THE BEST THING ABOUT LIFE IS LEARNING.

Friday 17 August 2012

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN PRAUNIVERSITI 2 2012


JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
JADUAL WAKTU
 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA
 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2012


Tarikh
Waktu
Kod
Kertas
Masa
03.09.2012  Isnin
08.00 pg  - 11.00 pg   12.00 tgh -  2.00 ptg
900/2     910/1
Pengajian Am  2 (Esei)        
Bahasa Melayu  1
3 jam                2 jam
04.09.2012   Selasa
08.00 pg  - 10.30 pg    08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg   11.30 pg  -   1.15 tgh
964/2      946/1
913/1  964/1
Biology 2 (Structure and Essay)     Pengajian Perniagaan 1 
Bahasa Arab 1                          
Biology 1 (Multiple Choice)
2 ½ jam           3 jam
3 jam              1 ¾ jam
05.09.2012    Rabu
08.00 pg  -  11.00 pg
08.00 pg  -  11.00 pg
08.00 pg  -  11.00 pg
11.30 pg  -   2.30  ptg
948/1
922/1
931/1
942/1
Perakaunan 1
Kesusteraan Melayu 1
Usuluddin 1 (Tauhid dan Mantik)
Geografi 1(Alam Sekitar Fizikal)
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
06.09.2012
Khamis
08.00 pg  -  11.00 pg
08.00 pg  -  10.30pg
940/1
958/1
Sejarah 1 (Tamaddun Dunia)
Computing 1
3 jam
2 ½ jam
07.09.2012
Jumaat
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
950/1
954/1
930/1
942/2
Matematik S 1
Matematik T 1
Syariah 1 (Fikah dan Usul Fikah)
Geografi 2 (Alam Sekitar Manusia)
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
08.09.2012
Sabtu
08.00 pg  - 11.00 pg

970/1
Seni Visual 1
3 jam
10.09.2012
Isnin
08.00 pg  - 10.30 pg
08-00 pg  - 11.00 pg
11.30 pg  -   1.15 ptg
962/2
944/1
962/1
Chemistry 2
Ekonomi 1 (Mikro)
Chemistry 1
2 ½ jam
3 jam
1 ¾ jam
11.09.2012
Selasa
08.00 pg  - 10.00 pg
10.30 pg  -   1.30 ptg
900/1
910/2
Pengajian Am 1
Bahasa Melayu 2
2 jam
3 jam
12.09.2012
Rabu
08-00 pg  - 10.30 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
11.30 pg  - 1.15 ptg
960/2
946/2
913/2
960/1
Physics 2
Pengajian Perniagaan 2
Bahasa Arab 2
Physics 1
2 ½ jam
3 jam
3 jam
1 ¾ jam
13.09.2012
Khamis
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
11.30 pg  -  2.30 ptg
944/2
922/2
931/2
Ekonomi 2 ( Makro)
Kesusteraan Melayu 2
Usuluddin 2 (Ulum Al-Quran & Hadis)
3 jam
3 jam
3 jam
14.09.2012
Jumaat
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
950/2
954/2
941/2
Matematik S 2
Matematik T 2
Sejarah 2 (Asia Tenggara)
3 jam
3 jam
3 jam
17.09.2012
Isnin
CUTI HARI MALAYSIA    ** Sains Sukan  - tarikh ikut kesesuaian sekolah**
    
18.09.2012
Selasa
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  -  2.00 ptg
948/2
970/2
Perakaunan 2
Seni Visual 2
Lisan Bahasa Arab
3 jam
3 jam
19.09.2012
Rabu
08.00 pg  - 10.30 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  -   2.00 ptg
958/2
911/1
912/1
Computing 2
Bahasa Cina 1
Bahasa Tamil 1
Lisan Bahasa Arab
2 ½  jam
3 jam
3  jam
20.09.2012
Khamis
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  - 11.00 pg
08.00 pg  -   2.00 ptg
911/2
912/2
Bahasa Cina 2
Bahasa Tamil  2
Lisan Bahasa Arab
3 jam
3 jam
21.09.2012
Jumaat
08.00 pg  - 11.00 pg


930/2


Syariah 2

3 jam


Saturday 11 August 2012

SUKAN OLIMPIK DAN KISAHNYA...

Masa begitu pantas berlalu sehinggakan hati ini kadang2 tersentap. Tarikh peperiksaan semakin hampir.Jika dilihat kiri dan kanan penuh meja dengan buku dan nota2 ringkas yang jika sekali dipandang bakal memitamkan kepala.Hahaha.

