THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Sunday 23 September 2012

PERKHEMAHAN INTEGRASI PRA-UNIVERSITI NEGERI SEMBILAN 2012

Pada 7-9 September yang lalu, telah berlansungnya Perkemahan Integrasi Pra-Universiti peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah. Pelajar Tingkatan 6 Bawah dari seluruh Negeri Sembilan telah berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. SMK Tunku Besar Tampin telah menghantar 36 orang pelajar Pra-U1 untuk mewakili sekolah.

Hari Pertama,7 September 2012
Kami bertolak dari sekolah dalam pukul 3 petang dan setelah sampai di tapak kem, kami terus memasang khemah di kawasan yang telah disediakan.
Selepas pendaftaran, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang bakal dijalankan.
Aktiviti dimulakan dengan sesi suai kenal.

Sesi suai kenal
Pada waktu malam, kami telah diajar beberapa pergerakan tarian untuk malam kebudayaan yang dijalankan keesokkan harinya. Semua peserta berasa sangat seronok dan enjoy diri masing-masing. Mana taknya, lebih  4 jenis tarian telah diajar oleh guru tarian yang dijemput khas. Tarian inang, tarian india, zapin dan joget.


Ewahh ewahh..

Setelah segala ilmu tarian telah diturunkan kepada peserta, kami diberi tugasan untuk berlatih tarian tersebut untuk dipersembahkan pada malam kebudayaan. Kumpulan yang dapat tarian india tu seronoklah, kerana lagu sangat rancak dan bebas membuat apa-apa pergerakan asalkan ada elemen hindustan.


Hari Kedua, 8 September 2012
Hari kedua padat dengan aktiviti. Biasalah, kalau perkemahan sudah tentulah kena bangun awal pagi. Sebelum subuh lagi kami diarahkan bangun. Bagi pelajar islam kami berkumpul di surau untuk sentuhan rohani manakala pelajar bukan islam berkumpul di astaka untuk aktiviti moral.


Aktiviti kerohanian dipimpin oleh pelajar dari SMAP Labu


Senaman pagi memang sangat sesuai untuk memulakan aktiviti pada hari tersebut supaya segar badan-badan dan mata yang masih mengatuk tu. hehe

Gosok, jangan tak gosok :D

Selepas sarapan, aktiviti diteruskan dengan kajian lapangan.
Tugasan lapangan adalah aktiviti diamana kami dibawa melawat dua tempat dan perlu mencatat segala maklumat diperoleh sepanjang perjalanan. Perhatian penuh perlu diberi semasa aktiviti ini kerana kami dikehendaki membentang dapatan kajian ini nanti. Selepas dibahagikan kepada 4 kumpulan besar, kami dilepaskan secara berkumpulan ke tempat kajian.


Peserta berjalan kaki dari tapak kem ke kawasan kajian lapangan


Setelah berjalan kaki selama 20 minit, kami sampai di lapangan yang pertama.

Kubu Dato Siamang Gagap

En.Hamdi (bertopi) , guru geografi dari SMK Batu Kikir memberi maklumat tentang kubu Dato' Siamang Gagap dan sejarah Melayu.


Selepas itu, kami kembali semula ke tapak kem. Perjalanan disambung dengan menuju ke lokasi kedua.

Jarak lokasi kedua dari kem tak jauh. 

Cuba teka apa aktiviti kami seterusnya?? jeng jeng jeng


Mengacau Penganan!

Haaa... Selalu kita panggil dodol. Kalau orang Negeri Sembilan panggil penganan. Penganan ni memang asal usul makanan orang Negeri Sembilan.Tiga buah kawah penganan dimasak pada hari tersebut. Semua peserta diberi peluang untuk mencuba mengacau penganan.






Pak Ck Idris menunjukkan cara-cara mengacau penganan kepada peserta . Kacau jangan sampai hangus!

Senang je buat penganan ni sebenarnya, cuma penat mengacau sampai ia likat. Slepas dua jam mengacau, penganan dibungkus dalam bekas kecil untuk diedarkan kepada peserta di kem. Malangnya, ini bukan seperti penganan liat yang biasa dijual di kedai, versi kami haritu cair sikit. Tak cukup masa nak kacau sampai likat, yang penting SODAP ;)

Tenaga kerja yang membantu membungkus penganan untuk diedarkan kepada peserta



Kembali ke tapak kem, peserta diberi kelonggaran untuk berlatih pergerakkan tarian untuk pertandingan malam budaya sehingga waktu minum petang.
Selepas minum petang, peserta dikehendaki membentangkan dapatan kajian, namun terpaksa dibatalkan akibat banjir kilat.
Hujan lebat telah menyebabkan tapak perkhemahan banjir. Ada sesetengah khemah peserta yang selamat, namun ada juda yang dipenuhi air hujan. Beg dan baju habis basah. Kasihan mereka yang tinggal sehelai sepinggang sahaja. Teringat saya kepada nasihat En.Ikhwan sebelum perkhemahan. Dia nasihatkan supaya baju diasingkan mengikut hari dan diikat kemas dalam beg plastik. Ada pakaian peserta yang terselamat dari dibasahi hujan, namun bagi yang bernasib malang pihak Pejabat Pelajaran Daerah Jempol telah bermurah hati menyediakan pakaian terpakai untuk mereka pakai.



