaki dari tapak kem ke kawasan kajian lapangan |
Setelah berjalan kaki selama 20 minit, kami sampai di lapangan yang pertama.
Kubu Dato Siamang Gagap |
En.Hamdi (bertopi) , guru geografi dari SMK Batu Kikir memberi maklumat tentang kubu Dato' Siamang Gagap dan sejarah Melayu. |
Selepas itu, kami kembali semula ke tapak kem. Perjalanan disambung dengan menuju ke lokasi kedua.
Jarak lokasi kedua dari kem tak jauh. |
Cuba teka apa aktiviti kami seterusnya?? jeng jeng jeng
Mengacau Penganan!
Haaa... Selalu kita panggil dodol. Kalau orang Negeri Sembilan panggil penganan. Penganan ni memang asal usul makanan orang Negeri Sembilan.Tiga buah kawah penganan dimasak pada hari tersebut. Semua peserta diberi peluang untuk mencuba mengacau penganan.
Pak Ck Idris menunjukkan cara-cara mengacau penganan kepada peserta . Kacau jangan sampai hangus! |
Senang je buat penganan ni sebenarnya, cuma penat mengacau sampai ia likat. Slepas dua jam mengacau, penganan dibungkus dalam bekas kecil untuk diedarkan kepada peserta di kem. Malangnya, ini bukan seperti penganan liat yang biasa dijual di kedai, versi kami haritu cair sikit. Tak cukup masa nak kacau sampai likat, yang penting SODAP ;)
Tenaga kerja yang membantu membungkus penganan untuk diedarkan kepada peserta
Selepas minum petang, peserta dikehendaki membentangkan dapatan kajian, namun terpaksa dibatalkan akibat banjir kilat.
Hujan lebat telah menyebabkan tapak perkhemahan banjir. Ada sesetengah khemah peserta yang selamat, namun ada juda yang dipenuhi air hujan. Beg dan baju habis basah. Kasihan mereka yang tinggal sehelai sepinggang sahaja. Teringat saya kepada nasihat En.Ikhwan sebelum perkhemahan. Dia nasihatkan supaya baju diasingkan mengikut hari dan diikat kemas dalam beg plastik. Ada pakaian peserta yang terselamat dari dibasahi hujan, namun bagi yang bernasib malang pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jempol telah bermurah hati menyediakan pakaian terpakai untuk mereka pakai.
Tapak perkhemahan banjir |
Sangkaan kami salah. Aktiviti tersebut diteruskan selepas hujan berhenti. Dalam kumpulan masing-masing, kami telah dibekalkan dengan peta dan jangka ukur. Terdapat 4 check point. Peserta mesti berhenti di setiap check point. Bagi memenangi explore race ini, peserta perlu mengira jarak perjalanan dari satu check point ke check point yang lain dan mencatat latar budaya yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.
Merentas bendang |
Peta tersebut akan membawa peserta dari satu check point ke satu check point yang lain sehingga ke tapak kem semula. Walaupun ada yang tercedera semasa aktiviti ini, semua peserta selamat sampai ke tapak kem semula.
Selepas urus diri dan makan malam, berlansunglah acara yang paling dinanti-nantikan, Malam Kebudayaan. Kumpulan yang memenangi Malam budaya akan membuat persembahan di majlis penutup dihapan tetamu kehormat. Nak tahu kumpulan mana menang?
Hari Ketiga , 9 September 2012
Seperti biasa, hari dimulakan dengan senam pagi dan minum pagi.
Seperti biasa, hari dimulakan dengan senam pagi dan minum pagi.
Selepas itu, kami diarahkan bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan supaya ia bersih seperti asalnya dan bersedia untuk majlis penutup.
Ketibaan tetamu kehormat diambut dengan persembahan tarian india dari kumpulan yang memenangi Malam Budaya
Persembahan tarian India dari Kumpulan 24 |
Tetamu kehormat |
En.Reduan dari SMK Tnku Besar Tampin sebagai pengacara majlis |
Usai sudah majlis penutup, tamatlah Perkemahan Integrasi Pra-Universiti peringkat Negeri Sembilan tahun 2012. Peserta pun berangkat pulang ke sekolah masing-masing. Pengalaman yang didapati dari kem ini sangat bermakna. Diharap akan ada lagi perkemahan seperti ini pada tahun berikutnya.