Dibalik itu, terlintas di hati saya untuk menulis mengenai sukan OLIMPIK.Entri ini akan disusuli dengan entri Olimpik Malaysia yang akan ditulis dalam masa terdekat..Apa intipati entri tersebut??Tunggu dan lihatlah.

Apakah dia sukan Olimpik?Saya rasa kebanyakan kita tahu bahawa sukan olimpik merupakan pertandingan sukan antarabangsa yang berprestij.Penyertaan ke sukan Olimpik hanya dibenarkan kepada atlet yang bertaraf dunia bagi memastikan tahap persaingan di tingkat yang maksima.Sebab itulah ada pertandingan saringan terlebih dahulu..

Saya berminat untuk menulis beberapa fakta mengenai sukan Olimpik dan sedikit sebanyak mengenai sejarahnya supaya kita semua mendapat informasi yang lebih mendalam.Bukan sekadar mengetahui keputusan pertandingan sahaja.hehehe.


  • Olimpik pada tahun 2012 telah diadakan di London.Tahukah anda London merupakan kota pertama yang menjadi host Olimpik untuk kali yang keempat.

  • Dijangkakan Olimpik mampu menyumbang sebanyak 10 bilion pound kepada ekonomi London khususnya dari aspek pelancongan.




  • Pingat Olimpik akan direka khas oleh host tempat berkenaan.Ini bermakna pingat Olimpik berbeza dari yang sebelumnya.

  • Medal tersebut mestilah sekurang-kurangnya 3 milimeter tebal dan selebar 60 milimiter

  • Pingat emas mestilah diselaputi dengan 6 gram emas dan pingat perak mestilah dibuat dari 92.5 peratus perak  tulen.

  • Tahun 1912 merupakan tahun terakhir emas tulen diberikan sebagai medal.

  • Gambar diatas ialah logo yang akan tertera di bendera Olimpik pada setiap acaranya.

  • Kesemua 5 warna di logo itu telah dipilih kerana salah satu warnanya akan ada disetiap bendera negara di seluruh dunia.

  • Bendera ini telah dicipta oleh Pierre de Caubertin pada tahun 1914.

  • Tanda gelung yang bersambung menandakan persahabatan antara negara yang bertanding atas semangat kesukanan.



  • China telah menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik pada tahun 2008 dan muncul juara keseluruhan dengan 51 medal emas mengalahkan negara Amerika Syarikat di tangga kedua.

  • Tarikh pembukaan sukan Olimpik di Beijing adalah pada 8.8.2008 kerana nombor itu dianggap bertuah untuk penduduk China.

  • Kini, China masih lagi mendominasi tempat teratas di Olimpik London dengan kutipan pingat sebanyak 37 emas, 24 perak dan 19 gangsa. (catatan sehingga 10 August)

  • Olimpik di Beijing menyaksikan kali terakhir pertandingan Softball dan Baseball dipertandingkan kerana sukan ini tidak diadakan di Olimpik 2012.


  • Penaja Olimpik akan mempromosikan pertandingan ini di laman web mereka dan dengan menggunakan Facebook serta Youtube.

  • Mereka memilih Youtube kerana bilangan 'viewers' di video youtube setiap hari adalah 4 biliion kini berbanding dengan 133 juta pada tahun 2008 (Olimpik di Beijing)

  • Mereka juga memilih Facebook kerana pengguna FB meningkat dari 100 juta pada tahun 2008 kepada 900 juta kini. 
*laman sesawang banyak berubah dalam masa 4 tahun.....hebat2...

Itu sahajalah entri untuk kali ini.Harap anda semua dapat meneguk sedikit ilmu yang berguna...Jangan lupa selalulah klik blog ini untuk melihat entri yang seterusnya berkenaan dengan pencapaian atlet Malaysia di temasya Olimpik 2012...Nantikan ya.... :) Owh ya...lihat dahulu video promosi Olimpik di London.Promo yang sangat hebat dan menyentuh hati seorang anak.....



adios amigos!!

Wednesday 8 August 2012

..Atlet negara yang beraksi cemerlang di temasya Sukan Olimpik 2012..

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1 malaysia...

Sukan Olimpik di London sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Atlet negara kita turut tersenarai dalam penerima pingat yang ditawarkan...

Antaranya Datuk Lee Chong Wei..