Tapak perkhemahan banjir

Kami semua sangka aktiviti "Explore Race" akan dibatalkan kerana hujan lebat.
Sangkaan kami salah. Aktiviti tersebut diteruskan selepas hujan berhenti. Dalam kumpulan masing-masing, kami telah dibekalkan dengan peta dan jangka ukur. Terdapat 4 check point. Peserta mesti berhenti di setiap check point. Bagi memenangi explore race ini, peserta perlu mengira jarak perjalanan dari satu check point ke check point yang lain dan mencatat latar budaya yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.



Merentas bendang

Peta tersebut akan membawa peserta dari satu check point ke satu check point yang lain sehingga ke tapak kem semula. Walaupun ada yang tercedera semasa aktiviti ini, semua peserta selamat sampai ke tapak kem semula. 
Selepas urus diri dan makan malam, berlansunglah acara yang paling dinanti-nantikan, Malam Kebudayaan. Kumpulan yang memenangi Malam budaya akan membuat persembahan di majlis penutup dihapan tetamu kehormat. Nak tahu kumpulan mana menang?


Hari Ketiga , 9 September 2012
Seperti biasa, hari dimulakan dengan senam pagi dan minum pagi. 
Selepas itu, kami diarahkan bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan supaya ia bersih seperti asalnya dan bersedia untuk majlis penutup. 

Ketibaan tetamu kehormat diambut dengan persembahan tarian india dari kumpulan yang memenangi Malam Budaya



Persembahan tarian India dari Kumpulan 24


Tetamu kehormat


En.Reduan dari SMK Tnku Besar Tampin sebagai pengacara majlis


Usai sudah majlis penutup, tamatlah  Perkemahan Integrasi Pra-Universiti peringkat Negeri Sembilan tahun 2012. Peserta pun berangkat pulang ke sekolah masing-masing. Pengalaman yang didapati dari kem ini sangat bermakna. Diharap akan ada lagi perkemahan seperti ini pada tahun berikutnya.



*Memori perkhemahan




Gaya kem komander mengacau penganan



peserta berlatih tarian kebudayaan




Kumpulan yang memenangi pertandingan Explore Race







Peserta dari SMK Tunku Besar Tampin


 Sekian.

p/s : terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbangkan gambar-gambar perkemahan! :)





Sunday 16 September 2012

5 SEBAB KUKUH!!

Selamat sejahtera dan salam Malaysia.Pada tarikh inilah 16 September,sebuah negara yang bernama Malaysia terbentuk dengan penyertaan dari Sabah dan Sarawak.Jadi dalam kelapangan hujung minggu kita mestilah menghayati sejarah yang tersurat dan tersirat.

Saya sebenarnya ingin menulis mengenai 5 SEBAB KUKUH kenapa anda tidak boleh ponteng sekolah selepas Trial.Entry saya ini khas kepada pelajar PraU 2 *tapi kalau yg lain nak dijadikan iktibar apo salah eh*

1) Nak dapatkan keputusan Trial.

INI SUASANA SEBENAR SLIP STPM!!


~Aha,alasan ini simple shaja.Kalau kamu tak datang sekolah macam mana nak dapat keputusan.Sudah tentu keputusan trial memerlukan kamu sendiri untuk mengambilnya dan juga melihat kertas dengan lebih terperinci.Yelah,manalah tau kalau cikgu tersilap marking ke.Aha, nanti dapatlah perbetulkan markah.Mungkin dari B+ ke A ke...hmmmmm.....Kalau tak datang jangan menyesal!!

2) Nak jumpa kawan.

MEREKA AKAN DIRINDUI...


~ Kawan2 sekalian,kita ada beberapa minggu sahaja lagi bersama.Lepas peperiksaan mungkin ada diantara kita yang takkan bersua lagi.Yelah,duduk jauh2 mungkin satu hal ataupun mungkin ada yang kena pergi ke kem PLKN..hmmmm..macam saya!Apa2 pun,masa yang kita ada selepas trial inilah yang paling berharga untuk kita bersama-sama dengan sahabat kita.Saya rasa pengalaman selepas SPM sudah cukup mematangkan diri apabila kita sedar bahawa sekolahlah tempat semua kita berkumpul menjadikan persahabatan itu sentiasa terjalin.Bila kita dah keluar sekolah nanti tempat mana pula yang akan jadi pelabuhan kita semua???jadi jika anda sayangkan rakan anda,peluklah mereka setiap hari dan datanglah ke sekolah!! *peluk sesama kaum takpe.Jgn menggatal,nanti kena rotan.

3) Belajar bersama guru.

