THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday 10 May 2013

Khidmat Masyarakat Prauniversiti 2013 di Gemenceh



Pada hari Sabtu bersamaan 20 April 2013, pelajar Pra-U2 SMK Tunku Besar bersama beberapa orang guru Pra-U sebagai guru pengiring telah menjalankan khidmat masyarakat di Masjid Kariah Kg. Batang Rokan, Gemencheh.




Para pelajar, guru-guru dengan kerjasama penduduk sekeliling telah bekerjasama membersihkan kawasan sekeliling dan mengecat semula masjid tersebut.





Semua pelajar tidak sabar untuk berkhidmat! 

Sarapan dulu...lepas ni nak bekerja keras.


Sedikit taklimat rinkas daripada En.Reduan

Sempat lagi Pn.Suaidah 'posing'. hehehe

En.Zainal membantu pelajar

Tekun muka Pn.Hanizah menyapu






Mr.Gan bersama pelajar Pra-U



Pn.Halimah bersama penduduk kampung menyediakan hidangan makan tengahari.


Pn.Mazani dan Pn.Zaridah





 Diharap aktiviti seperti ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Aktiviti seperti ini sangat seronok dan berfaedah kerana pelajar dapat berkhidmat untuk masyarakat dan berinteraksi sesama sendiri serta penduduk sekeliling. Selain memupuk sifat kerjasama dalam diri pelajar, secara tidak lansung telah melakukan senaman ringan. Dapatlah hilangkan lemak-lemak degil  dalam badan tu kan ;)


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam khidmat masyarakat ini secara lansung mahupun tidak lansung. Semoga berjumpa lagi dalam aktiviti lain di masa hadapan !