Beliau telah memenangi pingat perak dalam sukan badminton di temasya sukan Olimpik yang lalu..
Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah mngharumkan nama negara kita meskipun telah mengerahkan seluruh tenaga beliau untuk menentang lawannya dari negara China iaitu Lin Dan. Beliau juga telah menarik balik keinginannya untuk bersara untuk sekali lagi beraksi di temasya sukan Olimpik yang akan datang bagi merebut sekali lagi pingat emas di Rio De Janeiro nanti. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada beliau atas pencapaian yang telah dicapai beliau.

Pandalela Rinong
















Pandalela Rinong telahpun membawa pulang pingat gangsa dalm acara terjun 10 meter platform dimana beliau perlu bersaing dengan juara dunia dalam acara tersebut. Beliau telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi meletakkan diri beliau di kelompok tiga terbaik dan akhirnya berjaya membawa pulang pingat gangsa untu negara kita. Sekali lagi sekalung pengharagaan dan tahniah diucapkan atlet kita iaitu Pandalela Rinong.

Selain itu, pelumba basikal negara kita iaitu Azizulhasni Awang yang hanya mendapat tempat keenam dalam pusingan terakhir dalam acara keirin individu. Ini merupakan salah satu pencapaian yang menggalakkan kerana beliau merupakan satu-satunya wakil dari negara kita juga benua Asia Tenggara.
















Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi sokongan serta dorongan dan menunjukkan semangat patriotik bagi membangkitkan semangat kesukanan kepada semua atlet negara kita agar terus mengharumkan nama negara kita iaitu MALAYSIA.

MALAYSIA BOLEH!!!

Merci beoucoup..

Friday 3 August 2012

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK TUNKU BESAR TAMPIN, 2012


Assalamualaikum. Salam sejahtera pembaca semua!

Ini adalah entry pertama oleh admin baru jadi agak gementar jugaklah saya untuk menulisnya. diharap pembaca semua dapat menerima cara penulisan saya :)

Baiklah,
Sedar tak sedar, kita dah melangkah ke bulan Ogos. Pantas sungguh masa berlalu. Bila datangya bulan Ogos, terus terlintas di fikiran kita... "MERDEKA!"
Ya. Bulan Merdeka. Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Untuk itu, SMK Tunku Besar Tampin telah mengadakan aktiviti PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH pada hari Rabu bersamaan 1 Ogos 2012.


Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Tunku Besar Tampin, Hajah Radiah bte Joned dengan melepaskan tiga ekor burung merpati.





Ada apa dengan tiga ekor burung merpati? Apa simboliknya nombor tiga tersebut?

Tiga ekor burung merpati tersebut melambangkan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.
Kita sangat bertuah kerana menetap di dalam negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan masih lagi mengekalkan intergriti sesama kaum.


Sebagai penutup,majlis diserikan dengan bacaan sajak patriotik oleh Zainal Asnawi Asyraf bin Zainal Abbidin dari kelas PraU-2 Sarjana.


Saya sertakan disini sajak yang dibacakan beliau.

Merdeka tanah airku,
Bukan belas kasihan
Penjajah yang rakus dan tamak haloba.
Kemerdekaan ini atas nama perjuangan sebenar-benarnya,
Para wira,serikandi dan negarawan nusa bangsa,
Yang berani,tabah dan gagah perkasa
Merealisasikan wawasan Merdeka di petak-petak percaturan kuasa penjaah.
Perih rakyat marhean aneka ras 
yang membangunkan mahligai demokrasi,keharmonian dan kemajuan
Di petak-petak sawah,
Di ladang-ladang getah,
Di lombong-lombong timah.

Merdeka tanah airku,

Bukan percuma sebenar-benarnya,
Kemerdekaan ini perlu dibayar dengan air mata kemiskinan,

Kmerdekaan ini erlu ditebus dengan darah merah perjuangan dan penderitaan,
Kemerdekaan ini perlu diurusniagakan dengan hasil mahsul iltizam dan amanah ketanggungjawaban

Merdeka tanah airku,
Bererti kita bebas  daripada minda budaya penjajah,
Kita bebas daripada politik pecah dan perintah penjajah

Merdeka tanah airku,
Bererti,
Kita bangsa yang utuh Merdeka,
Kita bangsa yang kukuh setia ceria.

Mendaulatkan bahasa nusa,
Menjunjung lunas-lunas Rukun Negara,
Memartabatkan maruah nusa bangsa di persada antarabangsa.

Merdeka tanah airku,
Sebenar-benarnya Merdeka kita daripada belenggu saki baki sisa-sisa penjajah!





Beberapa memori dari majlis perasmian yang singkat namun cukup bermakna...

Puan Suhana selaku pengerusi majlis
















Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi pada entri seterusnya. Bye!





p/s: kepada umat Islam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)