SEBAHAGIAN GURU PRAU..


~Ini adalah antara alasan yang sungguh kukuh.Saya yakin yang cikgu akan memberi kita soalan-soalan trial dari negeri lain untuk kita buat latihan secara berterusan.Bukankah ini menguntungkan kita semua?Kadang kala pelajar pakat tidak datang ke sekolah sehingga kosong bilik darjah itu.Kesian guru2 kita yang datang ke sekolah untuk mengajar tapi anak didiknya buat begitu.Jika kamu hormat dan kasihkan cikgu ,mesti kamu datang ke sekolah.Mereka dan kita sendiri bercita2 besar untuk dapat keputusan yang cemerlang.Tapi macam mana benda ini boleh terlaksana kalau datang sekolah pun kita tak mahu.Ke belajar kat rumah cik adik??HAHAHAHAHA...Jadi,datanglah kesekolah supaya P&P berjalan dengan lancar.Ingat,berkat cikgu penting.Jangan baru nak exam terhegeh2 datang minta maaf!!

4) Masa.

NUFF SAID


~ Kawan2 yang saya sayangi sekalian,lepas habis trial ini kita punya sedikit sahaja masa.


  • Kita ada 63 hari sahaja lagi untuk STPM bermula hari Selasa ini.
  • Kita hanya ada 45 hari persekolahan dan 18 hari hujung minggu.
  • Anggaran masa untuk kita belajar di sekolah adalah sebanyak 315 jam sebelum kita ambil STPM.*tak kira lagi waktu rehat,buang air dan waktu tido dalam kelas!
Jadi,maknanya apa?Kita sememangnya kesuntukan masa.Jadi lebih baik gunakan masa itu dengan sebaiknya disekolah dari kita lepak di rumah.Kononnya ingin belajar.Saya setuju,kadang kala terdapat juga pelajar yang lebih suka belajar di rumah.Dapat feel katanya.Tapi adakah anda tergolong dalam kategori pelajar tersebut?Tepuk dada tanyalah minda.



5) Den nak masuk U!!



~ Ini adalah sebab YANG PALING KUKUH.Kita kena datang ke sekolah untuk diri kita sendiri.nawaitu kita apa?Untuk masuk U bukan?Jadi sila datang kesekolah supaya diri kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Saya pelik bila lihat orang tue cakap ''aku nak masuk U,nak ambik bidang...'' @ ''Wahh,this university is calling my name weeehh''.Sakit dan bingit telinga nie bila dengar kamu cakap tapi muka kat sekolah pun selalu tak ada.Cakap jangan sekadar cakap.Cakap disusuli dengan tindakanlah baru mantap beb!!Jadi kalau nak masuk U dan dapatkan keputusan cemerlang kita kena buat apa?DATANG SEKOLAH.FULLSTOP.

Sekian sahaja dari saya.Ingat!Datanglah sekolah.Kamu dah besar,boleh buat keputusan sendiri.Biar kita susah sekarang dari dapat slip peperiksaan yang mendukacitakan.*saya tak rela buang 2 tahun hidup saya untuk keseronokan sementara* TOODLES~ ~ ~ ~

Wednesday 12 September 2012

Adakah nota anda terlalu membosankan?


Berikutan peperiksaan STPM yang semakin menjelang tiba,saya ingin berkongsi tips bagaimana ingin membuat peta minda atau lebih dikenali sebagai mind map . Ayuh,kita ikuti tips dan langkah-langkah membuat peta minda yang menarik ini !:)



1.Mesti menggunakan pelbagai warna (warna akan meransang otak kanan anda – ini akan menguatkan memori anda pada topik tersebut)



2) 2.Tuliskan hanya keyword(kata kunci) sahaja!

3) 3.Satu cabang hanya untuk satu perkataan sahaja

4) 4.Mulakan dengan topic utama ditengah dan subtopic disetiap cabang dan keyword disetiap subcabang.

Se5.Sertakan lukisan di mana2 ruang yang perlu (lukisan akan meransang daya kreativiti anda dengan ini idea anda tidak akan mati)



Sekarang ini nota anda pasti akan kelihatan lebih menarik disamping membuatkan diri lebih bersemangat untuk membaca dan mudah untuk mengingatinya.Baiklah,itu sahaja tips untuk kali ini.Semoga kita berjumpa lagi dengan tips-tips yang berguna dilain masa :)


p/s:Admin minta maaf kerana dalam beberapa minggu ini jarang update entri.Kelewatan amat dikesali :)

Tuesday 11 September 2012

Sneak peek!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali, harap maaf atas kelewatan kami memuatkan entry baru di blog yang serba hijau ini.
Kami telah merangka beberapa entry baru yang bakal dimuatkan.

Kali ini, berbeza dengan entry yang lain..  Experiment biology.

Experiment 6: Seperation of photosynthetic pigments using paper chromatography

Nantikan entry penuh bersama cara-cara melaksanakan eksperimen ini tidak lama lagi.

Sekian, bye!